Membongkar Persona Media Ranveer Singh

Sunday 30 August 2020

Kalau sebelum ni pernah expose Parineeti Chopra, adik sepupu Priyanka Chopra yang suka tag diri dia sebagai outsider, kali ni turn bankable star Bollywood, Ranveer Singh pula. 


Kalau peminat movie Bollywood dari kalangan new gen, memang nama Ranveer Singh bukan nama yang asing tambah pula dengan kegemilangan projek bersama Sanjay Leela Bhansali iaitu Ram Leela, Bajirao Mastani dan juga Padmavaati yang banyak bagi peluang untuk dia gilap bakat dan bagi peluang untuk lonjakkan nama baik di Bollywood mahupun di global market. 


Dari bintang filem kepada duta pelbagai jenama antaranya Adidas, Head & Shoulders dan Jack & Jones, Ranveer Singh Bhavnani mula berjinak dengan bidang nyanyian bila mendalami watak Murad yang mempunyai bakat dalam rap. Ranveer dengan isteri dia, Deepika pun dah start buka production house masing-masing. 


1. Outsider Tag

Selama ni sejak debut dia jual diri dia sebagai outsider yang struggle hard untuk masuk Bollywood. Walhal identity sebenar dia bukanlah menyedihkan seperti kisah kehidupan yang dijual. Sebab dia adalah sepupu Sonam Kapoor sebelah mak. Even nenek mereka berdua, Chand Burke adalah pelakon popular di Bollywood.



Tapi bila media tanya hubungan dia dengan Anil Kapoor, dia menafikan yang dia masuk ke Bollywood sebab bantuan Anil Kapoor. Dia cuma contact dengan Anil Kapoor sejak berlakon dalam movie Dil Dhadakne Do tahun 2015. 

2. YRF

Ranveer Singh kawan baik kepada Shaad Ali, director movie Saathiyan. Diorang dua berjumpa di sebuah party masa Ranveer berumur 16 tahun. Since then Ranveer banyak assist dia untuk ads or stage performance. Ranveer performed on stage dengan Aditi Rao Hydari dan dance performance di Paris tahun 2008 tu di bawah arahan Shaad Ali. Shaad la yang introduce Ranveer kepada YRF’s casting director Shanoo Sharma. 

Pernah dalam interview bila Ranveer dan Deepika bagitahu diorang tak kenal mana-mana nama besar dalam Bollywood which is blatant lie sebab Deepika anak kepada pemain badminton negara dan pernah request ayah dia untuk invite Aamir Khan datang rumah. 


Sebelum dia debut dah ramai director offer script. Sama juga dengan Ranveer Singh bila dia anak saudara Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor. Jumpa Zoya Akhtar dekat party during his teen age. Dalam Simi's India's Most Desirable show, Ranveer bagitahu dia pernah pergi party Holi keluarga Raj Kapoor. Bukan calang orang lah boleh join party Kapoor Khandaan.


Fans Ranveer defend status outsider dia bila dia kena pergi audition sebelum debut tapi mana-mana movie pun memang kena audition. My bet was dia memang pergi audition tapi tak terpilih sebab lakonan dia tak bagus so papa lend his hand and pay for his debut launch. Masa shoot Band Baaja Baarat, dia kena retake sampai 24 kali untuk satu scene. Nepo je ada peluang macam ni. Kalau outsider dah lama dah kena buang then ganti dengan orang lain. Sampai sekarang pun lakonan dia dipertikai sebagai overrated. 

3. Miskin

Dia tak lah semiskin yang dicanang bila keluarga dia ada business empire yang agak besar. Ingat orang miskin boleh masuk ke dalam Mehboob Studio tengok stars and crew tengah shooting? Ranveer pula boleh bawa kawan dan bergambar dengan idola dia, Akshay Kumar sebab ayah dia kawan kepada producer movie Mohra.



‘My family was very poor. We only went abroad once a year, mostly Italy or France. So hard’

*puke*

Entah orang miskin mana boleh pergi Italy or France tiap tahun. Yang miskin tu pergi bercuti dalam negara je itupun gigih kumpul duit lepas tolak semua expenses. Dia pergi sekolah di Learners’ Academy pun naik Jaguar siap ada personal chauffeur, lagi nak buat cerita sedih hidup miskin. Dia belajar sama sekolah dengan Arpita Khan, adik Salman Khan. Dari situ dia kenal Arjun Kapoor dan jadi kawan baik sampai sekarang.


Dalam No Filter Neha show, Ranveer Singh bagitahu yang ex-girlfriend dia masa sekolah minta putus sebab jatuh cinta dengan Aditya Roy Kapur. Ex-girlfriend dia bukan orang biasa tapi anak kepada Dharmendra dan Hema Malini - Ahana Deol.

Did You Know that Ranveer Singh Once Dated Ahana Deol? - Masala.com



Then sambung belajar di Indiana University, USA. Kos belajar dekat US bukan murah even sampai sekarang ramai yang pertikai kenapa yuran mahal sangat even dah 10 tahun bayar balik pinjaman tak habis lagi hutang tu. So far dia tak pernah mention yang dia dapat biasiswa. Ayah dia hantar dia belajar di US pun sebab nak ajar dia supaya kenal susah payah hidup so that's why dia kena ambil part-time as copy writer dan barista di Starbucks untuk maintain high end maintenance dia.


Dalam interview Gully Boy promo, dia ada mention yang dia selalu nampak orang macam Murad (watak dia dalam Gully Boy) sepanjang hidup dia dari tingkap rumah dia di Bandra. Sounds privileged much? Btw, family dia joined Otter Club - club untuk keluarga elit di Mumbai. Dekat Otter Club lah dia jumpa Kareena Kapoor.

“She used to come to Otters club, I was a kid at the time and I used to just look at her, and she ushered me into you know?” I went from child to boy.” - Ranveer Singh, Kofee With Karan show. 

4. PR Team

Senang bila ada duit sebab mudah sangat nak appoint PR team dari PR agency yang hebat macam Kwan Agency. Tak pasti sama ada YRF atau PR team yang bagi idea kepada Ranveer supaya marketkan diri dia sebagai outsider dan jual kisah kemiskinan supaya senang audience rasa simpati.

Lepas kejayaan movie Band Baaja Baarat, PR team Ranveer mula label dia sebagai the next superstar yang akan gantikan SRK. Walaupun beberapa kali gagal, PR team dia tak pernah putus asa untuk wujudkan imej the next superstar or the next SRK bila banyak artikel bagi hint Ranveer akan gantikan SRK dalam beberapa movie besar seperti franchise Don. 

5. Opportunist

Sepadan dengan isteri dia, Deepika Padukone, Ranveer juga seorang yang pandai mencari peluang dan gunakan PR team dia untuk ambil kesempatan dalam pelbagai cara. Masa Bollywood tengah kecoh dengan casting couch, Ranveer pun cerita pengalaman dia kena berbogel untuk dapat movie. Agak kelakar lah sebab dia tak perlu susah payah pun lepas masuk YRF sebab dia dapat 3 contract deal.

Bila #MeToo movement meledak di India, dia tak guna pula peluang tu untuk ceritakan balik pengalaman buruk dia. Dia cuma cakap harassment is bad.

Setiap kali nama dia terpalit dalam kontroversi ataupun dikaitkan dengan dadah, dia akan keluarkan cerita sedih bila dia datang dari keluarga yang miskin dan susah.

6. Buli 

Looking at how privileged he is, tak mustahil pun kalau dia boleh control director atau producer supaya ikut telunjuk dia. Even masa dekat sekolah pun dia jenis pembuli dengan kemewahan yang dia ada. Masa dalam YRF, dia buli Sushant dengan ambil beberapa movie offer. Aditya Chopra berat sebelah bila dia fokus dengan Ranveer dan bagi kebenaran kepada Ranveer untuk shoot movie under banner lain tapi halang Sushant buat pekara sama.



Latest controversy bila dia buli Shahid Kapoor bila dia edit scene Shahid sebagai hero dan tonjolkan watak Alauddin Khilj dalam movie Padmavaat walhal dia adalah antagonist. Tak cukup dengan tu, Ranveer curi award Best Actor Shahid dalam award event sampai Shahid merajuk dan pulang tanpa trofi.

7. Open Relationship

Selepas 6 tahun bercinta dengan konsep open relationship, Ranveer dan Deepika ambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2018 bila masing-masing mencapai tahap brand couple di Bollywood. 



Walaupun dah berkahwin, kontroversi tentang skandal Deepika dengan Ranbir masih lagi sama. Tambah pula Ranveer tak pernah keluarkan sebarang penafian terhadap rumours. Bukan setakat kontroversi ni je tapi kontroversi-kontroversi lain melibatkan Deepika, Ranveer lebih selesa ambil keputusan untuk berdiam diri. Even kontroversi Padmavaat bila Deepika diugut akan dipancung kepala! 

8. Feminist? 

Agak pelik bila Ranveer berdiam diri sebab dia juga gambarkan diri dia sebagai seseorang yang hormat wanita walaupun banyak kali dia terpalit dengan kontroversi sexual harassment melibatkan staff dia. 



Tahun 2015, dia pernah keluarkan statement : 

“See the thing is, I am smarter than all the chicks I have met till date. Their EQ is much higher than mine, but IQ, I am yet to be taken by surprise.”
Dalam masa yang sama dia jual diri dia sebagai seorang yang feminist dan nak diri dia jadi hero dan bukannya pelakon semata. Judging from all these, how can he be a hero? Dengan kontroversi lampau melibatkan Sushant dan fake narrative sebagai outsider, mungkin Ranveer kena susun balik strategi dan bersihkan imej ataupun dia akan terima nasib yang sama dengan Alia Bhatt, Deepika dan juga Varun Dhawan. All the best. 

16 comments

  1. wah miskin pun dapat pergi oversea setahun sekali..banyak menabung tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. Melampau sangat.. Dalam dunia sebenar pun nak berlakon juga.. Kalau kaya, mengaku jelah kaya.. Nak menipu miskin pula..

    ReplyDelete
  3. how la boleh mengaku diri tu angel sedangkan sexual harassment sentiasa terjadi .Benci la this type of people!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tahu pasal dia ni mungkin sebab tak familiar sangat kot bagi yaya hee macam-macam hal juga dia ni ye haha

    ReplyDelete
  5. Tak kenal sangat pelakon bollywood sekarang ni.. sebab dah lama tak tengok hindustan.. zaman shah rukh khan je TB selalu tengok.. hehehe.. tapi dasyat la ranveer ni sebab pandai buat citer dulu miskin.. kang miskin betul2 baru tauu ye

    ReplyDelete
  6. Walau tak kenal pelakon2 bollywood era skrg ni tp kebanyakan mereka berperangai lebih kurang sama. Ckp tak serupa bikin ye.

    ReplyDelete
  7. First time baca informasi tentang Ranveer Singh ni, macam mengupas lapisan bawang, layer by layer dan sangat menarik. Perghhh bukan biashe2 Ranveer ni..

    ReplyDelete
  8. Baru stalk IG Deepika. Baru tau nama husband dia Ranveer. Pastu tengok muka macam familiar. Rupanya pernah berlakon dengan Deepika

    ReplyDelete
  9. Wow you seem to have done quite a lot of research on this Ranveer guy. Like you have said, it will be a unphill task trying to portray yourself as a hero when you don't clean up your mess.

    ReplyDelete
  10. Ini saya panggil Kompetitif tahap dewa. Dia susun strategy dr kecil sampai tua. Otak dia memang lain macam. Empathy takda. Tapi, dia dapat apa yang dia nak. Kebiasaannya orang camni ada genetik family in business. Hustle kak. So main langgar aje. Statement menipu pun dia tak heran. Asalkan org nampak dia sukses. Nak hidup dalam industri hiburan memang penuh pancaroba. Tapi zaman social media ni. Kena hati-hati. Kehidupan dr baby pun org bleh korek. Hahaha

    ReplyDelete
  11. Betul lama tak ikuti hindustan gen Z ni. Haha. Dalam kepala terbayang shah rukh khan and the gangs je. Tak berapa kenal gen baru ni. Mesti jadi fenemena juga zaman sekarang kan

    ReplyDelete
  12. Suka dengan lakonan dia.. tapi bila baca sejarah wow tak sangka. Dunia hiburan 1001 kisah

    ReplyDelete
  13. Kurang ikuti filn2 hindustan, lbh2 lg hero and heroin yg baru skrg ni lg xknl

    ReplyDelete
  14. Tak sangka dunia artis bollywood sampai macamtu sekali yaa nak glamer... kala
    u memang sapa Fans dia ni, memang patah hati betul laaa kan...

    Travel setahun sekali dia kata miskin huhuhu... sabo je lee..

    ReplyDelete
  15. Pernah la tgk movie dia blakon.. Not my taste.. Haha.. Lagi suka tgk cite tamil vijay bakon dari dia ni

    ReplyDelete
  16. Alamak baru tahu personality die sebenarnya. Kira bukan saje pandai berlakon dlm movir, real pon dia pandai haha. Aduhai klu p italy level miskin, kita ni level apa plak.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.