Sunday, 21 June 2020

Sushant Singh Rajput : Pressed Till Depressed


14 Jun 2020, Sushant ditemui meninggal di kediaman dia di Bandra disebabkan asphyxia, kekurangan oksigen akibat tergantung di kipas menggunakan cadar. Bila team Sushant keluarkan official statement yang SSR meninggal, ramai Btown celebs buat ucapan takziah dan terkejut dengan pemergian Sushant di socmed. Sementara girlfriend dia, Rhea Chakraborty pergi ke Cooper Hospital keesokan harinya.

Image

Selain ahli keluarga Sushant – Mukesh Chabra, Varun Sharma, Ranveer Shorey, Jacky Bhagnani, Rajkumar Rao, Krystle D’Souza, Ekta Kapoor, Rithvik Dhanjani, Vivek Oberoi, Abhishek Kapoor dan isteri dia, Pragya Kapoor, Shraddha Kapoor dan Kriti Sanon hadir untuk pay last respect. Ex-girlfriend Sushant, Ankita Lokhande datang lawat keluarga Sushant lepas upacara. 

Image


Image

Susah untuk terima kenyataan yang Sushant dah pergi dengan usia yang baru menginjak 34 tahun Jan lepas. Bukan setakat fans tapi peminat movie Hindi dan drama Pavitra Rishta pun turut terkesan. Tambah pula bila polis bagitahu yang diorang jumpa ubat anti-depressant dan dokumen Sushant jumpa doktor sejak 6 bulan lepas due to clinical depression. 

Sushant start masuk entertainment industry lepas tinggalkan kos engineering di Delhi College beberapa bulan sebelum grad dengan signed contract sebagai penari di Shiamak Davar Dance Institute

Image
Shiamak advice Sushant supaya go for acting instead of engineering sebab Sushant ada bakat besar. Sebab tu Shiamak suka letak Sushant di barisan depan supaya ramai nampak dia. And yes, Ekta Kapoor nampak Sushant untuk drama baru dia.

1. Ekta Kapoor & Balaji

Image

Ekta yang launched Sushant di bawah house production Balaji dan lonjakkan nama dia dalam drama TV Pavitra Rishta (2008) bersama Ankita Lokhande. Tapi Ekta juga yang halang Sushant untuk sign movie dengan director lain sampai Sushant buat keputusan untuk keluar bila drama Pavitra Rishta dah cecah rating tertinggi.

Image

Sushant keluar dari Balaji dan tunggu skrip bagus datang walaupun berbulan hingga skrip Kai Po Che sampai. Dia debut dengan movie Kai Po Che dengan watak Ishaan. Masa tu ramai nak tengok movie tu sebab Rajkumar Rao tapi terpukau dengan lakonan Sushant.

Image

Impian Sushant tercapai bila dia join Bollywood, dia nak sign contract dengan YRF.Masa tu dia terikat dengan contract UTV tapi lepas merayu Ronnie Screwvala lepaskan dia pergi dengan syarat, Sushant kena berlakon dalam movie UTV jugak.

Image

Image

Sushant pegang janji dia sebab dia nak berlakon dalam Fitoor tanpa tengok skrip pun sebab dia memang suka dengan kerja Abhishek Kapoor tambah pula Abhishek bagi kepercayaan pada dia untuk watak Ishaan tapi disebabkan Paani, dia stuck. 

Image

2. Movie Project - Paani 

Image

Hujung tahun 2013, pengarah Shekhar Kapoor announced dekat Cannes yang dia akan buat movie diinspirasikan dari masalah dunia di masa hadapan bila dua negara berebutkan air. Project ni quite huge sebab collaboration antara Hollywood-Bollywood. Emma Watson dan John Travolta antara pelakon Hollywood untuk movie Paani dan akan release around 2014.

Image

Tapi Shekhar gagal cari producer untuk Paani sebab kos yang agak tinggi sudahnya YRF setuju release under diorang dengan Anushka sebagai heroin dan Ayesha Kapur debut sebagai pelakon Btown. Sushant pula terpaksa reject 12 movies atas saranan Aditya Chopra sebagai producer YRF dan movie Paani sebab nak Sushant fokus dengan watak Gora. Awal tu dia okay lah sebab dia belajar banyak benda dengan Shekhar.

Tapi bila dia dapat tahu yang YRF cancel untuk fund movie Paani & watak tu akan diberi kepada Ranveer, dia bergaduh dengan Aditya. Sushant dengan Shekhar sama-sama menangis bila dapat tahu project Paani shelved sebab diorang suka sangat dengan skrip movie tu.

Image

3. Reject Movies Due Paani

Antara 12 movies Sushant terpaksa reject yang Sushant dedahkan adalah : 

1. Aashiqui 2 
2. Ram Leela
3. Fitoor 
4. Bajirao Mastani
5. Mohenjo Daro
6. Roy
7. Imroze

Image

4. Keluar Dari YRF

Image

Sushant mula kecewa dengan tindakan YRF bila tak invest banyak untuk promo events movie Detective Byomkesh Bakshy! sampai impian pengarah Dibakar Banerjee nak buat franchise spy thriller genre terkubur. Tambah pula bila Sushant dah bagitahu fans dia yang sequel lagi menarik dari yang pertama. Dibakar pun dah beli rights untuk kesemua novel Bengali ni sebab dia yakin movie ni boleh pergi jauh.

Aditya Chopra bengang dengan Sushant bila dia start reject movie yang YRF offer antaranya movie Aurangzeb bila scene Sushant sebagai abang kepada hero yang muncul dalam 2 minutes macam tu je.

Image

Sushant banyak tolak offer dari YRF sebab movie offer tu kebanyakannya lepas Ranveer & Arjun Kapoor reject. Dan kebanyakan movie projek besar diberikan kepada Ranveer Singh atau Arjun. Lepas movie Paani shelved, Sushant pilih untuk keluar dari YRF. Kata Sushant tak guna dia stay dalam talent agency yang tak membantu dia untuk grow as an actor. 

Image

Sushant dengan Ankita pergi audition untuk movie Sultan tapi tak dapat & most probably sebab Sushant keluar dari YRF. Hubungan Sushant-Ankita mula renggang bila Ankita dah start untuk settle down tapi Sushant tak ready lagi. Both ambil kata sepakat untuk berpisah. Sushant denied rumor dia kaki perempuan & Ankita bukan alcoholic or abusive macam media claimed.

Image

5. Ranveer Singh

Rumours keluar bila Sushant perli movie Befikre dan pengarah movie tu, Aditya Chopra sebab buat movie yang bercanggah dengan trend youngster. Kalau betul youngster suka movie tu, kenapa Befikre tetap flop?

Image

Masa tu ramai yang assume Sushant diganti oleh Ranveer untuk watak hero dalam Befikre tapi Sushant bagitahu media yang dia tak pernah dapat tawaran berlakon dalam movie tu. Dan kalau dia dapat pun, dia akan reject sebab skrip tak bagus.

Image

Sushant terang-terang bagitahu media dia tak suka dengan Ranveer dari dulu sampai lah promo events Sonchiriya tahun lepas.

Image

6. Karan Johar 

Image

Bila bergaduh dengan Aditya Chopra, automatik lah akan jadi target sepupu dia, Karan Johar as they’re so close. Starting dari make fun of Sushant dekat Koffee With Karan sampai la sebarkan rumours yang bukan-bukan pasal Sushant.

Image

Sushant dapat offer untuk berlakon dalam Drive under Dharma Productions yang pada asalnya akan jadi franchise siap dapat tajaan sikit dari negara Israel sebagai tanda penghargaan hubungan diplomatik antara Bollywood dan Israel.

Image

Walaupun dah siap shooting, ramai tertanya bila Drive akan release. Dalam interview pun Sushant kata kalau sesiapa tahu tolong bagitahu dia sebab dia pun tak tahu bila. Keluar news yang KJo tak suka end product movie Drive so dia delay lama. 

Image

Image

Lepas interview ni, keluar news yang KJo akan release Drive kalau movie Sushant hit di cinema. Turns out Chhichhore cecah 100cr but KJo being KJo, dia release dekat Netflix je dan Drive dapat review teruk sangat especially dari paid reviewer, KRK yang terima dana besar dari KJo.

Image

Tak putus-putus bash Sushant dan label dia sebagai flop TV actor. Katanya tak ada tempat untuk Sushant di Bollywood sedangkan lakonan Sushant dipuji dalam Drive cuma plot tak strong. Dharma exec kata team dia tak ambil peduli pun dengan Drive. Asal siap sudah la.

6. Nepotism

Dalam interview dengan DNA tahun 2017, Sushant ada point out kenapa dia tak dapat penghargaan walaupun movie dia hit 100crores macam starkids. Sushant mentioned yang dia perlu usaha lebih tak macam insiders.

Image

Sushant pernah bagitahu dalam interview yang dia tidur 2 jam je sehari sebab dia taknak bazirkan masa dia. 

Image

Banyak benda dia nak buat dan nak achieve dalam satu tahun. Kalau orang expect dia bagi 9, dia akan bagi 10 sebab dia suka sangat dengan acting. Kalau science ni ada theory dan ukur kira tapi acting dan seni berbeza. Apart from acting, dia akan luangkan masa dengan membaca tentang Sains atau buat sharing sessions tentang astronomy, belajar menulis dengan dua tangan, play instrument, menyanyi, menari, bersihkan kawasan sungai, belajar coding untuk create games app and so much more!

Image

Image

Tapi sebab minat dia dalam physics dan astronomy, Btown labelkan dia sebagai psiko. Dalam interview Huffpost tahun 2019, interviewer kata sebelum dia interview dengan Sushant dia dapat banyak advice supaya hati-hati dengan Sushant. Ayat Sushant buat orang gilakata kebanyakannya. But the interview went well. Sushant pernah bash DNA sebab mock tweets dia

Image

Your attempt to mock me is appreciated but in doing so you’re also claiming that Sartre,Escher &Joel were bullshitting(credits were given):) - Sushant Singh Rajput 

Image

Of course dia terkesan dengan semua ni sebab dia jenis yang introvert. 

Image

Nepotism debates tak pernah putus tambah pula bila KJo, Saif dan Varun Dhawan perli Kangana yang bangkitkan isu ni dekat IIFA dan jerit ‘Nepotism rocks!’

Image
(It's better if Kangana doesn't say anything at all, she speaks a lot.)

"They (that is the 'outsiders' to the industry) are acting if their father hasn't even bought a pencil box for them," – Varun Dhawan

Sushant reply haha dekat tweet IIFA pun kena bash sebab fans Shahid assume Sushant perli IIFA tak bagi Best Actor award untuk performance dia dalam M.S Dhoni. Walhal Sushant tengok performance dia sendiri atas stage bila dah lama tak perform depan crowd. Susulan dari kes ni, Bollywood makin kejam bila tak putus keluarkan fake blinds tentang Sushant dan labelkan dia sebagai kaki parti, alcoholic, baran, womanizer dan besar kepala.

7. Rajeev Masand – Fake Blind Items

Earlier I said Abhishek bagitahu Sushant terkesan dengan blinds pasal dia dekat set Kedarnath so this is one of blind gambarkan dia sebagai pervert.

Image

i. Lepas Rajeev tanam satu blind, yang lain pun pulun tanam blind yang lain dan tuduh Sushant punca team Kedarnath susah nak buat kerja sampai shooting tergendala. Sara masa tu dapat kebenaran untuk shooting Simmba under Dharma dengan Ranveer.

Image

Makin rancak la rumours kata Sushant ni pervert dan Sara lari sekejap tambah bila ramai persoalkan Kedarnath atau Simmba movie debut Sara? Sushant watak utama Kedarnath tapi media cuma tertumpu dengan Sara. As if keputusan untuk release movie di tangan Sara.

Tambah buruk lagi bila keluar cerita Sushant leak plot Kedarnath dekat director lain supaya dapat big release.

Image

Image

Padahal punca utama Kedarnath bukan kerana Sushant tapi producer KriArj – Prerna Arora ada legal issues bila ada yang cuba jatuhkan nama baik dia dan juga production house dia. Bukan setakat Kedarnath, Parmanu dengan Fanney Khan pun terima nasib yang sama bila producer turun naik mahkamah. Abhishek Kapoor dan Prerna berbincang dan capai kata sepakat kemudian Kedarnath dapat release date under RSVP production house.

Image

Tak cukup dengan blind items, Sushant kena kurangkan aktiviti promote movie bersama Sara. Movie Kedarnath pula kena ban di Uttarakhand sebab dikatakan promote love jihad. Protes diadakan supaya movie kena ban terus.

Image

ii. December 2017 - Masa keluar rumours Sushant akan berlakon dalam Chhichhore, keluar pula blind Sushant besar kepala buat hal taknak jumpa dengan director Nitesh Tiwari dan producer Sajid Nadiadwala untuk script discussion. Padahal Sushant mesra bukan setakat dengan Nitesh even dengan family dia jugak.

Image

iii. Around Ogos hingga Sept 2018 keluar lagi blind Sushant buat hal dekat set Kizzie Aur Manny / Dil Bechara bila dia cuba kacau pelakon baru – Sanjana Sanghi. Tambah pula masa tu tengah hot dengan #MeToo. Fox Star Studios, director Mukesh Chabra, Sanjana dan Sushant denied.

Image

Image

I feel sad to reveal personal information but it seems that there is no other way to state what was, in the midst of this curated and well timed smear campaign - Sushant Singh Rajput

Image

Image

Image

Image

Kesan dari smear campaign ni, Sushant hilang verified status di Twitter tapi Sushant clarified yang badge tu dah hilang sejak 5 September bukan sebab #MeToo controversy.

Image

Imej Sushant makin buruk dan dia dihalang muncul dengan kerap untuk promote Chhichhore dan digantikan oleh Shraddha. Rajeev Masand keluarkan lagi fake blinds terhadap Sushant bila Chhichhore hit di box office bagitahu yang Sushant takkan dapat movie offers sebab #MeToo scandals.

Image

Sejak dari tu memang banyak fake blinds keluar cakap susah nak kerja dengan Sushant sebab attitude dia dekat set. Boleh kata setiap bulan akan ada blind item pasal Sushant. Walaupun ada good deeds yang Sushant buat pun tak kerap diperkatakan di media malah dituduh berlakon suci untuk bersihkan nama yang terpalit dalam scandal. 

Image

Lepas Chhichhore, Sushant tukar PR agency sama company dengan Rhea Chakraborty, ThinkInk under Radhika Nihalani sebab Rohini tak jaga imej dia tambah pula bila Rohini Iyer merangkap kawan rapat dia sendiri tak gigih buat kerja.

8. Shelved Moviessssss

Boleh kata banyak sangat movie Sushant shelved, on hold, dah sign tapi hilang tanpa berita. Kalau dua tiga kali kita faham tapi dengan Sushant ni memang banyak sangat.

Image

i. Homi Adjania rom-com flick Takadum – Sushant, Irrfan Khan, Parineeti

Image

ii. RAW – Masa Sushant setuju nak buat action movie ni sebab dia tak pernah buat action lagi, tiba-tiba movie tu shelved sebab kos tinggi. Sushant dah publish poster dekat Twitter dia masa tu.

Image

Bila Sushant keluar, then team RAW ambik Abhishek Bachchan sebagai lead sebab Abhishek rapat dengan wife movie producer tu. But then John yang dapat.

Image

iii. Chanda Mama Door Ke – shelved sebab kos tinggi walaupun dah shoot halfway dan dapat kebenaran untuk shoot dekat NASA. Of course Sushant happy sangat dengan project ni sebab plot relate dengan subjek fav dia

Image

iv. Web series 12 episod dengan Insei Ventures tentang Indian genius.

Image

v. Emergency – director Anand Gandhi tentang anthropologist, a human culture scientist. 

vi. Rifleman - biopic Jaswant Singh Rathore, who fought the battle of Nuranang in 1962.

Image

Sedih sangat bila dapat tahu banyak movie dia yang shelved sebab selalu follow updates movie Sushant. Bayangkan berapa banyak masa dia habis prep roles, shooting, pergi sana sini tapi banyak movie dia tertangguh.

Remake The Fault In Our Stars, Dil Bechara pun hampir shelved jugak walaupun dah dapat release date. Lepas lama berteka-teki dan bertukar tarikh tayangan, sudahnya producer decide untuk release dekat OTT platforms sebab covid-19.

Image

Image

Image

Ikutkan lepas lockdown ada 5 lagi movies Sushant dengan various directors yang dah confirm tapi sayang semua tu akan shelved juga ataupun ganti dengan actor lain. 

Kebanyakan yang bekerja dengan Sushant dekat set akan puji usaha Sushant untuk study watak dalam movie yang dia berlakon. Ramai yang senang dengan Sushant sebab dia mesra dan positif orangnya tambah kalau dia sembang pasal astronomy dan sains. 

Tapi bila kehadiran Sushant dalam industry dianggap ancaman dan pesaing, dia dibuli. Yang positif pun boleh bertukar negatif. Yang kuat pun jadi lemah. Kalau industry tak sekejam ni mungkin dapat tengok banyak lagi talent dan craft Sushant melalui movie yang bagus. But the damage is done and he's gone now. May your soul blessed and rest in peace Sushant….

20 comments:

  1. kesiannya kan... akhirnya dia ambil jalan bunuh diri supaya dia boleh gembira tapi apa jadi pada pembuli-pembuli nya tu... mesti takde sesalan, dan tak kisah pun, geram betul kan

    ReplyDelete
  2. absolutely deppression is a scarry silent killer, after reading your stories, mental health is important to avoid each falls into depression. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Rasanya bila dia dah takde, filem dia semua akan d tayangkan ke,? ermmm
    Kesian dia, mesti struggle gile depression dia...

    ReplyDelete
  4. Fuh gigih baca entry yang ajak panjang plot cerita dia ni.. huhu. Tu ah depression is real. kena betul2 rawat dari melarat sampai bunuh diri camni. sedih

    ReplyDelete
  5. Ini mesti peminat filem Hindi mi... panjang lebat storynya. Sis pun minatt gal foe hindi tapi tgk
    para pelakonnya. Yang baru2 ni kurang kenal sangat.

    ReplyDelete
  6. sama je bollywood atau korea artis. susah untuk mereka bertahan dalam industri seperti ini, dan ambil langkah mudah bunuh diri.

    ReplyDelete
  7. Lama tak mengikuti filem Hindustan dan tamil, baca dekat entri ni baru tahu kisah cerita mereka... kalau kena buli memang akan rasa fobia dibuli, ini jadi tekanan dan kemurungan pada dia agaknya. ending sedih sebab bunuh diri.

    ReplyDelete
  8. kesiannya kalau kena depression ni. kalau sesiapa yang ada simptom kena cepat2 ambik tindakan

    ReplyDelete
  9. Kesiannya hidup berakhir dengan bunuh diri.

    ReplyDelete
  10. Famous juga dia ni. Tapi Fana tak pernah tengok dia berlakon atau dah lama tak tengok filem bollywood. Tapi sayang pada usia yang muda dia pergi. Hmm.

    ReplyDelete
  11. kesian juga kalau hidup famous ni kan. Life macam tak ada privasi, mungkin sebab tu ramai yang terkenal end up bunuh diri.

    ReplyDelete
  12. Alahaii kesian dia kan. Deppression ni bukan boleh buat main2..mcm2 boleh jd. Bukan pada artis aje..org biasa pun boleh dpt dippression ni

    ReplyDelete
  13. ya Allah rajinnya seketul farhana buat entri panjang gilaaaaa ni...akak tak kenal dia ni, tapi hensem la jugak..haha

    ReplyDelete
  14. Begitu muda dan begini cara pemergian beliau kerana tekanan. Kesian dia.
    Walhal dalam apa jua yang kita lakukan, memang ada insan yang akan kurang senang dengan kita. Yang penting, ingat Allah swt kan.

    ReplyDelete
  15. haha panjangnya..pening jugak baca..boleh depress ni (^_~)
    tak kenal pun siapa dia sebab tak tengok cerita hindustan :D
    Deppression ni memang bahaya.

    ReplyDelete
  16. Film india selalu seru di tonton. Sarat dengan makna percintaan, kekayaan dan kasta

    ReplyDelete
  17. such a shock and sad news for Sushant Singh Rajput. It's too bad to Pressed Till Depressed and die

    ReplyDelete
  18. Depression is a serious matter and should not be taken lightly, this challenging time like this i hope that people can pull through.

    ReplyDelete
  19. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!