Sunday, 21 June 2020

Drama Review : Aarya


Director : Sandeep Modi, Ram Madhvani, Vinod Rawat
Writer : Sandeep Shrivastava, Anu Singh Choudhary
Cast :  Sushmita Sen, Chandrachur Singh, Ankur Bhatia, Vikas Kumar, Namit Das, Sikandar Kher, Jayant Kripalani, Manish Choudhary, Alexx ONell, Viren Vazirani, Virti Vaghani, Flora Saini, Gargi Sawant, Sugandha Garg
Genre : Crime / Drama
Running Episodes : 9 episodes
Release Date : 19 June, 2020
Production Company : Ram Madhavani Films, Endemol Shine Group
Distributor : Hotstar India
Trailer : 


Diadaptasikan dari drama Dutch bertajuk Penoza arahan Pieter Bart Korthuis yang diterbitkan pada tahun 2017, Aarya mengangkat genre crime drama yang berkisar perniagaan haram di Rajashtan. Cerita bermula bila keluarga kecil Aarya (Sushmita Sen) bersama Tej (Chandrachur Singh) terganggu dengan masalah bisnes yang timbul bila adik Aarya, Sangram (Ankur Bhatia) dan Jahawar (Namit Das) curi heroin yang bernilai Rs300crore dari supplier Shekawat (Manish Choudhary).

Tej cuba halang adik ipar dia dan minta pulangkan semula heroin tu sebab taknak satu keluarga dalam bahaya. Tapi Sangram degil nak keuntungan yang tinggi supaya boleh jadi kaya macam Shekawat. Tej taknak tarik perhatian pihak berkuasa bila mereka buat bisnes heroin. Aarya pula ugut Tej supaya stop dengan illegal business ni ataupun dia akan minta cerai dan tinggalkan Tej. 

Walaupun illegal business jadi supplier opium adalah business keluarga Aarya tapi dah 17 tahun dia tinggalkan kerja haram tu dan nak anak-anak dia – Veer (Viren Vazirani), Aru (Virti Vaghani) dan Adi (Pratyaksh Panwar) hidup normal macam orang lain.


Tak lama pun untuk Shekawat tahu yang Sangram curi heroin dia dan hantar anak buah dia untuk bunuh mereka bertiga. Malangnya Tej ditembak di hadapan Adi di depan pagar rumah mereka. Adi trauma, Aarya pula cuba selamatkan anak-anak dia daripada Shekawat bila tanpa sengaja hutang Tej Rs300crore terletak di bahu Aarya. Sangram pula ditangkap polis. Jahawar pula cuba peras ugut dia untuk bayar hutang.


Aarya taknak ayah dia, Zorawar (Jayant Kripalani) jatuh sakit bila tahu masalah ni so dia minta tolong hitman ayah dia, Daulat (Sikandar Kher) untuk bantu dia uruskan banyak benda sebab pergerakan dia terbatas bila ACP Khan (Vikas Kumar) desak dia serahkan pendrive kepunyaan Tej. 

Dari awal kita dah tahu jalan cerita drama Aarya ni berkisar keluarga drug dealer so when something bad happened to them, susah nak connect especially bila scene melodrama muncul. Dalam drama ni watak Aarya sebagai mak cuma takut anak-anak dia bermain dengan pistol je tapi kalau dadah, rokok dia cuba cakap elok-elok dengan anak dia. Since watak dia di awal drama nak anak-anak dia jadi normal, agak awkward bila scene macam ni muncul.


Kalau awal drama director tunjuk yang Aarya ni nak sangat keluar dari family business dia tapi bila ACP Khan approach dia dengan beberapa secret yang Tej bocorkan, Aarya tiba-tiba berpihak untuk defend family dia. Tambah drama pada plot twist tapi nampak lemah pada penceritaan. Kenapa Aarya tak tingkatkan tahap keselamatan rumah pun jadi persoalan juga. Director pula tak kembangkan cerita dari ayat ACP Khan bila dia kata orang yang tembak Tej adalah orang dalam sebab dia tahu blind spot 3 CCTV di rumah Tej-Aarya.


Lakonan Sushmita Sen memang layak dipuji bila sepanjang 9 episod dia carry watak Arya dan masalah keluarga ni di bahu dia. Tambah pula bila dia dah lama berehat dari dunia lakonan sebab sakit dan nak jaga anak-anak dia. Cuma terlampau ramai pelakon sampingan sampaikan ada yang muncul tanpa kepentingan pun macam watak Ajay, Radika (Flora Saini), Hina (Sugandha Garg) dan Pallavi (Gargi Sawant). Credit where credit's due, all actor did great which make this crime drama enjoyable to watch.


Suka dengan music score ni bila kebanyakannya soundtrack dari single track yang famous zaman 80-an. Since it involves drug dealer, tak sesuai untuk tontonan keluarga walaupun bernaratifkan permasalahan beberapa keluarga.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6  = 7.4/10

18 comments:

  1. cerita kalo melibatkan dadah ni memang akan ada banyak konflik rumit kan...lagi2 kalau melibatkan family..

    ReplyDelete
  2. Waaa ada Sumitha, lama tak tengok dia berlakon, kita suka suara garau dia hahahaha..okay kita save dalam list kita cite ni...xnak baca bebanyak, kang spoil hahahaha

    ReplyDelete
  3. Lama tak tonton filem. Dulu rajin laa jugak tgk citer tamil citer hindi. Sekarang masa pon tak berapa nak ada untuk menonton. Macam menarik jer jalan citer ni.

    ReplyDelete
  4. Ada Sumitha Sen. Kita minat dia. Jalan cerita jenis crime, aksi dan dadah ni best. Ouh ada plot twist dalam cerita ni

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah rajin tengok filem Hindi cuma sekarang ni kurang sikit tapi klu ada citer best dan pelakonnya lak menarik akan tontong juga. Apa pun my fav aktor still SRK dan aktres Kajol.

    ReplyDelete
  6. nampak macam menarik drama ni. tak pernah lagi layan drama hindustan, tapi dkt rumah mak dgn adik beradik yg lain suka tgok drama dkt channel hindustan tu :)

    ReplyDelete
  7. I dah lama tak tengok filem.. Tapi i minat gak la kalau citer jenis aksi ni.. Sebab x ngantuk

    ReplyDelete
  8. Sisyat mmg suka sgt cerita hindustan . Yang ni sisyat rs kena tengok juagk cerite ni. I love hindi movie. Hehe

    ReplyDelete
  9. plakon lain tk kenal tp heroin Sushmita Sen tu biasa la dgr ..sbb pernah berlakon ngan shahrukh khan..kalo hindustan berepisod tk pernah lg tgk

    ReplyDelete
  10. Hahahhaa lama gila rasanya tak layan citer hindustan ni. Sekali sekala boleh lah layan. Lepastu keje kira berapa kali dorang tukar baju hahaha.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak tengok bollywood, kerja dok tengok tamil je. tapi ada Sushmita Sen, dah lama tak tengok dia berlakon dalam mana-mana movies

    ReplyDelete
  12. Heroin je Yaya kenal..hihi..Jalan cerita macam menarik. Boleh masuk list ni, weekend ni nak tengok.

    ReplyDelete
  13. dah jarang tengok bollywood bila ada kdrama skrg ni. insyaALlah nanti saya tgk citerni

    ReplyDelete
  14. dah lama tak tengok bollywood cerita ni macam bestt je boleh lah lepas bosan-bosan layan kdrama/anime layan cerita ni pulak hahaha

    ReplyDelete
  15. kakak suka juga layan cerita Sushmita Sen tu, nanti boleh masuk dalam list dan layan.. hee~ thanx pana !!

    ReplyDelete
  16. Cerita hindi mmg selalu best. Nanti nak tengoklah movie jln cerita nampak menarik

    ReplyDelete

  17. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  18. Rindu pulak gan Sumitha Sen ni..lama tak tgok dia berlakon. Boleh le nanti bila free2 tgok cite ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!