Wednesday, 3 June 2020

First Time Pergi Ke SOCSO Putrajaya

15 Mei lepas pergi ke Menara Perkeso di Putrajaya sebab urusan berkaitan Program Subsidi Upah (PSU) gara-gara wabak covid-19 ni. 2 hari lepas PSU dibuka pendaftaran, HR dah apply dah tapi sampai sekarang tak dapat lagi walhal dah habis tempoh menunggu 14 hari. 

Tanya kawan-kawan dari company lain ramai yang dah dapat even ada law firm yang dah dapat jugak. Dah call, email SOCSO  pun sama jugak. Dah pergi HQ dekat KL pun tak dapat jawapan sebab katanya Menara Perkeso yang uruskan hal PSU ni. 


At first macam confusing jugak sebab staff dekat KL kata Menara Perkeso dekat Cyberjaya rupanya Putrajaya. Dah sampai Putrajaya satu hal pulak sebab Waze kata dah arrive tapi dekat tengah-tengah jalan tu haaa. Sudahnya park kereta dulu dekat public parking then tanya orang.

Tapi belum sempat tanya orang dah ada Indian uncle dari dalam van jerit

'Dik! Dik! Dik! You tahu mana Menara Perkeso?!'
'Sorry uncle I pun tak tahu, I baru nak cari ni.'

Lepas dia berlalu pergi dengan kekcewaan, ada pulak Chinese uncle yang tegur I

'Dik, you cari Menara Socso ke? Socso yang logo dia dekat document ni kan?'
'Ha'ah yang ni lah' 
'Ituuuu bangunan dia. I dah tanya pak guard dekat situ. Nanti you masuk dalam, dekat guard tu straight je dah jumpa'

Bangunan dia sama macam dalam gambar I letak tu ye in case you guys pun clueless sebab dekat area tu memang tak ada langsung signage ataupun directory. Thanks to that Chinese uncle now I dengan HR dah boleh pergi Socso dengan tenang. 

Masuk bangunan tu pun guard dah ready untuk jadi penunjuk jalan pergi ke Perkeso. Dia dah boleh agak kot sebab ramai yang blur pejabat Perkseo dekat mana. 


Dah sampai, kena tunggu sekejap dekat luar lepastu sanitize tangan, isi nama then ambil nombor dekat kaunter receptionist. Nombor kitorang 1001 means yang pertama lah tapi kaunter kosong lagi tak ada orang. 


Lama jugak lah both of us tunggu dekat situ sampai sejam sebab staff yang uruskan PSU belum datang lagi. 


Bila pegawai PSU dah sampai, dah tunjuk semua dokumen pegawai PSU tu bagitahu yang tempoh menunggu 14 hari tu dah tak valid sebab terlampau banyak company yang apply PSU. Diorang tak expect akan cecah banyak macam tu. 

Walaupun kitorang dah dapat payment advice dari Perkeso pun belum tentu akan terus masuk dan pihak PSU pun tak dapat nak bagi jawapan bila akan masuk sebab system untuk PSU ni tak sempat nak guna pun. Ada sistem excel untuk diorang tahu company tu dah lulus ataupun tidak je. Details yang lain memang Bahagian Kewangan je yang tahu. 

Company kami di stage mana pun dia tak boleh nak detect. Jawapan utama dia, kalau dah dapat payment advice just tunggu je sampai masuk. 


Of course kitorang faham pihak Perkeso busy sangat sekarang ni tapi itu lah, penantian tu satu penyeksaan tambah pula bila company lain dah dapat tak sampai 14 hari pun. 


Balik dengan kekecewaan jugak lah sebab dari jauh datang tapi dapat jawapan sama macam dalam phone call jugak. 

Tapi yang lagi sadisnya baru hari ni dapat tahu by call yang application company kitorang baru dihantar ke Bahagian Kewangan lepas kitorang pergi ke Menara Perkeso hmmmm kena tunggu sampai 10 Jun pulak cerita dia. Covid-19 betul-betul menyusahkan semua orang. 

4 comments:

  1. Dapat bayangkan macam mana peningnya bila kena handle urusan yang macam ni. Moga dipermudahkan urusan awak..

    ReplyDelete
  2. Alahai.. penat2 je. semoga dipermudahkan segala urusan awak yer!

    ReplyDelete
  3. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!