Drama Review : Cinta Itu Fairytale Episod 3

Wednesday 3 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 3 – JATUH BANGUN: 

Episod kali ni Nina Suraya (Eyka Farhana) makin stress dengan kecaman netizen sampai  Puan Sofia (Amy Mastura) kena masuk campur dalam hal cinta gagal Nina dan Zach sebelum Nina bergaduh dengan Najmi (Wafiy Ann) makin teruk lagi. 


Suka dengan advice Puan Sofia bila dia kata kalau Nina tak salah buat apa nak kisah dengan kecaman netizen dan Nina yang pilih kerjaya yang melibatkan netizen so dia kena hadap lah cabaran tu. Walaupun point dekat hujung tu nak ajak Nina kerja dengan dia dekat galeri batik The Canting macam sebelum ni jugak haha comel je perangai mak-mak ni. 

Sudahnya Nina ambil keputusan untuk buat soul-searching dekat Johor Bahru dan minta cousin dia, Niesa (Afifah Nasir) jadi tour guide. Dalam drama ni watak Niesa ada café sendiri tapi banyak kali makan hati dengan perangai staff dia yang culas bila masuk bab kerja tapi laju je bab minta kenaikan gaji. Siapa tak geram kan? 

Sinematografi episod Jatuh Bangun ni cantik sangat sebab ada scenery laut dekat pantai di Johor. Air laut biru aqua, pasir putih dengan view dan decoration hotel Amerald yang cantik, memang every shot dalam semua scene nampak menawan lah! 





Cuma yang tak bestnya bila Nina tak sudah-sudah dok stalk Instagram Zach (Harris Baba) lepastu makan hati dengan komen netizen yang anggap Zach mangsa keadaan bila selalu up post sedih tak boleh move on dengan Nina. Bukan Niesa je menyampah, kitorang yang tengok pun dah naik jelak dengan perangai Nina. Lagi tak faham kenapa Nina nak layan bad mood dia sampai tak nak keluar jalan-jalan padahal dia yang kata nak buat soul-searching. Dah la tempat tu cantik, kesian Niesa ambil cuti tapi Nina buat perangai nak tidur je dalam bilik hotel.


Dalam episod ni suka tengok setiap kali Niesa muncul sebab dia pandai bertegas dengan Nina. Kalau sebelum ni suka tengok wardrobe watak Nina Suraya dari butik Fazbulous dan Thoobelas dengan magis hasil solekan Najeeb Azmi, sekarang ni lagi syok tengok sebab wardrobe Niesa pun sama cantik je dengan cousin dia. Hairstyle dia pun berubah setiap scene. 


Cuma soundtrack la kecewa sikit sebab tajuk dia Jatuh Bangun so I expect ada lagu Haqiem Rusli ft Aman Ra. Jalan cerita episod ni pun tak berkaitan dengan jatuh bangun Nina pun sebab dia banyak jatuh je dalam episod ni. Jatuh Baring lagi sesuai rasanya sebab dia pun melepek je atas sofa layan kecaman netizen. Tengah tunggu bila Nina nak expose perangai Zach yang sebenarnya. Geram!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

13 comments

  1. Assalamualaikum Farhana Jafri... Waaa, Ss dah lama tak layan iflix ni... nak kena godek2 lagi ni nampaknya.

    ReplyDelete
  2. mcm menarik jgk cite ni.. boleh layan..

    ReplyDelete
  3. Akak memang download iflix nie, tapi bila line tak berapa ok, terus down nak tengok.. banyak jugak drama melayu kat iflix yea..

    ReplyDelete
  4. Sis tak ada iflix so tqk dapat lah nak tonton cerita ini...memang tak mustahil khayalan jd realiti..

    ReplyDelete
  5. Wah, drama baru. Boleh try layan nanti. Layan sebab nak tengok view pantai lawa, boleh.. Hihi

    ReplyDelete
  6. Busy sangat kerja ni. Nak layan IFlix pun tak ada masa dah.

    ReplyDelete
  7. wah lamanya saya tak layan cerita2 melayu. hehe. selalu layan cerita omputeh atau korea atau japan. :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi layan drama kat iflix. Drama nya macam menarik

    ReplyDelete
  9. Adeii dah episod 3 ek, Sis belum ada kesempatan nak layan lagi ni, duk nampak je tuu...

    ReplyDelete
  10. hahahah jatuh baring pun boleh ekkk...eee kalo akak tengok pun geram gak ni, da sampai resort lawa2 gitu, keluar la oiii jalan2 kat pantaii

    ReplyDelete
  11. wow Cinta Itu Fairytale looks like a nice drama to catch. the artist so beautiful la

    ReplyDelete
  12. Alamak kita tak berapa sgt layan cite cinta2 nih.. Haha lagi2 drama melayu.. Tapi eyka farhana tu mmg cantik

    ReplyDelete
  13. Alaaa baru je unsubscribed iflix sebab tak da apa nak tengok. sekarang dah ada drama best plakkkk. Huwaaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.