Saturday, 20 June 2020

Latok Latok Latok

Dah lama nak makan latok atau anggur laut dari Sabah ni tapi tak pernah teringat nak membeli. Nak pulak tengah viral since tahun lepas jadi lagi malas nak beli sebab entah kenapa tak payah la tanya. Mood kan, ikut suka je nak ke taknak. 

Benda wujud je sampai bila bila katanya. Sekali lockdown. Heh business latok semua tutup pfftt

Masa tu lah baru rasa teringin nak makan haha


Ada je dekat KL tapi tambah tolak charge delivery, macam lebih kurang je harga beli latok. Habis je PKP ni baru la nampak dekat area Subang Bestari ni ada jual siap buat promo lagi. Hari tu beli 3 dapat RM13 satu bekas. 

Satu bekas tu tak banyak pun sebab 100 gram je. Sekejap je boleh habis makan satu bekas. So kita beli 3 terus. 

Latok yang dapat ni warna dia gelap tak macam dalam gambar atau video acah mukbang orang selalu buat tu. Tapi I okay je sebab sedap je bila makan. Rasa dia a bit slimy and crunchy. Sebelum nak makan ni kena rendam dulu dalam 5 minit lepastu perah limau dekat latok tu. Tapi perah limau atau biarkan kosong, dua-dua sedap for me. 


Bila cicah dengan sos seller bagi tu memang mengundang lah. Tapi kalau a bit pedas mesti lagi sedap. Sos warna merah tu lagi kena rasa dia dengan latok.


Seller tu dah sediakan chopstick siap-siap tapi baik makan guna tangan je lah sebab dia punya batang tu agak susah nak putuskan. Takkan la nak sumbat latok penuh satu mulut kan? Tapi ikut lah nak makan macam mana pun. Nak slurp slurp sampai habis pun boleh. 

Boleh beli lagi latok ni nanti sebab sedap tapi rasanya beli dengan seller ni je la kot sebab lain seller, lain sos dia bagi. Nanti kalau tak ngam kang dah tak best dah nak makan. Kawan kata latok ni bagus bila makan sebab banyak khasiat cuma tak tahu berapa banyak kena makan untuk dapat khasiat tu. Tapi tak boleh nak makan selalu sebab mahal haha

7 comments:

  1. Selalu ada orang bukak order, tapi tak pernah try lagi, maybe boleh try lepas ni

    ReplyDelete
  2. Anak Sis hantu makan latok ni, baru kelmarin dia beli lagi...tapi sedap cecah dengan sambal asam dr yang ada sambal manis macam sos tu kann...

    ReplyDelete
  3. latok ni duk lalu lalang tp xterasa lg nk beli..
    risau kalo beli xleh mkn.. tp kdg2 tu rasa teringin jgk nk try.. haha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi. Ada yang cakap kuat rasa hanyir dan tak semua boleh terima rasanya.

    ReplyDelete
  5. tak pernah rasa lagi
    nak beli mana lah benda nih
    hahaha

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan ni..masa gi sabah ri tu ada jugak jumpa tapi tengok orang lain makan je...diri sendiri tak berahi nak try..

    ReplyDelete
  7. Ooo.. sedap ye... tak terfikir nak makan sebab terbayang dia meletop pop pop dalam mulut

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!