Set Eggs-stra Padu Marrybrown Egg-stra Special!

Tuesday 2 June 2020


Marrybrown kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Bila tahu Marrybrown buat set salted egg ni memang tak fikir panjang dah terus serbu je sebab takut habis. Ye lah, bukan senang nak jumpa set ayam disalut sos Telur Masin yang pekat likat memikat. Kalau tak percaya boleh tengok gambar ni, tengok sendiri betapa tebalnya sos telur masin yang disalutkan bersama ayam ni. Puas hati sangat bila makan. 



Rasa dia just nice bila ada masin dia, ada rasa pedas dia, ada rasa creamy so bila makan dengan mash potato dan salad sejuk bersama sengkuang memang terasa nikmatnya. Untuk set ayam ada dua pilihan sama ada nak pilih 2 ketul ayam dihidangkan bersama kentang lenyek, salad dan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea bermula dari RM15.90 ataupun 3 ketul ayam dengan side dishes dan drinks yang sama bermula dari harga RM 18.80. 


Untuk set Salted Egg Burger pula boleh dibeli bermula dari harga RM15 dan dihidangkan bersama fries dan Heaven and Earth Ice Lemon Tea. Yang bestnya makan dekat Marrybrown ni boleh makan dekat buaian. Dekat tempat lain mana ada. 


Siapa yang belum makan set kombo salted egg ni boleh dah serbu Marrybrown ataupun order delivery service je. Tak payah susah susah beratur kan? 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

8 comments

  1. suka burger dia
    sedap
    dua kali dah repeat makan
    maybe nak repeat kali ketiga
    hahaha

    ReplyDelete
  2. uiiiiiiiiiii.. esok kena repeat ni.. harini asyik terliur je tengok entri orang pasal MB.. hee~

    ReplyDelete
  3. ujung minggu ni kene try nih.... ramai-ramai ada orang kt rumah baru best

    ReplyDelete
  4. new menu, nak try la..nampak sedap!

    ReplyDelete
  5. Telan air liur tengok orang review ni 😂😂

    ReplyDelete
  6. Ala, kenapa akak tak perasan menu nie..? huhuhu tengahari tadi akak order dengan foodpanda.. adoii.. melepas nak merasa..

    ReplyDelete
  7. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.