Wednesday, 24 June 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kuala Lumpur!

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

Volunteers - Nur Maisarah delivery the home cooked Ayam Brand meals to Pusat Jagaan Kasih Murni

Dek kerana  wabak Covid-19, sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Di Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Kasih Murni bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat dengan mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Nur Maisarah Ahmad Jailani, Hamnee Binti Mod Zain, dan Asma Amirah Binti Nazarudin  turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Murni telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan, jagung manis, dan kacang panggang menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Cheese Bolognese, Ayam Carbonara, Pulut Kuning dengan Rendang Ayam, dan Kuih Seri Muka yang kami siapkan,” jelas Nur Maisarah.

Pulut kuning rendang ayam cooked by Volunteer Hamnee Binti Mod Zain using Ayam Brand products

“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Murni kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nur Maisarah, Hamnee dan Asma Amirah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Murni, Pn Rohana.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.



Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my. 

15 comments:

  1. Bagus ada program macam ni. Membantu mereka yang memerlukan terutama yg terjejas akibat covic19.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada program macam ni. boleh sama sama tolong orang yang memerlukan. kdg2 org susah dia malu nak mintak, tapi kalau ada mcm ni dia boleh g amik apa yang dia perlu

    ReplyDelete
  3. Good initiative by ayam brand.. Semod
    Ga byk lg brand2 lain akan buat food bank mcm ni

    ReplyDelete
  4. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah kerana Ayam Brand membantu mereka yang memerlukan. Rawlins kagum dengan semangat Malaysian yang suka membantu yang lain.

    ReplyDelete
  6. Satu usaha yang patut mendapat kerjasama penduduk di komuniti terbabit.

    ReplyDelete
  7. Good package from Ayam Brand. I read about this campaign for several blogs. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya Ayam Brand buat inisiatif macam ni. Semoga inisiatif macam ni dapat bantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  9. Inisiatif macam ni lah bagus. Rasanya tak semua tempat kot ada ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus ayam brand buat macam ni. Idea yg kreatif. Harapnya org dtg ambil tu mmg org yg memerlukan.

    ReplyDelete
  11. Terbaik program mcm ni.. Banyu mereka yang memerlukan.. Semua negeri dh ada ni kan.. Support ayam brand

    ReplyDelete
  12. Bagus program komuniti crs ayam brand ni dalam usaha mendekatkan diri pada masyarakat dan memberikan bantuan. Tahniah.

    ReplyDelete
  13. Tahniah di atas pendekatan yang noble ini... di waktu sebegini, kita memang memerlukan semua pihak untuk sama-sama berganding-bahu membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini... #thestruggleisreal #bravoayambrands

    ReplyDelete
  14. I heard about pantri #AyamBersamaMu campaign. that's very meaningful thanks to the brand for the innitiative

    ReplyDelete
  15. Terbaik sis, hopefully they will continue with this initiative.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!