Movie Review : The Maid

Monday 24 August 2020


Director : Lee Thongkham
Writer : Lee Thongkham, Piyaluk Tuntisrisakul
Cast : Naomi, Teerapat Sajjakul, Savika Chaiyadej, Ploy Sornarin, Kannaporn Puangtong, Keetapat Pongrue, Natanee Sitthisaman
Production Company : Global Film Station, Hollywood
Distributor : Netflix
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 100 minutes
Release Date : 9 July 2020
Trailer :


Cerita bermula dengan episod orang gaji di mansion tu diganggu oleh patung monyet kepunyaan Lady Nid (Keetapat Pongrue). Keesokan harinya orang gaji tersebut minta izin untuk berhenti sebab tak tahan diganggu hantu. Uma (Savika Chaiyadej) pun dah jelak agaknya dengan orang gaji yang sentiasa keluar masuk dek kerana diganggu hantu. Dia dah malas nak halang. Nanti esok lusa ada lah tu yang isi kekosongan jawatan. 

So here comes the new maid, Joy (Naomi) yang tak kisah bekerja sebagai orang gaji di mansion kepunyaan Uma dan Nirach (Teerapat Sajjakul). Tugas dia cuma untuk jaga Lady Nid yang masih kecil tapi sudah menghidap dementia atau sakit mental dan lama kelamaan akan hilang ingatan, keliru ataupun berhalusinasi. Joy perlu pastikan Lady Nid makan ubat dan tidur ikut jadual tidur.


Hari pertama dia sampai di situ pun dia dah diganggu oleh hantu yang sama menghantui Lady Nid. Awalnya Ms Wan (Natanee Sitthisaman), ketua orang gaji di mansion tu dah pesan supaya jangan menyibuk hal orang lain tapi disebabkan Joy curious sangat dengan kisah hantu tu, dia cuba korek rahsia dalam mansion tu.


Joy cuba cari dalam bilik bacaan Nirach dan terjumpa gambar Uma, Nirach dan juga orang gaji. Joy cuba bertanya tentang orang gaji yang bernama Ploy dekat Ms Wan ataupun Bhorn dan Chai. Tapi jawapan yang dia terima sama dan tak ada misteri langsung bila Ploy bekerja di situ selama 6 tahun kemudian berhenti kerja dan hilang tanpa khabar berita. 

Kalau betul Ploy hilang, kenapa hantu dia wujud di mansion tu dan selalu ada dengan Lady Nidd an ganggu orang gaji lain? Kalau Ploy mati, bagaimana dan kenapa roh dia tak tenang? Apa rahsia yang mereka semua simpan? Semua jawapan tu ada dalam The Maid.


Awalnya macam dah boleh agak yang Ploy ni mati dan kena tanam dekat mansion tu sebab dia datang dalam keadaan badan yang hitam dan kotor. Yang tu je lah tekaan I mengena. Plot twist dia not bad lah walaupun macam boleh teka dia menghala ke mana jalan cerita tu. Tengok cara roh Ploy melekat dengan Lady Nid tu pun dah boleh agak kenapa.


Movie ni agak slow lah sebab genre horror so boleh la wujudkan moment suspense tu dan jumpscare dia memang predicatble but still terkejut jugak sebab background music. Kalau terlepas satu, datang lagi satu kejutan. Ada 3 chapter dalam movie ni dan Chapter 2 paling menarik lah walaupun format dia sama dengan genre horror yang lain bila ada flashback yang diceritakan oleh hantu. Chapter 1 baru nak build up mood dan kenal semua watak. Chapter 3 pula agak gore dengan plot twist yang menarik.


Cuma tak faham lah kenapa hantu tu tak balas dendam je dan tak kacau watak-watak yang bunuh dia tapi kacau orang gaji yang lain. Sebelum Joy datang, takkan lah dia tak pernah munculkan diri dekat watak-watak yang bunuh dia dengan kejam sebab cara dia ganggu maid baru memang tak boleh blah. 

Lakonan dan visual antara kekuatan movie The Maid walaupun jalan cerita predictable dan cliché tapi berbaloi bila tengok Chapter 3.Lagi cantik kalau Chapter 1 tu tak slow sangat dan kita dapat tengok Joy crack beberapa misteri instead diberitahu oleh hantu. Movie ni boleh ditonton di Netflix tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 7.2/10

4 comments

  1. i skip reading the review sbb tempting nak tgk cita ni! thank you for suggestion!!!

    ReplyDelete
  2. Ada tengok dia punya trailer tapi belum berapa berani nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
  3. terasa nak tengok, tapi sebab horror hm kita batalkan jela niat tu

    ReplyDelete
  4. ingat korean movie tadi, kalau movie seram thailand ni kena fikir banyak kali juga sebelum tengok..hehe

    btw jemput singgah ke my new blog https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telefilem-luluh-2020.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.