Layangan Putus | Berbaloikah Memendam Rasa Demi Rasa Sayang Pada Yang Curang?

Tuesday 25 January 2022

Pengarah : Benni Setiawan

Penulis Skrip : Oka Aurora

Pelakon : Reza Rahadian, Putri Marino, Anya Geraldine, Frederika Cull, Graciella Abigail, Reyhan Vandennoort, Marthino Lio, Raquel Katie, Michelle Wanda

Genre : Drama

Jumlah Episod : 10 Episod (25 – 42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 26 November 2021 – 22 Januari 2022

Syarikat Produksi : MD Entertainment

Penyiaran : WeTV, iflix

Trailer :


Kisah benar hasil curhat Mommy ASF di media sosial diangkat ke layar hasil sutradara Benni Setiawan yang mengisahkan tentang kecurangan Aris Pratama Sugarda (Reza Rahadian) bersama Lydia Permata Danira (Anya Geraldine). Isterinya Kinan Aripurnami (Putri Marino) mula nampak perubahan Aris yang suka menipu, sukar untuk dihubungi dan selalu pulang lambat atau sibuk dengan kerja.

‘Iya sekarang kamu kan punya kebiasaan baru…. gak bisa dihubungi.’ – Kinan

Makin bertambah parah bila Kinan terjumpa anting-anting dalam suit kepunyaan Aris dan kawan-kawan Kinan juga mengetahui rahsia gelap keluarga kecil ni. Tak mampu lagi untuk disorok, Aris berterus-terang tentang hubungan sulit. Kinan yang sedang hamil anak kedua mula terkesan dengan berita kecurangan Aris sehingga keguguran.

Kalau sebelum ni pada tahun 2020, industri Korea Selatan terbitkan The World of the Married Couple yang bertemakan kecurangan si suami, Layangan Putus dari negara Indonesia juga menggunakan tema yang sama. Lagi menarik perhatian bila pelakon terkenal Reza Rahadian yang menjadi pelakon utama. Pertama kali Reza membawakan watak antagonis sebegini. Walaupun cerita yang sama tapi kualiti lakonan dan impaknya dirasakan berbeza. 

Depan isteri bagus sangat berlakon jadi suami soleh, setia dengan isteri sampai rasa angau tengok sweet scenes Aris dengan Kinan. Tapi dekat belakang isteri, main cinta dengan perempuan lain. Jangankan Kinan, yang tengok ni pun sentiasa rasa curiga dengan perangai Aris. Sebal terus bila dengar ayat-ayat manipulatif yang keluar dari mulut Aris nak shift blame kepada Kinan. 

Lagu tema drama Layangan Putus, "Sahabat Dulu" dendangan Prinsa Mandagie pun tepat dengan situasi dan perasaan Kinan bila lirik lagu pada bahagian intro ialah ‘Aku salah apa? Ku tak paham cinta, boleh kau jelaskan dulu?’. Kalau suami curang memang pertanyaan tu lah yang akan berlegar di kepala tapi tak kisah lah jawpaannya apa pun atau si isteri sesempurna mana pun, tetap juga suami memilih untuk selingkuh. Sama lah situasinya dengan Kinan.

Sejujurnya kekuatan drama Layangan Putus terbitan MD Entertainment adalah kerana tema kecurangan yang diangkat dari kisah benar dan juga kekuatan lakonan Reza Rahadian yang mempunyai perubahan karakter dari awal hingga habis. Lakonan Putri Marino sebagai si isteri juga banyak mempamerkan emosi dan mempunyai perkembangan karakter serta lengkungan emosi manambahkan lagi impak drama. Sampaikan klip ‘It’s my dream, not her!’ jadi viral di media sosial dan meme.  


Selain mesej pengajaran yang dipaparkan dari kisah kecurangan Aris yang menyakitkan hati Kinan juga Raya (Graciella Abigail), belajar untuk melepaskan, belajar tentang harga diri, ada juga diselitkan pengajaran dari keluarga Miranda (Frederika Cull) bila hubungan dia dan suami memberi kesan kepada Brandon (Reyhan Vandennoort) sampai anaknya jadi cranky.

‘Siapa sih bahagia terus-menerus Kinan? Menikah ataupun enggak, apakah ada orang yang bahagia terus? Ini bukan masalah aku nggak bahagia di rumah terus mau cari kebahagiaan di luar. Ini tentang kehilangan rasa percaya sama orang yang paling kamu percaya.’ – Miranda 

Mungkin alur cerita dan plot drama Layangan Putus ada sedikit perbezaan dengan kisah asalnya supaya elemen dramatik dan emosi menjadi lebih kuat. Tak ada salahnya juga kan kerana drama ni tetap dipaparkan dengan baik dengan sinematografi dan music score yang menambahkan impak cerita.

Berbaloikah memendam rasa demi rasa sayang pada yang curang? Jangan terlepas untuk saksikan episod terakhir drama Layangan Putus di WeTV.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

12 comments

  1. cerita pasal kisah curang mesti dapat sambutan lagi2 reza yang berlakon..hehe

    ReplyDelete
  2. tak boleh tengok drama ni, nanti rasa nak maki haha

    ReplyDelete
  3. Sama dengan TWOMC, sy tak tengok sampai habis. Tapi suka tengok lakonan Kinan. Muka Lydia tu kiut jugak, suka tengok walaupun dia bawa watak antagonis.

    ReplyDelete
  4. Sebelum tengok, takut nak tengok. Takut turut sama curiga dengan suami. Tapi selepas menonton, kita sama-sama belajar. Lepaskan apa yang bukan milik kita selamanya. :)

    I watched this full of tears in the middle of midnight. Besok bangun bengkak mata. haaha

    ReplyDelete
  5. takpernah tengok drama ni..tapi tajuk tu dahsyat sangat bunyinya

    ReplyDelete
  6. orang selalu pesan, kalau lelaki baik semacam lebih dari kebiasaan, mesti dia ada buat salah. betul lah kot

    ReplyDelete
  7. Ohhhhh baruu tauu yang klip it is my dream, not her tuuu dari cerita layangan putus ni. Pernah tengok dua tiga kali dekat twitter. Rating not bad 8.6/10, nanti boleh la tengok, pendek pendek je setiap episode hehehe.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.