BACKSTAGE Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Wednesday 19 January 2022


BACKSTAGE Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini | Penerbit  Astro  Shaw  kembali  merancakkan  industri perfileman  tanah  air  dengan  kemunculan  filem  pertama  di  tahun  2022  menerusi  drama kekeluargaan, BACKSTAGE! 

Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta  membabitkan  perusahaan  teknologi,  Endeavor  Content;  dan  informasi,  digital  dan telekomunikasi,  NFC  Indonesia.  Buat  peminat  dan  penggemar  filem,  Backstage  bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini. 

Menariknya,  Backstage  mempertaruhkan  gandingan  adik-beradik  terkenal  Indonesia  iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk  menyanyikan  lagu-lagu  di  dalam  filem.  

Lagu  ‘Melangkah’  menjadi  lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah', lagu lain yang turut menghiasi  filem  adalah  ‘Apa  Adanya’,  ‘Aku  Takkan  Berhenti’‘Seberapa  Pantas’‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’


Filem  arahan  pengarah  Guntur  Soeharjanto  ini  turut  dibintangi  oleh  Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage  telah  ditayangkan  di  pawagam  seluruh  Indonesia  sejak  30  Disember  2021 sehingga kini. 

“Setelah hampir dua tahun Astro Shaw  tidak  menampilkan  filem  di  layar  lebar,  tahun  ini  kami  kembali  dengan  sebuah  filem terbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan  pula  dengan  prosedur  operasi  standard  (SOP)  terbaru  yang  membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.

“Filem  Backstage  mempersembahkan  jalan  cerita  yang  dekat  di  hati  penonton  dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha  Prescilla.  Kami  mengharapkan  kehadiran  filem  Backstage  mampu  mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Sementara  itu  Ketua  Pegawai  Eksekutif  yang  juga  merangkap  Eksekutif  Produser Ideosource  Entertainment,  Andi  Boediman  berkata  “Kami  pernah  bekerjasama  dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi  lagi,  ia  mampu  menghasilkan  sinergi  yang  mantap.  Kami  harap  menerusi kerjasama  kali  ini,  ia  dapat  mengangkat  industri  filem  Indonesia  dan  Malaysia  ke  standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam  mempersembahkan  konten  berkualiti  kepada  penggemar  dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.” 

"Filem  Backstage  begitu  istimewa  di  hati saya  kerana  Backstage  adalah  idea  asal  daripada  saya  dan  saya  turut  terlibat  dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama  gandingan  oleh  Vanesha  dan  Sissy  di  dalam  filem.  Mereka  adalah  adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’  yang  mampu  meninggalkan  kesan.  Malah,  Backstage  juga  mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia." - Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny 

Nantikan filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari  2022.  Ikuti  perkembangan  dan  info  tentang  filem  Backstage  menerusi  akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

*****************************

Mengenai Astro Shaw  

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw  juga  giat  dalam  memasar  serta  mengedar  filem-filem  tempatan  dan  serantau  sekaligus  mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1996,  kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists.  

Tentang Ideosource Entertainment 

Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS),  didirikan  pada  tahun  2017  dengan  fokus  bisnis  dalam  penyaluran  investasi  kesektor  Film  &  Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional.  

Tentang Paragon Pictures 

Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film  IP  untuk  pasar  Indonesia  &  Global.  Paragon  Pictures  merupakan  afiliasi  dari  Ideosource  Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik  Indonesia,  Ideosource  Entertainment  berinvestasi  dalam  berbagai  film  layar  lebar  termasuk  Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.