Movie Review | Chhorii (2021)

Saturday 15 January 2022

Director : Vishal Furia

Writer : Vishal Furia, Vishal Kapoor

Cast : Nushrratt Bharuccha, Saurabh Goyal, Mita Vashisht, Rajesh Jais, Yaaneea Bharadwaj

Production Company : Abundantia Entertainment, Crypt TV, T-Series, A Pshych Film

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Horror / Mystery

Running Time : 129 minutes

Release Date : 26 November 2021

Trailer :


Official remake kepada movie Marathi, Lapachhapi (2017) mengisahkan tentang Sakshi (Nushrratt Bharuccha) yang sedang sarat mengandung ikut suami dia, Hemant (Saurabh Goyal) ke kampung Kajla (Rajesh Jais), pemandu mereka. Kampung ni terletak 300km dari bandar dan hanya mempunyai 5 buah rumah kerana kawasan ladang tebu. 

Sebab utama mereka ke kawasan terpencil tanpa talian dan bantuan kerana Hemant mempunyai hutang dengan gangster bila perniagaan dia gagal. Tak mampu mereka berdua cari wang yang banyak dalam masa 24 jam sahaja. Cadangnya cuma 3 hari di kampung tersebut tapi Hemant terpaksa tinggalkan Sakshi lebih lama di situ supaya tak diganggu. 

Kampung tu sendiri mempunyai misterinya tersendiri bila 3 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berpakaian merah sering mengganggu wanita yang mengandung. Bhano Devi (Mita Vashisht) bagitahu perempuan tersebut adalah ahli sihir (Yaaneea Bharadwaj) yang bunuh ketiga-tiga orang anaknya. Anak yang sulung, Rajbir terpaksa berkahwin sehingga 4 kali untuk dapatkan zuriat bila isteri-isteri sebelumnya meninggal dunia. 

First half movie Chhorii arahan Vishal Furia agak perlahan tapi momentum mula menaik bila Sakshi ditinggalkan bersama Devi. Dua wanita yang berbeza generasi dan cara hidup bila Devi seorang yang orthodox. Dia masih lagi mengamalkan sistem kuno di mana isteri perlu makan selepas suaminya makan. Dia percaya anak lelaki adalah tuah dan anak perempuan hanya bawa malang dalam hidup dan juga tanaman. 

Kenapa entah Devi percaya benda macam tu. Kalau anak perempuan tu bawa malang habis dia tu apa? Kalau anak-anak lelaki dia pembawa tuah, kenapa dia masih hidup melarat? Masa Rajbir nak berkahwin tahu pulak cari anak perempuan orang lain. Kenapa tak kahwinkan je dengan lelaki? Menyampah tengok watak Devi ni tapi hakikatnya dalam dunia nyata masih ramai lagi yang berfikiran macam ni. 

Elemen seram tak lah kuat sangat sebab social message yang dibawa lebih tebal dan menakutkan. Manusia lebih menakutkan daripada hantu sebenarnya bila pemikiran dan ideologi yang dipegang dari satu generasi ke generasi seterusnya. Lakonan Mita Vashisht dan Nushratt antara kekuatan movie Chhorii. Bila mesra nampak rapat macam adik-beradik tapi bila bertegang urat, tak ada siapa yang boleh masuk campur. 




Sinematografi Anshul Chobey tampak biasa saja walaupun mempunyai props dan set yang kuat untuk naskhah seram. Ada rumah yang sunyi, ladang tebu yang menyesatkan dan telaga besar yang pernah menjadi kubur kepada ahli sihir dan tiga orang kanak-kanak tersebut. Makeup untuk hantu kanak-kanak tu pun kelakar sebab tempek bedak sampai putih lepastu hitamkan mata. Ju-On lagi seram dari diorang bertiga ni. 

Jalan cerita Chhorii lebih kurang sama dengan Kaali Khuhi (2020) bila tema yang berkisar kepercayaan orthodox dalam kawasan kampung tersebut tapi misteri dan penceritaan yang dipaparkan dalam Chhorii lemah dan mempunyai loopholes juga soalan yang tak mampu dijawab sebab rahsia dibongkar pada penghujung movie. 

Kenapa Sakshi kena ikat di katil kalau dia perlu survive di rumah tu selama 3 hari? Kalau nak dia selamat tak payah la sampai ikat tangan dengan kaki dia. Lagipun keadaan dia masa tu bukannya dia mampu untuk lari pun. Lepastu tak sediakan makanan pulak tu padahal nak dia hidup sepanjang 3 hari tapi biar dia kebulur. Kalau ada ayam ternakan boleh terima dek akal lah. 

Overall, movie Chhorii lebih terarah pada social message tapi tidak pada skrip dan olahan yang menarik. Sepatutnya pengarah paparkan dengan menarik lah perbuatan zalim dan sadis ni kepada generasi sekarang. I tak rasa golongan yang berfikiran macam tu nak tengok movie ni, baik diorang tengok diri sendiri je ye dak?

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.