Drama Review | Inspector Koo (2021)

Wednesday 12 January 2022

Director : Lee Jung-heum

Writer : Sung Cho-yi

Cast : Lee Young-ae, Kim Hye-jun, Kim Hae-sook, Kwak Sun-young, Baek Sung-chul, Jo Hyun-chul

Production Company : KeyEast, Group8, JTBC Studios

Distributors : JTBC, Netflix

Genre : Crime / Action/ Thriller

Episodes : 12 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 30 October – 12 December 2021

Trailer :


Setelah kematian suaminya, Koo Kyung-yi (Lee Young-ae) memilih untuk berhenti bekerja sebagai Inspektor polis dan hidup sebagai gamers. Kawan baik dia, Na Je-hee (Kwak Sun-young) minta tolong untuk selesaikan satu kes yang berkaitan dengan tuntutan insurans bila pemegang insurans tersebut hilang setelah mendaki bukit di Tyeongwon. 

Tergoda dengan habuan yang bakal dia dapat lepas selesaikan kes ni, Inspektor Koo setuju untuk bekerjasama. Bagi Inspektor Koo, kes ni terlampau mudah untuk dia selesaikan tapi untuk ke kawasan yang jauh dari Seoul, dia perlukan driver yang dipercayai jadi dia pilih Santa (Baek Sung-chul), kawan gamers yang selalu bertarung dalam kebanyakan battle. 

Santa ada age gap yang agak besar dengan Inspektor Koo dan bisu. Dia berkomunikasi menggunakan voice recognition dalam smartphone ataupun bahasa badan. Dari kes Kim Min-gyu (Kim Gang-Hyun) yang bersembunyi di belakang rumah untuk tuntut insurans dari NT Life Insurance, Inspektor Koo berjumpa dengan dalang pembunuhan yang lebih besar iaitu K (Kim Hye-jun). 

Cara K dengan Inspektor Koo berfikir lebih kurang sama namun bezanya, seorang memilih jalan yang baik manakala K memilih jalan yang kejam. Tapi kejam kah K bila dia cuma membunuh orang-orang jahat yang selalu menganiaya orang lain? Kim Min-gyu sebenarnya terlibat dalam kes pembunuhan atas kapal mewah dan curang sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Ada juga mangsa lain yang menyiksa binatang ataupun pembuli di tempat kerja. 

Episod awal lebih terarah pada team Inspektor Koo mencari team K bila mereka masih lagi belum kenal siapa K dan bagaimana K beroperasi. K tak bergerak seorang diri sebab dia ada pembantu, An Gun-uk (Lee Hong-Nae) dan juga ahli lain di Micronet, forum untuk berkongsi dan berkomunikasi. Dalam masa yang sama Inspektor Koo dapat bantuan kewangan dari Pengarah Yong Sook (Kim Hae-Sook).

Bila Inspektor Koo dan K dah berjumpa, baru mudah nak baca perancangan K ni. Masa tu pun berubah juga pandangan terhadap K sebab dia banyak kali pertikaikan kenapa dia kena hukum sedangkan dia bantu orang bunuh orang jahat. Dekat episode-episod hujung pun macam kesian dengan An Gun-uk sebab dia jadi mangsa keadaan. Kira penulis ada solid writing lah sebab dia mampu kembangkan watak dengan baik sama ada watak antagonis mahupun protagonis.

Sinematografi Hwang Min-sik dan Han Seung-hoon membantu penonton untuk faham modus operandi setiap pembunuhan yang dilakukan oleh K dan bagaimana cara Inspektor Koo akan gagal atau tangkap K. Transition, lighting, visual effects dan props semuanya membantu menambahkan penceritaan dengan cara tersendiri. Suka setiap penghujung episod Inspektor Koo, watak dia akan pandang kamera kemudiannya jadi animasi di credit scene. Animasi pada intro dan scredit scene pun comel dan kelakar.

 

Drama yang ditayangkan di Netflix ni mempunyai jalan cerita yang bertemakan detektif dan seakan-akan terinspirasi dari Inspector Gadget. Bezanya watak Inspektor Koo pengotor sebab tak mandi, makan bersepah, alcoholic sampaikan lalat sentiasa jadi peneman setia. Takt ahu lah macam mana Santa boleh tahan hidup dengan dia yang busuk tu. Tak pasti lah Lee Young-ae mandi ke tak sebab rambut dia nampak kasar sangat. Tapi bahagian rambut je lah sebab muka tak lah berdaki ataupun comot pun. Elok je flawless dan lembab. Bibir pun tak merekah. 

Tak dengar khabar lagi Inspektor Koo akan ada sequel ataupun prequel sebab misteri watak Santa belum lagi terjawab sehingga hujung drama. Sepanjang drama Inspector Koo ni ditayangkan, geram betul tengok kecomelan Baek Sung-chul sebagai Santa. Dia pelakon baru tapi tak nampak kekok langsung dan ada kekuatan sendiri baik dalam solo screen ataupun sharing screen dengan pelakon lain. All in all, Inspector Koo adalah naskhah sesuai untuk yang mencari drama kelakar dan bertemakan penyiasatan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

2 comments

  1. nampak menarik juga jalan cerita dia.

    muka tu aset penting, walaupun dapat watak selekeh muka still kena maintain cantik..haha

    ReplyDelete
  2. Aduh!! Terus tergoda nak tengok lepas baca review Farhana ni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.