Drama Review | Aranyak (2021)

Sunday 16 January 2022

Director : Vinay Waikul

Writer : Rohan Sippy, Charudutt Acharya

Cast : Parambrata Chattopadhyay, Raveena Tandon, Ashutosh Rana, Taneesha Joshi, Breshna Khan, Anna Ador, Indraneil Sengupta, Vivek Madaan, Zakhir Hussain, Priyanka Setia, Meghna Malik

Production Company : Ramesh Sippy Entertainment, Roy Kapur Films

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Thriller

Running Episodes :  8 episodes (48 minutes per episode)

Release Date : 10 December 2021

Trailer : 


Mitos di Sironah, kawasan pedalaman di pergunungan Himalaya dihantui oleh Leopard-Man di mana dia akan memburu perempuan muda sebagai mangsanya. Mereka akan dirogol dan dibunuh kemudiannya digantung di dalam hutan. Leopard-Man akan keluar memburu pada malam bulan gerhana dan mangsanya akan dicakar di bahagian leher.

19 tahun kemudian perkara yang sama berlaku bila mayat Aimee Baptise (Anna Ador) digantung di hutan. Perkara pertama yang terlintas di fikiran pihak polis ialah Leopard-Man tapi SHO baru, Angaad (Parambrata Chattopadhyay) rasa benda tu merepek. Zaman sekarang ni tak mungkin lah ada makhluk separuh manusia separuh lagi harimau?

Inspektor Kasturi Dogra (Raveena Tandon) terpaksa tangguhkan cuti dia selama setahun bila muncul kes besar di Sironah. Tak mungkin lah dia nak biarkan Angaad uruskan seorang sebab dia lebih tahu selok-belok Sironah dan penduduk di situ. Anak perempuan dia, Nutan (Taneesha Joshi) dah faham sangat dengan perangai mak dia. Baik dia yang tolong uruskan rumah daripada tengok Kasturi sepahkan dapur sebab hati tak tenang. 

Sementara penduduk kampung percaya dengan Leopard-Man, menteri Jagdamba (Meghna Malik) lebih risaukan anak tunggal dia, Kanti yang buat hal ketika dalam parol. Dia tahu Kanti ada kaitan dengan pembunuhan Aimee jadi dia perlu minta bantuan dengan DC supaya tutup jejak anak dia. Angaad syak Govind, owner café di Sironah yang culik Aimee sebab dia mesra dengan gadis tersebut malangnya sangkaan dia meleset, tak sama langsung dengan laporan forensik. 

'Politics, Inspector. It's very easy to use Kanti to target me at this crucial times.' - Ms Jagdamba. 

Manhas (Zakhir Hussain) pula cuba tutup rahsia dan halang pihak polis bila kejadian tersebut bermula di Hotel Bom kepunyaannya. Dia tak nak imej dia tercalar tambah pula majlis perkahwinan anak dia makin dekat. Siapa sebenarnya pembunuh sebenar Aimee antara semua watak yang terlibat di kampung tersebut? 

Lepas nampak Kak Sal share pasal series Aranyak ni terus rasa berminat nak layan series yang bertemakan misteri pembunuhan di kampung tersebut. Happy bila Raveena Tandon ikut saranan kawan baik dia, Neelam Kothari dalam reality show Fabulous Life of Bollywood Wives (2020). Sayang lah kalau Raveena peram je bakat lakonan dia sedangkan banyak pengarah dan production house hasilkan movies dan series untuk streaming platform. 

Lakonan Raveena sebagai Kasturi pun hebat dan lebih bermutu kalau nak dibandingkan pada zaman glamor dulu yang lebih fokus pada rupa fizikal dia yang cantik. Of course dia struggle untuk deliver tapi kalau bekerja dengan director yang bagus, hasil dia pasti memuaskan. Pertelagahan dia dengan Angaad pun tak lama sebab masing-masing ada misi yang sama cuma cara mereka sahaja yang berbeza. Dekat pertengahan series ni macam ada hint yang dua watak ni macam selesa dan tertarik antara satu sama lain. Not saying it should happen but both of them need their equals. 

Penghujung setiap episod antara punca cepat sangat habis layan series ni sebab rasa ingin tahu siapa pembunuh tu meliar dalam kepala bila pengarah tunjuk setiap hubung kait semua watak yang mencurigakan dengan watak Aimee pada malam kejadian. Kita nak percaya pada fakta pun susah bila ada scene yang tak masuk akal atau disorok dan lebih terarah kepada Leopard-Man. 

Nasib baik watak sampingan dalam series Aranyak ni tak ramai dan tak susah pun untuk kita cam siapa bila penulis kembangkan dengan baik. Sedikit demi sedikit penulis kupas karakter tanpa dedahkan rahsia dan misteri sehingga di akhir cerita. Equation Kasturi dengan bapa mertua (Ashutosh Rana) pun menarik sebab jarang mertua dengan menantu nak rapat bila mereka berdua ada perbezaan pendapat. Walaupun bapa mertua dia lebih banyak berkias tapi Kasturi boleh faham apa maksud di sebaliknya. Pengalaman bapa mertua dia antara petunjuk yang dia guna dalam kes ni. 

Sinematografi yang dipaparkan menggunakan kekuatan lokasi Sironah yang terletak di kawasan hutan dan pergunungan. Misteri pembunuhan yang dikaitkan dengan hutan di mana menyimpan banyak rahsia. Walaupun kawasan Sironah agak berkabus tapi tona warna yang digunakan cerah dan ceria, berbeza dengan tema cerita. Mungkin dalam masa yang sama nak promote Manali sebagai destinasi pelancongan sebab set yang digunakan cantik dengan interior dan senibina. 



Walaupun I tak suka dengan ending series Aranyak ni tapi penulisan yang bagus dengan olahan menarik buatkan series ni layak diberi perhatian dan pujian. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

6 comments

  1. baca entri ni buat saya tertarik nak tengok drama ni. Ok masuk dalam list drama untuk di tonton.

    ReplyDelete
  2. cinematography die cantikkk ish ni nak tgk ni

    ReplyDelete
  3. Dah masuk dalam list, Act tak minat sangat layan series tapi baca review dari Raveena pulak yg berlakon kan, mailah kita berikan komitmen, heheheh.

    ReplyDelete
  4. alamak.. rasa tertarik pula nak tengok ni. ingatkan series ni boring dan merepek. kena tengok sendiri juga nampaknya nih.. :)

    ...

    ReplyDelete
  5. ending dia macam rushing kan. masa awal tengok tak perasan pun ada 8 episod. ingat ada lagi skali eh habis dah. Sironah tu memang cantik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.