FILEM FENOMENA JEPUN “KOKUHO” DIRAIKAN DALAM TAYANGAN MEDIA EKSKLUSIF DI MALAYSIA

Wednesday, 22 July 2026

FILEM FENOMENA JEPUN “KOKUHO” DIRAIKAN DALAM TAYANGAN MEDIA EKSKLUSIF DI MALAYSIA | DARI YAKUZA KE PENTAS KABUKI, TAKDIR DUA JIWA TERPISAH LATAR BELAKANG 

Kuala Lumpur, 21 Julai 2026 – Filem pecah panggung Jepun KOKUHO, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Julai 2026. Sehubungan itu, 8TV dengan kerjasama Primeworks Studios menganjurkan majlis Tayangan Media eksklusif pada 21 Julai. Acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 tetamu jemputan terdiri wakil media, peminat filem, pencipta kandungan serta selebriti tempatan, sekali gus menjadi antara individu terawal menyaksikan karya dari Jepun ini yang mencuri perhatian di peringkat antarabangsa.

Diadaptasi daripada novel terkenal karya Shuichi Yoshida dan diarahkan oleh Lee Sang-il, filem berdurasi 175 minit ini mengangkat tema pengorbanan, cita-cita dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam mengejar kesempurnaan seni. Dalam pada itu, KOKUHO juga berjaya memikat hati dengan membawa penonton menyelami keindahan seni Kabuki melalui rekaan pentas hebat, kostum yang direka teliti selain persembahan yang menyentuh jiwa.


KOKUHO mengisahkan Kikuo (Ryo Yoshizawa), merupakan anak daripada keluarga yakuza yang kehidupannya berubah secara drastik ekoran sebuah tragedi membawanya ke dalam dunia Kabuki. Di situ, dia bertemu Shunsuke (Ryusei Yokohama), pewaris keluarga bangsawan Kabuki. Meskipun datang daripada latar belakang berbeza, kedua-duanya menelusuri jalan seni yang sama. Kikuo didorong oleh bakat semula jadi yang luar biasa, manakala Shunsuke pula menggalas warisan serta harapan besar keluarganya. Daripada persaingan akhirnya bertukar menjadi rasa hormat dan persahabatan, pentas Kabuki menjadi latar kepada sebuah kisah yang penuh emosi tentang impian, kecekalan dan warisan seni.

Bagi menjiwai watak dengan berkesan, pelakon utama Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama, menjalani latihan Kabuki secara intensif selama 18 bulan demi memperhalusi setiap pergerakan, isyarat tubuh dan ekspresi mereka, terutamanya peranan Onnagata iaitu pelakon lelaki yang menghidupkan watak wanita. Keserasian serta komitmen luar biasa mereka bukan sahaja meraih pujian ramai malah menjadi daya tarikan terkuat filem ini.

Selain dua bintang utamanya, filem ini turut diperhebat dengan barisan pelakon terkemuka seperti Mitsuki Takahata, Shinobu Terajima, Nana Mori, Takahiro Miura, Ai Mikami, Soya Kurokawa, Keitatsu Koshiyama, Masatoshi Nagase, Kyusaku Shimada, Emma Miyazawa, Ganjiro Nakamura, Min Tanaka, dan Ken Watanabe. Gabungan mantap para pelakon memberi kedalaman emosi yang luar biasa kepada jalan cerita, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan KOKUHO sebagai antara filem Jepun terbaik setakat ini.

Acara tayangan eksklusif pada malam itu turut disemarakkan dengan persembahan secara langsung lagu tema filem bertajuk Luminance. Menyerikan lagi suasana kebudayaan Jepun, para tetamu tampil berbusana gaya Jepun menerusi Pertandingan Busana Terbaik. Pemenang bertuah membawa pulang hadiah tunai RM500 bersama barangan eksklusif sumbangan SENKA by FineToday. 

Bagi meneruskan kehangatan filem ini, 8TV bakal menganjurkan sesi perkongsian khas bertajuk "Inside Storytelling: From Idea to the Screen, From Story to Audience" pada 22 Julai, jam 10:30 pagi di Universiti SEGi. Pengisian ini menampilkan pengarah filem Malaysia yang pernah memenangi anugerah antarabangsa Edmund Yeo, ditemani Ketua 8TV, Wong Yee Lee serta Brandon Chew sebagai moderator. Wacana yang terbuka kepada umum ini akan mengupas topik penceritaan, pembangunan kandungan dan penerbitan filem, di samping berkongsi pandangan berharga mengenai proses kreatif.

Dibawakan oleh Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran di Malaysia, KOKUHO akan mula ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh negara mulai 23 Julai 2026.

Untuk perkembangan terkini mengenai KOKUHO, sila ikuti platform rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube, atau ikuti laman Facebook rasmi 8TV (@8TVbadukongjian), Instagram (@8tvmalaysia), dan akaun Xiaohongshu (@8tvmalaysia).

Suasana di GSC LaLaport Ahad (19 Julai) lalu dipenuhi keterujaan apabila ratusan peminat anime dari seluruh negara hadir memeriahkan tayangan perdana eksklusif BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity, anjuran Tonton. Acara istimewa ini memberi peluang kepada peminat menyaksikan tiga episod pertama siri yang paling dinanti-nantikan itu lebih awal sebelum tayangan rasmi secara simulcast di Tonton bermula 25 Julai ini. 


Seawal petang lagi, peminat mula memenuhi ruang acara dengan semangat luar biasa, mengenakan pakaian bertemakan karakter kegemaran mereka, bergambar di ruang fotografi khas serta berkongsi keterujaan di media sosial menggunakan tanda pagar #TontonxBleach dan #BleachOnTonton. Sorakan dan tepukan bergema di dalam pawagam sebaik sahaja tayangan bermula, membuktikan francais ikonik BLEACH terus mempunyai tempat istimewa dalam kalangan peminat anime di Malaysia.

Acara eksklusif ini merupakan ganjaran buat pelanggan TontonUp yang berjaya menebus pas tayangan menerusi Tonton Rewards, sekali gus menawarkan pengalaman istimewa kepada peminat untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan permulaan pertempuran terakhir Ichigo Kurosaki menentang Yhwach di layar perak.

Kehangatan acara turut diserikan dengan pertandingan cosplay yang menyaksikan para peminat tampil menggayakan watak kegemaran mereka daripada siri BLEACH. Azlin Darwinny Binti Mohd Amir, berjaya memikat hati para juri sekali gus dinobatkan sebagai Best Female Cosplayer dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500. 

Bagi mereka yang terlepas tayangan perdana ini, BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity akan mula distrim secara simulcast di Tonton serentak dengan siaran di Jepun bermula 25 Julai 2026, setiap Sabtu, jam 11.00 malam, membolehkan peminat di Malaysia mengikuti perjalanan epik ini bersama penonton di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Instagram, TikTok dan X @tontonmy untuk perkembangan terkini serta sertai perbualan menggunakan #TontonxBleach dan #BleachOnTonton.

Kuala Lumpur, 21 Julai 2026 - Selepas mencipta fenomena sebagai pertunjukan fesyen kucing pertama di Malaysia, Cat Fashion Week (CFW) kembali dengan musim terbaharu yang lebih meriah, lebih kreatif dan pastinya lebih "meow-vellous". Bermula 20 Julai hingga 15 Ogos 2026, TV3 membuka Uji Bakat Online Cat Fashion Week, mengajak semua pencinta kucing di seluruh negara menampilkan keunikan si bulus kesayangan mereka untuk merebut peluang beraksi di pentas finale. 

Meneruskan kejayaan musim terdahulu, CFW  sekali lagi memburu si bulus paling "slay" di Malaysia. Bukan sekadar mengutamakan penampilan, program ini turut menilai karisma, personaliti serta keserasian antara kucing dan pemiliknya. Lebih daripada sebuah pertandingan, CFW meraikan hubungan istimewa antara manusia dan haiwan peliharaan menerusi gabungan elemen fesyen, hiburan dan kreativiti dalam sebuah pengalaman yang menghiburkan seisi keluarga. 

Penyertaannya cukup mudah! Peserta hanya perlu menghasilkan video berdurasi satu minit yang memaparkan si bulus kesayangan mereka dalam gaya paling bergaya dan kreatif. Video tersebut boleh dihantar ke contest@tv3.com.my atau dimuat naik ke media sosial dengan menggunakan tanda pagar #CatFashionWeekTV3 sepanjang tempoh penyertaan. 

Daripada semua penyertaan yang diterima, 30 kucing terbaik akan dipilih untuk menghadiri sesi rakaman separuh akhir. Seterusnya, hanya enam finalis akan mara ke pentas Finale Cat Fashion Week. Pemilihan finalis dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk baka, gaya catwalk, keadaan fizikal dan penjagaan, keserasian antara pemilik dan kucing, serta kreativiti. 

Enam finalis ini bukan sahaja bakal berentap di malam kemuncak, malah akan turut mengikuti siri kandungan eksklusif yang memaparkan perjalanan mereka menuju pentas akhir. Acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober 2026 menjanjikan sebuah pertunjukan penuh warna-warni dengan aksi lincah si bulus penuh bergaya, persembahan istimewa serta pelbagai momen menghiburkan sebelum juara CFW dinobatkan. 

Jadi, jika si bulus anda memiliki personaliti yang memikat dan yakin melangkah di pentas peragaan, inilah peluang untuk mereka mencuri perhatian seluruh Malaysia. Sertai Uji Bakat Online Cat Fashion Week dan buktikan bahawa si comel anda mempunyai aura untuk bergelar ikon fesyen kucing paling bergaya tahun ini. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia.

MIMI LANA HIDUPKAN KEMANISAN CINTA BERSAMA HERO SEBERANG; BAWA HARAPAN & SEMANGAT KOMUNITI DALAM ‘MOJOKU HILANG!’ | ‘Jejak Kehilangan Lembu Mojo Bermula 23 Julai 2026 Di Pawagam Seluruh Negara’

Kuala Lumpur, 20 Julai 2026 – Filem Mojoku Hilang! tampil sebagai sebuah naskhah romantik komedi yang menggabungkan elemen cinta, harapan, pengorbanan dan realiti kekuatan kehidupan komuniti kampung yang sentiasa ada untuk satu sama lain.  Realiti ini menjadi refleksi masa kini yang semakin berubah, di mana nilai kebersamaan tidak sekuat dahulu. 

Bagi mengimbangi emosi jalan cerita, naskhah jujur ini dikukuhkan dengan elemen humor menerusi setiap karakter serta watak ikonik, Mojo, iaitu seekor lembu yang digambarkan sebagai pempengaruh terkenal yang hilang diculik. 

Kisah bermula apabila seekor lembu viral bernama Mojo, hilang di sebuah kampung. Adi, seorang pemuda dari bandar diarahkan mencari Mojo, di samping memikul satu agenda. Adi menyamar bagi meraih kepercayaan orang kampung dan tanpa sengaja jatuh cinta pada Ayu. Adi bagaimanapun meneruskan penipuannya demi tugas dan ‘jiwa’ yang baru ditemuinya di kampung itu. Manakala Ayu, sebagai seorang gadis kampung yang idealistik, sangat lantang menentang syarikat dari bandar yang ingin membolot tanah mereka. 

Diarahkan Min Lim, Mojoku Hilang! bakal menemui penonton bermula 23 Julai di pawagam seluruh negara. Filem ini diterbitkan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan ARGO Films. 

Menurut Pengarah Mojoku Hilang!, Min Lim, yang juga individu yang membangunkan filem ini dari peringkat konsep menyatakan, filem Mojoku Hilang! bukan sekadar filem romantik komedi biasa. Ia adalah sebuah cerita yang membawa nilai-nilai yang dekat kepada masyarakat seperti kepercayaan, pengorbanan, serta tentang memilih untuk melakukan perkara yang betul untuk orang yang kita sayang. Nilai ini tidak hanya bersifat universal, tetapi sesuatu yang wujud dalam fitrah manusia. 

“Ramai yang tertanya mengapa kami memilih seekor lembu sebagai subjek dalam dilem ini. Sebenarnya, lembu adalah sebuah metafora yang mempertemukan semua watak menarik ini. Kami ingin bawa mesej tentang manusia, komuniti dan usaha untuk menemui semula perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan. Jika penonton keluar dari pawagam dengan rasa harapan, maka kami telah berjaya menyampaikan tujuan kami.”

Filem ini menampilkan gandingan sulung Mimi Lana (Polong, Mencari Ramlee, The Experts) bersama hero dari seberang, Adipati Dolken (Sang Kiai, Posesif, Teman Tapi Menikah). Menerusi naskhah ini juga, Mimi Lana tampil buat kali pertama menerajui watak romantik komedi dalam filem. Peralihan ini memperlihatkan sisi lakonan Mimi yang penuh warna, sekaligus menambah dimensi baharu dalam kariernya sebagai seorang pelakon. 

Manakala pemenang anugerah Pelakon Terbaik di Indonesia Choice Awards, Adipati Dolken bukanlah asing dalam genre romantik komedi, malah boleh dikatakan genre ini sudah sebati dengan kekuatan lakonannya. Dengan pengalaman yang luas dalam membawa watak-watak sebegini, Adipati tampil dengan keyakinan yang menjadikan karakter Adi terasa hidup.

Himpunan pelakon dengan nama besar dan berpengalaman seperti Wan Hanafi Su, Namron, Aziz M. Osman, Dato A. Tamimi Siregar, Haeriyanto Hassan, Tony Eusoff, Farah Ahmad, Gambit Saifullah dan Seha Monica, Ayu Azlina, menambahkan kredibiliti kepada penceritaan serta memberi kualiti persembahan yang kuat.  Turut membuat kemunculan Atilia Haron, dan Alif Satar & The Locos.

Uniknya, filem ini menjadikan negeri Perlis sebagai latar sinematografi utama yang menambah keindahan visual dan identiti tersendiri kepada penceritaan. Mojoku Hilang! turut menerima sokongan padu daripada pihak Kerajaan Negeri Perlis. 

Lagu yang mengiringi babak-babak adalah ‘Inikah Cinta’, di mana lagu nyanyian Alif Satar & The Locos ini digubah semula khas untuk filem ini. Menambahkan lagi keistimewaan runut bunyinya, Mimi Lana turut menyanyi dalam filem buat pertama kali, menerusi olahan semula beberapa lagu ikonik yang menambahkan lagi dimensi emosi kepada jalan cerita.

Saksikan filem Mojoku Hilang! di pawagam seluruh negara bermula 23 Julai 2026. Ikuti perkembangan terbaru dan klip menarik di semua akaun media sosial Astro Shaw dan Double Vision. 

Pasar Mini Anis, Subang Bestari

Monday, 20 July 2026


Sabtu lepas pergi tapau makanan tengahari dekat Lestari Maju sebab cadangnya nak tapau lepastu redeem ZUS Tea tapi redeem start pukul 3 petang. Memang tak lah nak tunggu. Kebetulan masa menghala balik ternampak Pasar Mini Anis dah mula beroperasi. Tak ingat lah hari Khamis atau Jumaat sebelumnya ada buat pelancaran sampai tutup kawasan parkir keliling tu. Nampak lah dua orang chinese tengah prepare apa yang patut. 


Pasar Mini Anis ni a bit funny sebab dia macam tergesa-gesa nak bukak tapi tak check dulu semua benda. Dekat bahagian troli di tepi pasar mini ni boleh nampak kesalahan ejaan Fresh jadi Presh. Nak tutup kesalahan tu, dia tampal masking tape. Kalau pandang sekilas nampak lah F tapi bila tengok dekat-dekat nampak lah P dia. Even dekat signage atas tu pun Sayur-sayuran dan Buah-buhan Segar. 



Dekat sebelah cashier counter ada rak ni tapi kosong je lah. Mungkin nanti dia letak kopi dengan RTE foods kot sebab dekat bahagian bawah ada microwave. 


Dekat bahagian telur masin ni kelakar sebab barang yang dijual adalah telur masin tapi ada dua tag berbeza. Satu untuk buah longan, satu lagi buah plum merah. Entah mana satu harga telur masin entah. 


Bahagian frozen banyak ruang kosong lagi, mungkin sebab pembekal tak masuk lagi kot. 



Happy tengok ada white button mushroom dekat Pasar Mini Anis ni sebab dekat NSK tak ada. Lepas ni boleh suruh Fariha belikan kalau nak masak spaghetti atau menu western. 


Kebanyakan barang dekat sini tak ada tanda harga pun lagi sebab tu I kata pasar mini ni a bit funny. Tak ada siapa pun yang push untuk buka cepat. Ada yang mengejar KPI kot.





Masuk sini baru tahu yang Ayam Brand dah ada kerisik. Lepas ni boleh cuba guna kerisik dia. 


I rasa semua pekerja dekat Pasar Mini Anis ni Pakistan so tak hairan lah kalau barang yang jual dekat dalam ni pun ada banyak barangan dari Pakistan. Lepas ni Pakistani yang tinggal dekat sini boleh la datang beli groceries dekat sini. Itupun kalau Imigresen tak datang tangkap lah macam dekat Klinik Orked tu. 



Fariha beli buah mangga muda dekat sini tapi pekerja yang jaga bahagian timbang tu pun tak tahu nak punch harga berapa. Dia yang jual, dia pulak tanya okay tak letak harga tu. Fariha okay je lah sebab tak jual mangga, harga dia bagi pun murah. Tapi balik rumah jadi moody sebab mangga dia tawar, keras pulak tu. Dah la masa bayar pekerja Pakistan tu pergi shut down pc dekat cashier counter. Tak memasal kena tunggu lama. Motif dia tutup? Boss dia pun tak tahu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia tutup. 

Dah la boss dia jenuh mintak maaf dengan pelanggan yang datang sebab ada banyak kekurangan. Masa tu ada promosi ayam mentah, seekor dapat RM5.90 tapi ayamnya tak keluar lagi. Bila dah keluar tak fresh pulak. Emo lah pak cik yang membeli tu. I tak beli sebab tak tahu pun ada promo. Tapi kalau tahu pun, tak beli lah kot kalau ayam tak fresh sebab NSK dekat je nak pergi. 

Anyway, all the best Pasar Mini Anis. 

Farewell Sofia di BBQ Town, Citta Mall

 

BBQ Town mula beroperasi dekat Citta Mall sejak tahun lepas dan pertama kali jejak kaki dekat BBQ Town lepas entah berapa tahun Kak Siti recommend pergi. Sebelum ni ada dekat MyTown dengan Bukit Jelutong je yang terdekat tapi setiap kali pergi mesti beratur panjang. Memang tak lah nak join beratur sekali. Sekarang tak payah beratur dah, BBQ Town yang datang dekat kitorang. 

Sebagai penghargaan kepada Sofia yang intern dekat LPJE, Ms Junny belanja lah makan dekat BBQ Town, Citta Mall bulan September tahun lepas. Dua minggu selepas Family Day LPJE dekat Nahara Resort, Kalumpang. I terjebak sekali sebab I anak angkat LPJE 😝 Lepas office hour terus redah traffic jam depan Citta Mall untuk melantak dekat sini. 


Pilihan bahan dekat BBQ Town tak banyak macam Nabe atau Seoul Garden, dia sikit macam Sukiya sebab satu syarikat. I suka BBQ Town sebab ada grill dan steamboat. Sos dia banyak tapi I tak pandai pun buat bancuhan sos yang viral but no worries lah sebab ada Kak Siti yang dah berpengalaman. 


Kitorang order beef, lamb dengan udang. Ayam is a big no lah walau makan dekat mana pun tapi ayam goreng BBQ Town is a yes. Nasib baik dia bagi 1 mangkuk untuk satu meja sebab tak lah nak makan beria pun walaupun sedap. Ambil udon sebab tak ada maggi. Sedap lah juga makan dengan kuah spicy. 


Since I duduk dekat bahagian dalam, memang tak payah bangun untuk ambil bahan. Sepanjang masa sembang dengan meja kiri dan kanan. Masing-masing riuh bila makan free. 



Makanan ready-to-eat (RTE) dekat sini tak banyak pun. Ada sushi dengan nasi goreng je. Berbeza lah dengan Seoul Garden sebab kalau luck cantik dapat lah kari kepala ikan tak pun ketam masak buttermilk. I tak makan banyak pun sushi dia sebab nak jimat ruang. 


Tak lama pun kitorang makan dekat sini sebab perut semuanya kapasiti kecik. Sejam makan je dah penuh dah so lagi sejam kitorang menyembang je lah sebab tak ramai orang pun. Sambil menyembang sambil makan aiskrim seasalt chocolate matcha dia. 


I mungkin tak repeat lah seasalt dia tapi matcha dia sedap sebab pekat. Sebelum balik tu Sofia hadiahkan brownies seorang sekotak kecuali I sebab impromptu kan. Okay je sebab boleh ambil brownies Fariha sebab dia tak makan pun brownies. Thank you Sofia! Thank you jugak dekat Ms Junny yang ajak join farewell dan belanja kitorang makan dekat sini 💜