Blog Performance August 2026

Tuesday, 1 September 2026


Salam semua, tengah bekerja ke tu? I update entri pertama untuk bulan September dalam ketenangan di rumah di kaal semua rakyat Malaysia tengah bekerja. Terima kasih adik-adik atlit SUKMA yang bekerja keras dan hadiahkan cuti untuk warga Selangor. Jasamu dikenang 💖

1. PV


Sengih je tengok pageviews bulan Ogos ni sebab tak lari jauh dengan bulan Julai 2026, setiap hari akan mencecah belas ribu. Kalau jatuh pun 8k ke atas je, belum lagi rendah dari paras tu. Ingatkan bulan Julai mencatatkan rekod tertinggi rupanya bulan Ogos lagi tinggi dengan 392,876 views. Sikit lagi nak masuk 400k views untuk monthly pageviews. Mungkin bulan September atau mungkin tahun depan, entah siapa tahu. 


Paling seronok bila dah cecah 10 juta pageviews untuk blog ni. Ingatkan akan cecah 10 juta tahun depan sebab views akan bertambah sejuta dalam masa setahun selalunya tapi tak sangka bertambah sejuta dalam masa 3 bulan sahaja. Tempoh ni tersangatlah singkat tapi boleh faham kenapa melonjak banyak macam ni dalam masa yang pendek. 

2. Posts


I perasan entry dalam Popular Post dekat Blogger tak sama dengan Google Search Console walaupun views sama. Tak pasti kalau kriteria yang dinilai atau dianalisa tu tak sama tapi dalam Popular Post I ada banyak review dengan lirik lagu, tak lari jauh pun lah dengan dua-dua platform. 

Lagu Nurcinta tu naik balik ye sebab AJL40. Jadi pelajaran baru jugak lah untuk take note dan update lagu mana yang masuk separuh akhir Anugerah Juara Lagu.  

3. Keywords


Selain Nur Cinta, nampak lah ada banyak keywords berkaitan dengan filem Badut Gendong. Rasanya dah masuk dekat streaming platform sebab dah ramai yang mula cari. Filem La Tahzan tu tak pernah surut cariannya sejak I update entri. Ada banyak lagi carian lain yang muncul dalam skala kecil setiap hari macam review filem hindustan, berkenaan pesuruhjaya sumpah lah, entri pasal makanan, entri tempat yang I dah pernah pergi. 

4. Bilangan Entri


Entri untuk bulan Ogos mungkin tak sebanyak bulan Julai tapi melebihi target bulanan lah, lebih 60 entri. I dah curi masa untuk update lebih sikit dekat awal bulan sebab tahu cuti Merdeka nak keluar berjalan-jalan. Balik confirm dah tak sempat nak update sebab penat. 

Sepanjang bulan Ogos ni I konsisten lah juga blogwalking ke 10 blog terpilih setiap hari. Yang mana tak sempat dikunjung tu mohon memahami ye sebab tak sempat nak buat semua. Terima kasih juga yang berkunjung ke sini dan tinggalkan komen yang murni. Semoga bulan September akan jadi bulan yang murni untuk semua terutamanya tuan punya blog ni 😁🐞🌸🍄🌻🌰

4 comments

  1. terbaek.. semoga terus konsisten dan terus sukses..

    ReplyDelete
  2. Rajin nya monitor PV heheeh... kita kalau lebih dari 1 pun dah ok haha sbb janji ada yg sudi singgah... tapi mmg gigih la nak capai 10k dalam 3 bln 😅😅 semoga berjaya menambah lagi PV gud luck

    ReplyDelete
  3. nurcinta akak suka... pastu lagu calar pun i loike

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.