Movie Review | The Kashmir Files (2022)

Saturday 21 May 2022


Drector : Vivek Agnihotri
Wriiter : Vivek Agnihotri, Saurabh M. Pandey
Cast : Mithun Chakraborty, Anupam Kher, Darshan Kumar, Pallavi Joshi, Chinmay Mandlekar, Prakash Belawadi, Puneet Issar
Production Company : Zee Studios, Abhishek Agarwal Arts
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Running Time : 170 minutes
Release Date : 11 March 2022
Trailer :


‘No. Not exodus.... Genocide.’ 

Propaganda atau kebenaran yang disembunyikan, naskhah The Kashmir Files memaparkan kekejaman pengganas berlatarkan tragedi perpindahan kaum Hindu beramai-ramai dari Kashmir pada tahun 1990. Slogan Raliv Galiv ya Chaliv ("Masuk agama Islam, keluar atau mati") dilaungkan berulang kali dan ditulis di merata tembok serta rumah penduduk Kashmir pada ketika itu. Malah di sekolah juga slogan tersebut disebut berkali-kali oleh para pendidik. 


Kashmir tak asing lagi dengan perang perebutan tanah antara negara India juga Pakistan sejak Partition 1947. Walaupun Kashmir kepunyaan India namun militant pengganas yang diketuai oleh Araqi masuk dan merampas kebanyakan kawasan di sana. Sesiapa yang dianggap kafir akan dibakar, dirogol ataupun dibunuh tanpa belas. Muslim yang dianggap kafir juga menerima nasib yang sama. 


Selepas kejayaan filem The Tashkent Files (2019) yang memaparkan kisah misteri pembunuhan Perdana Menteri Lal Bahadur Shastri, pengarah dan penulis Vivek Agnihotri angkat pula isu yang lebih gerun dan sensitif untuk dibincangkan. Ramai yang melabelkan The Kashmir Files sebagai alat propaganda oleh Perdana Menteri Narendra Modi sehinggakan banyak negara memilih untuk sekat tayangan. 

Lakonan Darshan Kumar sebagai Krishna, cucu kepada Pushkar Pandit (Anupam Kher) antara mangsa kepada keganasan militan tersebut. Bukan sahaja dihalau keluar, hidup di kem pelarian malah membesar dengan tipu daya ahli politik seperti Prof Radhika Menon (Pallavi Joshi). Pada first half movie watak Krishna lebih banyak berdiam tapi berubah secara drastik untuk babak ucapan di penghujung movie. Boleh kata watak Krishna represent watak audience yang banyak mendengar,  melihat dan mempersoalkan. 


‘Look, every system has a hierarchy. Just like college have Vice-Chancellor, Dean, Professors, Assistant Professors, clerical staff. Similarly, there is hierarchy in oppression as well. Everyone in this world has faced some kind of oppression. Some have a voice and have followers. The ones who don’t have a voice have support. Those who don’t have support, have money. Some have the Government supporting them. But there are some who don’t have any of these things. They are just a number. Hear their voice, be their voice.’ – Prof Radhika Menon


Kebanyakan pelakon sampingan dalam movie The Kashmir Files adalah pelakon yang sama dalam movie The Tashkent Files jadi masing-masing tak susah pun untuk hidupkan semua watak. Perbincangan dan perdebatan mengenai isu sensitif pun nampak meyakinkan dengan tona suara yang berubah mengikut kehendak situasi. 

Geram bila tengok watak Radhika sebab dia sentiasa brainwash pelajar dengan ucapan dia. Fakta yang dipaparkan adalah fakta dari perspektif dia. Tak perlu senjata pun untuk ubah pendirian individu tapi cukup dengan pujukan dan sogokan cerita dari Radhika sampai berjaya tarik sejumlah pengikut yang besar. 


Menariknya The Kashmir Files ni bila pengarah paparkan dua golongan dari dua latar masa yang berbeza. Penceritaan juga bersilih ganti antara tahun 1990 dengan tahun 2020. Golongan Hindu Kashmir walaupun hidup tapi lebih banyak berdiam diri sebab trauma dengan insiden tersebut tapi golongan millennial yang hidup pada zaman 2020 lebih kuat bersuara tentang kebebasan sedangkan golongan ni dah hidup selesa sampai sewenangnya minta perkara yang lepas biar dilpaskan saja. Bak kata Brahma Dutt (Mithun Chakraborty), bukan dia tak nak buka cerita tapi dunia yang belum bersedia untuk mendengar. 


The Kashmir Files diklasifikasikan sebagai tontonan dewasa kerana kekejaman yang dipaparkan dan juga dialog yang membicarakan isu sensitif. Banyak babak yang menggunakan CGI dan memandangkan production house kecil terikat dengan dana maka visual pun kurang meyakinkan. Tak boleh bayangkan macam mana penduduk Kashmir yang tengok sendiri pembunuhan kejam di depan mata sedangkan visual yang guna CGI ni pun dah cukup ngeri. 

Naskhah The Kashmir Files tak sesuai untuk semua kerana insiden yang dibawa namun penceritaan, lakonan dan impak yang ditinggalkan tampak cemerlang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

1 comment

  1. Rabia singgah sini
    Jgn lupa singgah blog rabia ya ❤
    Kena tgk drama ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.