TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 9

Sunday 13 March 2022



Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.10 minutes for episode 8)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Selalunya kalau idol group mesti dijemput ke ISAC jadi sebelum Treasure debut lagi staff dah prepare Variety Training Center dalam Episod 9 ni. Tengok episod ni teringat iKON pernah buat content yang sama dalam iKON TV (2018) under PD Bobby. 

Memandangkan baru warming up session, staff bagi game yang ringan dulu untuk Treasure walaupun caption ‘welcome to the real harsh world of entertainment’ haha. Ye ye je lah YG Entertainment nak berkasar dengan Treasure. Masa datang audition jadi trainee pun YG suruh buat aegyo. Berbeza betul dengan sunbaes diorang kena show off swag dan aura hip-hop depan CEO YG masa penilaian. 



Hadiah untuk training session ni agak lumayan lah sebab PS4 sebiji kepada pemenang. Hilang akal terus Hyunsuk bila nampak hadiah tu sebab dia kaki game. Haruto macam tak percaya staff nak bagi PS4. Episod sebelum ni Haruto banyak diam tapi dalam episod kemain cergas jadi MC gara-gara nak menang PS4. 

Game pertama Treasure main Mafia Game di mana 4 orang dari mereka akan dipilih sebagai mafia dan tak dapat makanan yang perlu diteka oleh Civillian. Sekiranya Mafia dapat teka makanan tersebut melalui description Civillian, team Mafia akan menang. Dalam masa yang sama Civillian kena cari siapa 4 orang Mafia yang dipilih. 


Jihoon: Doyoung, hurry up and act smart. You're obviously acting like a mafia.
Hyunsuk: Nah, if he's a mafia,it would be more obvious.

Untuk game seterusnya semua ahli Treasure dibahagikan kepada 3 kumpulan warna. Dalam satu kumpulan akan ada 4 orang ahli. 

Merah – Jihoon, Jaehyuk, Hyunsuk, Junghwan
Hijau – Yoshi, Haruto, Mashiho, Junkyu
Biru – Jeongwoo, Doyoung, Asahi, Yedam


Kelakar tengok Junkyu beria taknak satu kumpulan dengan Doyoung terus teringat masa iKON pergi camping, DK dah cakap awal-awal dia tak nak satu team dengan JuNe sebab confirm kalah. Same energy~~~. Haruto happy lah dapat satu team dengan Junkyu even Jeongwoo dah gelak tengok diorang satu team perangai serupa macam Junkyu, dia boleh bagi ucapan terima kasih sebab come up dengan nama kumpulan comel macam tu. Junkyu buat apa pun dia tetap bahagia 100%. 


Game berkumpulan yang pertama ialah Talk With Your Body mengikut tema yang dipilih oleh setiap kumpulan. Kumpulan Hijau dapat perkataan yang bertemakan perasaan. Kumpulan Merah dapat tema aktiviti sukan manakala Kumpulan Hijau dapat Emotional Expressions. 


Game kedua pula – Shouting In Silence mengikut topik yang dipilih setiap kumpulan. Kumpulan yang menang game kedua akan dapat 20 markah setiap seorang. Kumpulan Hijau pilih topik makanan. Kumpulan Merah pilih topik haiwan dan Kumpulan Biru pilih topik objek. Semua kumpulan perlu teka sebanyak mana perkataan yang boleh dalam tempoh masa yang diberikan. 


Penat jugak lah nak main dua jenis game ni sebab perkataan yang staff bagi ada yang susah. Kesian dekat geng Jepun lah sebab diorang tak familiar sangat. Patutnya staff bagi perkataan dalam English lah, baru adil untuk semua. But still kelakar lah tengok geng Jepun struggle antara Jja ataupun Ja sampai Hyunsuk dengan Jaehyuk berdekah dekat belakang. 


Saspen tengok siapa yang akan menang PS4 tu terutamanya Hyunsuk lah sebab dia dah one step closer dah tapi kena main Rock Paper Scissors pulak. Susah jugak lah nak menang sebab benda tu based on luck. Tapi macam kelakar lah diorang beria sangat sebab dekat extra footage diorang take turn jugak main FIFA dekat bilik pemenang tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.