Movie Review | Yaksha: Ruthless Operations (2022)

Wednesday 11 May 2022


Director : Na Hyeon
Writer : Na Hyeon
Cast : Sol Kyung-gu, Park Hae-soo, Yang Dong-geun, Lee El, Song Jae-rim, Park Jinyoung, Lee So-kyung, Hiroyuki Ikeuchi, Nicole Fong, Kim Jongman, Ji Hyun-Joon, Jin Kyung, Choi Won-Young
Production Company : Sangsang Film Co., Ltd.
Distributor : Showbox, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 8 April 2022
Trailer:


Setelah kegagalan Han Jihoon (Park Hae-soo) mendakwa Chairman Sangin Group, dia bawa diri ke National Intelligence Service (NIS). Jihoon tawar diri untuk pergi ke Shenyang, China di mana dia perlu buat laporan tentang The Black Team dan menggunakan Samjin Travel Agency sebagai cover-up. Ji Kang-in a.k.a Yaksha (Sol Kyung-gu) adalah ejen terbaik namun dianggap berbahaya kepada negara kerana selalu melanggar protokol. 


Hari pertama Jihoon sampai di sana pun dia dah dapat berjumpa dengan Yaksha yang bertempur dengan geng Korea Utara bila mereka minta Bilik 39. Tak lama kemudian datang pula geng Jepun yang diketuai oleh Ozawa Yoshinobu (Hiroyuki Ikeuchi) mencari benda yang sama. Yaksha bagi peluang untuk Jihoon pulang ke Korea Selatan dan laporkan tiada apa yang berlaku di Shenyang. 


Tapi Jihoon berdegil sebab dia tahu The Black Team dah banyak langar undang-undang negara. Sebagai pendakwaraya, dia perlu betulkan kesalahan mereka semua. Di mata dia The Black Team mengejar duit yang dicuri oleh Moon Byung-uk tapi Hee-won (Lee El) menafikan dakwaan tersebut. 

Naskhah spy thriller dari Na Hyeon tak jauh bezanya dengan naskhah perisik yang lain cuma bezanya sparring partner dibawakan dalam watak seorang pendakwaraya. Tengok movie ni pun sebab nak tengok Song Jae-rim berlakon lepas dia datang promote dekat The Sixth Sense Season 3 (2022). Dulu tengok dia dalam We Got Married dengan imej comel oppa Korea. Dalam movie ni dia bawa watak hati kering. Malangnya screentime dia pendek je. 


Ingatkan bila ada geng yakuzaa dari Jepun banyak lah fighting scene tapi diorang pun jimat tenaga je bila pakai suit mahal. Pap pap dah settle. Movie Yaksha ni banyak betul sembangnya sebab tu lah durasi panjang sampai 125 minit. Dekat scene hujung tu dia punya drag tak nak kalah. Kelakar tengok Ozawa tembak monitor untuk hentikan system in operation. Patutnya tembaklah cpu ataupun server. 

Geleng kepala bila geng The Black Team cakap diorang tak pernah pandang duit terutamanya Yaksha yang nak selamatkan Korea. Kalau tak pandang duit, mana datangnya server mahal tu semua? Tu belum sembang drone canggih dan penjejak satelit yang Jung-dae (Park Jinyoung) guna. Superbike Jae-kyu (Song Jae-rim) guna pun bukan kaleng-kaleng. Semua orang pun sedia maklum senjata api yang The Black Team pakai dalam operasi agak mahal harganya. Kalaupun seludup tetap ada harga yang perlu dibayar. I faham kalau movie genre action ni tak pentingkan logik tapi jangan lah merepek sangat. 


Walaupun plot dia tipikal dan plot twist yang mudah sangat dijangka tapi lakonan semua barisan pelakon bagus dalam watak masing-masing. Dinamik Sol Kyung-gu dan Park Hae-soo pun setara, sesuai dengan watak yang dibawa. Malangnya pengarah malapkan kekuatan dinamik ni bila Jihoon tanya siapa pemilik suara dalam talian. Mungkin dia nak hadirkan elemen kejutan tapi plot twist dah boleh baca. 

Tengok pada penerimaan penonton sampai movie Yaksha trending di Netflix dan ending yang bagi hint pada sekuel, harapnya pengarah Na Hyeon cari penulis yang dah biasa dengan movie aksi untuk Yaksha 2. Bukan nak kata Na Hyeon tak bagus tapi ada yang lebih baik dari dia sebagai penulis. Dari segi olahan dan Teknik visual, dia hidangkan beberapa aksi menarik sebagai highlight. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5.9/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.