Aktiviti Kemerdekaan | Bunga Raya Sarang Telur

Monday, 29 September 2025


Merdeka lepas team social media plan untuk buat fun activities supaya ada content sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 

Tahun lepas dah buat Kuiz Kemerdekaan so tahun ni nak buat benda lain pulak. Bila scroll TikTok ternampak tutorial buat bunga raya dari sarang telur. So kitorang locked aktiviti tu dan pilih tarikh. 

Bincang punya bincang, dapat lah tarikh 14hb Ogos sebab semua orang ada dekat office. The plan is simple, just create how many bunga raya from sarang telur. 



Lepas tu guna lah bunga raya tu untuk hias pejabat bersempena dua hari penting negara tu. Konon boleh dapat 2 content dengan mudah lah. 

Hari kejadian, Syida bawa sarang telur, I bawa peralatan mewarna, Teha bawa hot glue gun. I beli reben jugak untuk buat sesungut bunga. Bocor poket beli semua peralatan mewarna sebab set watercolour tu mahal ye. Dekat area sini tak ada kedai peralatan melukis atau kedai alat tulis yang jual loose item. Nak pakai watercolour warna merah sahaja tapi terpaksa beli satu set T.T




Nampak macam senang nak buat bunga raya dari sarang telur tapi disebabkan salah tengok tutorial video, berkicap jugak lah semua orang. Plan asalnya untuk follow tutorial 5 lekuk di sarang telur untuk satu kuntum bunga tapi yang terlaksananya adalah 1 lekuk, 1 kuntum bunga. Memang menangis lah cerita dia nak siapkan 😫 Benda boleh siap sejam jadi 3 jam. 

Lagi satu hal, buat aktiviti bunga ni for fun je untuk bonding bagai tapi memasing fokus mewarna bunga sampai tak bercakap sangat. 













Just in case kalau perlukan tutorial untuk bunga raya sarang telur ni, first step adalah potong setiap lekuk pada sarang telur. 


Selesai potong akan dapat macam bentuk dalam gambar tu. Kemudian potong lebihan material pada setiap lekuk. 



Dah settle, boleh buat belahan untuk jadi kelopak bunga macam dalam gambar dekat bawah ni. Memandangkan bengkel ni disertai oleh peguam dan staff yang tak berseni jadi setiap kuntum memang tak semenggah sangat rupa dia. 


Lepas dah siap dekat bahagian ni boleh lah mewarna bunga raya ikut warna yang diingini. 







Kitorang warna bahagian dalam je sebab nak jimat watercolour. Kalau ikutkan kena warna dalam dan luar tapi ini tutorial derhaka T.T




Langkah terakhir ialah sediakan sesungut dari reben. Potong reben pendek-pendek, agak-agak lah ukuran dia. Masa ni panjang jari kelinking je lepastu buat belahan halus di bahagian lebar reben. Lepas dah siap, gulung dari depan sampai belakang. Dia leceh tau buat sesungut ni so tak banyak pun yang dapat buat. 

Production tak seimbang sebab bunga raya sarang telur tu ada beratus tapi sesungut ada belas je. Yang join ni pun tak berapa ramai jadi redo je lah kalau ada yang kurang hshshs



Masa nak buat final touch untuk bunga raya sarang telur ni pun kitorang try and error sebab dalam video tutorial yang kitorang tengok tu tak ada. Awal tu I try guna gam panas tapi dia jadi selambak pula dekat belah dalam macam gambar tu. 

Then Teha cucuk sesungut masuk ke dalam bunga. At first tak nak buat macam tu sebab sarang telur ni rapuh la juga material dia. Kalau buat lubang takut senang terkoyak besar tapi kalau yang itu lebih cantik, kita proceed je lah macam tu. 

Gambar di bawah untuk kenangan dan simpanan peribadi je so sila lah skip sampai ke bawah :)




















































































Álamak I nak buat bunga raya warna putih tapi kenapa macam tahi burung ni? - Aiesyah, 2025






Bila dah bosan buat warna merah, ada yang buat ombre lah, warna kuning lah, lepastu I menambah warna purple sebab nak letak dekat meja 😝 Bengkel bunga raya sarang telur ni dari jam 4 sampai 6 petang sebab tu dalam gambar ada yang beberapa orang je, ada yang tak ada kemudian hujung-hujung tu makin ramai sampai lah semua nak berkemas untuk balik.

Terima kasih semua yang join buat bunga. Next year kita plan buat benda lain pulak hihi

Intel terbaharu diterima! Muzik video Penjuara nyanyian Hael Husaini, runut bunyi hebat daripada Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), kini tersedia di saluran YouTube rasmi Ejen Ali. Lebih mengujakan, lagu ini turut tersenarai dalam Carta Muzik-Muzik 40, menandakan satu langkah penting dalam perjalanan menuju pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40.

Disusun sepenuhnya berdasarkan babak-babak ikonik daripada filem EATM2, muzik video Penjuara menghidupkan kembali perjalanan Ali dalam misi mustahilnya. Setiap adegan, sarat dengan elemen dramatik, daripada operasi taktikal MATA hinggalah detik pertembungan Ali dengan Neonimus. Visual yang penuh intensiti ini memberikan pengalaman sinematik yang menggabungkan dunia Ejen Ali dengan kekuatan muzik, menjadikan Penjuara bukan sekadar sebuah lagu, tetapi juga sebuah naratif perjuangan.

Dengan beat yang catchy, lirik penuh keyakinan diri dan semangat juang seorang wira, Penjuara segera mencuri perhatian peminat muzik tempatan termasuk peminat setia Ejen Ali yang bersedia untuk ‘lari’ ke hadapan bersama hero kesayangan mereka. Menurut Hael Husaini, lagu ini ditulis untuk memberi suara kepada seseorang yang tidak pernah gentar menyahut cabaran. “Penjuara adalah tentang keberanian untuk mara ke hadapan walau dicabar dalam permainan minda. Ia merupakan semangat juang yang tidak mengenal kalah,” jelas Hael. 

Kemenangan pertama sudah diraih, misi seterusnya di tangan anda! Penjuara kini memerlukan undian peminat untuk terus bertahan dan mara daripada Carta Mingguan Muzik-Muzik 40 ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 40, seterusnya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40. Undian boleh dibuat di www.tonton.com.my/muzikmuzik setiap minggu dari hari Ahad, jam 12 tengah hari sehingga Khamis, jam 12 tengah hari.


Jangan lupa untuk menonton muzik video penuh Penjuara di saluran YouTube rasmi Ejen Ali. Ayuh, ini masanya untuk kita buktikan yang Ejen Hael Husaini benar-benar Penjuara!

Minggu ketujuh ‘Kilauan Emas 2025’ menyaksikan peserta Mazleen masih lagi cemerlang di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (86.30%), diikuti pencabar baharu Nawary (82.46%), dan Zekrai (77.83%) telah berjaya berada di kedudukan tiga teratas. Membawakan medley dengan lagu Memori Luka oleh Headwind dan Mentera Semerah Padi oleh M. Nasir, Kinar masih lagi berjaya menambat hati penonton dengan menjadi pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir sepanjang 7 minggu berturut. 

Minggu dengan tema ‘Selekoh Akhir,’ membawakan ‘killer song’ pilihan para peserta untuk melayakkan diri mereka ke pentas akhir ini juga telah menyaksikan dua peserta, Kinar dan Leeza telah tersingkir untuk mara ke pentas akhir Kilauan Emas 2025. 

SENARAI LAGU

Opening Performance - Nora

Mazleen: Destinasi Cinta - Dato' Sri Siti Nurhaliza 

Mazleen: Janji Manismu - Dato' Aisyah (86.30%)

Nawary: Penasaran Versi Kris Dayanti - Emilia Contessa

Nawary: Total Eclipse Of The Heart - Bonnie Tyler (82.46%)

Zekrai: Seperti Mati Lampu - Nassar

Zekrai: Pada Syurga Di Wajahmu - Nash (77.83%)

Ezan: Asmara Versi Anita Sarawak - Anneke Gronloh 

Ezan: Menaruh Harapan - Zaiton Sameon (71.12%)

Majid: Selingkar Kasih - REM

Majid: It’s Gonna Be Me - NSYNC (72.56%)

Leeza: Ku Pendam Sebuah Duka - Khadijah Ibrahim

Leeza: Jangan Kau Mimpi - Siti Sarah  (70.93%)

Kinar: Mentera Semerah Padi - Dato M. Nasir 

Kinar: Memori Luka - Headwind (65.49%)

Zanie: Sekuntum Mawar Merah - Lata Mangeshkar

Zanie: Bunga Angkasa - Terra Rosa (77.62%)

INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’

• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang  merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.