Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts
Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts

Movie Review | Anak Perjanjian Syaitan 2 (2024)

Saturday 27 April 2024


Pengarah:  Dr. Ahmad Idham
Penulis Skrip: Dr. Ahmad Idham 
Pelakon:  Eyka Farhana, Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan, Sera Melissa, Shaharuddin Thamby
Syarikat Produksi: Grand Brilliance Studio
Pengedar:  Primeworks Studios
Genre: Seram / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan: 89 minit
Tarikh Tayangan: 04 Januari 2024
Trailer:


Sekuel kepada filem Anak Perjanjian Syaitan (2019) di mana pasangan Cikgu Zaidi (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) menggunakan bantuan ilmu hitam untuk mendapatkan anak. Kini anak mereka, Azlinda (Eyka Farhana) menginjak ke usia 21 tahun di bawah jagaan Ibu Wati (Dian P. Ramlee) sejak Cikgu Zaidi meninggal dunia. 

Azlinda mula diganggu oleh makhluk yang menyerupai dirinya dalam keadaan yang lebih mengerikan. Makhluk tersebut berulang kali mengingatkan tentang perjanjian mereka. Ustaz Aznan (Azlan Komeng) yang pernah membantu ayahnya dahulu juga tak mampu melawan kuasa makhluk tersebut kerana Azlinda adalah sebahagian dari makhluk tersebut. 


Azlinda pergi ke pondok tempat Bonda Wiwin (Azizah Mahzan) mengajar kerana ketika dia masih kecil, Bonda Wiwin yang membantu menghalau makhluk tersebut. Sama seperti Ustaz Aznan, Bonda Wiwin juga tak mampu mengawal kuasa mahkluk tersebut. Keadaan semakin parah bila Emma (Sera Melissa) sering histeria dan takut kepada Azlinda. Ustazah Jamilah (Fasha Sandha) minta Bonda Wiwin halau Azlinda keluar dari madrasah sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 

Pak Dolah (Shahrudin Thamby) dan anaknya, Ustaz Taha (Alif Satar) cuba untuk merawat Azlinda namun Azlinda sendiri kena lawan rasa takut tersebut dan banyakkan meminta bantuan dari Allah s.w.t.
Filem sekuel Anak Perjanjian Syaitan 2 berubah pengarah dan juga penulis jadi cerita tu tak seronok macam yang pertama. Semua pun sedia maklum kalau Dr. Ahmad Idham yang buat cerita, olahan dia masih stuck di zaman millenium. A bit disappointed lah sebab I suka dengan filem yang pertama. Sayang juga sebab barisan pelakon pun bagus tapi stuck dalam penulisan yang tak mampu kembangkan watak dengan baik. 


Para pelakon dah buat yang terbaik lah untuk watak masing-masing tapi lontaran dialog kaku benar. Rasa tak seronok langsung bila dengar diorang menyembang terutamanya watak Bonda Wiwin. Watak Ustazah Jamilah pun tak cerminkan peribadi ustazah. Faham lah dia takut dan risaukan pelajar-pelajar lain sebab pendamping Azlinda tapi apa usaha dia sebagai penjaga dekat situ. Takkan lah Tuhan bagi ujian macam tu, dia nak mengamuk lepastu meroyan dekat Bonda Wiwin? Si Azlinda tu tak layak dibantu ke sedangkan dosa tu dosa ibu dia? 

Tak pasti macam mana pemilihan pelakon dibuat tapi Eyka Farhana tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai watak utama. Tengok lakonan dia teringat lakonan Chacha Maembong tapi dalam anak Perjanjian Syaitan dulu, kelemahan lakonan Chacha tersorok dan fokus dekat watak-watak lain dan juga makhluk yang menganggu. 


Boleh kata naskhah Anak Perjanjian Syaitan 2 dicedok dari filem Makmum dan Qorin (2022) kerana jalan cerita yang lebih kurang sama dan berlatarkan di pondok pengajian Islam. Penggunaan CGI antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan naskhah seram terbitan Grand Brilliance Studio ni. 

Tengok ending akan ada installment ketiga tapi kalau penulis dan pengarah orang yang sama jugak, memang dah tahu lah hasilnya macam mana nanti. Sayang lah sebab idea naskhah ni kuat dan menarik juga kalau diikutkan. Twist yang dimasukkan pun menjadi tapi sayang lah banyak aspek lain yang melemahkan. 


Tak ada masalah pun kalau nak tengok secara santai tanpa peduli sangat dengan jalan cerita sebab bonus treats lah untuk peminat Alif Satar. Dalam filem ni boleh tengok dia mengaji surah Al-Mukminun. Sedap teruk suara dia sampai hantu Azlinda pun terpukau. Apatah lagi kita kan? So watch it at your own risk lah haaa gittew

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.4/10

Movie Review | Doh (2023)


Pengarah: Ariff Zulkarnain, Haris M. Nor
Penulis Skrip: Ariff Zulkarnain, Haris M. Nor
Pelakon: Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fatimah Abu Bakar, Fabian Loo, Taqim Zaki, Syed Irfan, Nik Rifaie, Nasir Jani, Amen Khalid
Syarikat Produksi: Indigo Films
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 85 minit
Tarikh Tayangan: 16 September 2023 (Tonton), 11 April 2024 (Netflix)
Trailer:


Berbekalkan slogan ‘Dari Doh Ke Hati’, filem arahan pengarah Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor mengisahkan tentang Faiz (Syafiq Kyle) yang menguruskan perniagaan roti kelapa, resipi Farhan Bakery sejak turun-temurun. Faiz rancang untuk ambil pekerja untuk menjaga kedai warisan tersebut tapi ibunya lebih suka kalau anak-anaknya sendiri yang meneruskan perniagaan tersebut. 

Kebanyakan pelanggan mula beralih ke Akhirnya Kini Pastry yang dimiliki oleh Yap (Fabian Loo) kerana rasa roti yang lebih sedap dengan pelbagai jenis pilihan. Roti kelapa yang dulunya menjadi kebanggaan Farhan Bakery sudah boleh dibeli di kedai roti yang baru dan cantik tu. Malah Yap juga seorang yang ramah dan aktif di media sosial sekaligus menarik perhatian ramai orang ke kedai rotinya. 

Faiz berusaha untuk dapatkan rasa roti kelapa yang sama seperti ayahnya jual dahulu tapi usaha Faiz bersama adik-adiknya, Farah (Aida Amron) dan Fathul (Fariz Isqandar) menemui jalan buntu. Faiz mula mengalah bila jualan semakin berkurang, konflik keluarganya juga semakin bertambah. Dia juga tak boleh tinggal lama di situ kerana kerjaya dia di Damansara. 

Naskhah Doh adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi Indigo Films kepunyaan Syafiq Kyle selepas 3 tahun ditubuhkan. Filem ni patutnya keluar lebih awal tapi ada keutamaan lain jadi Syafiq pilih tahun 2023 sebagai tarikh bermakna untuk filem Doh. 

Doh berlatarkan pekan kecil di Ipoh sebagai latar tempat utama walaupun dialek kebanyakan watak di dalam filem tersebut tak pekat. Sinematografi yang digunakan dalam Doh menguatkan lagi panorama dan suasana masyarakat pekan kecil yang tenang, harmoni dan kekitaan. Filter yang hangat dan dreamy dipilih untuk menekankan hangat kasih sayang dalam keluarga kecil Faiz. Close-up digunakan untuk proses pembikinan roti kelapa antara highlight dalam filem Doh. 

Dari awal lagi dah nampak ke mana hala tuju filem Doh yang mengangkat tema kekeluargaan. Walaupun Yap adalah watak antagonis dalam Doh kerana kita lihat dari perspektif Faiz tapi sebenarnya Yap tak buat salah pun dengan buka kedai roti dan juga jual roti kelapa. roti kelapa bukannya hak milik eksklusif Farhan Bakery pun. 

Cara Yap berniaga pun guna formula yang tepat bila dia beramah mesra dengan penduduk kampung untuk tarik pelanggan ke kedai roti dia. Kita bila tengok kedai cantik pun kita teruja nak pergi kan? Sama lah dengan Akhirnya Kini Pastry yang guna dekorasi dan interior moden nak dibandingkan dengan Farhan Bakery. Yap tahu kelemahan dia adalah tak pandai buat roti jadi dia ambil chef yang pakar dalam roti. Resipi roti kelapa yang Farhan Bakery hasilkan tak ada resipi rahsia pun sebab tu rasa dia sama dengan Akhirnya Kini Pastry. 

Kenapa rasa roti kelapa yang Faiz buat tak sedap macam Akhirnya Kini Pastry walhal dia guna resipi yang sama ayah dia ajar? Sebab dia buat bukan dari hati. Jasad je dekat Ipoh tapi roh dia ada dekat Damansara. Sebab tu berangin je dia padahal Fathul buat salah sikit je. Paip pecah pun dia salahkan Farah padahal adik dia tak buat salah pun. Benda memang dah lama. 

Watak Mak Aini adalah watak reliever dalam naskhah Doh sebab dia pandai pujuk dan jaga hati anak-anak dia. Nampak macam dia sebelahkan Fathul sebab yang tu bongsu tapi betul juga dia cakap, sepanjang Faiz tak ada, adik yang seorang tu lah yang jaga mak. Masa Mak Aini pujuk Fathul jaga kedai pun comel je dia menyelit. Nostalgik lah masukkan nama kumpulan Moin sebab generasi sekarang mesti dah tak kenal siapa. 

Filem Doh diadun dalam template santai, sesuai untuk tontonan keluarga. All the best untuk Indigo Films in future. Semoga dengan filem Doh lebih banyak filem, telefilem atau drama bagus boleh dihasilkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

SHERIFF RAIH KUTIPAN MELEBIHI RM1 JUTA PADA TAYANGAN AWAL!

Friday 19 April 2024

Filem arahan Syafiq Yusof, SHERIFF telah meraih kutipan melebihi RM 1 juta pada tayangan awal (‘sneak preview’) pada 17 April di pawagam dan sekali gus berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia dan mengetepikan filem antarabangsa. Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini di panggung wayang seluruh negara. 

Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal semalam. Ini adalah permulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff. Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Sheriff.” 

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

Movie Review | Sheriff: Narko Integriti (2024)

Thursday 18 April 2024


Pengarah: Syafiq Yusof  
Penulis Skrip: Nazifdin Nasrudin  
Pelakon: Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Esma Daniel, Shaharuddin Thamby, Hazama, Hasnul Rahmat, Kodi Rasheed
Syarikat Produksi: Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar:  Astro Shaw
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 18 April 2024 (Malaysia & Singapura)
Trailer:


Filem terbaru Sheriff: Narko Integriti merupakan idea asal dari Yusof Haslam yang berlatarkan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia. Kisah bermula dengan ASP Malik (Shaharuddin Thamby) dibunuh oleh Meth Killer (Syafiq Kyle) ketika dalam misi undercover untuk mendapatkan intel tentang makmal dadah milik Tony Ifrit (Dato’ Aaron Aziz). 

Meth Killer telah melakukan 9 pembunuhan dengan modus operandi menikam mayat bertalu-talu kemudiannya dibersihkan untuk bersihkan sebarang jejak atau bukti. Kemudian mayat mangsa dibalut dengan plastik lalu dibawa ke kawasan sunyi yang tidak mempunyai CCTV. Mayat tersebut ditaburkan dadah syabu di atasnya. 


Kesemua 9 orang mangsa tersebut berkait rapat dengan Tony yang sering saja terlepas dari hukuman kerana tidak mempunyai bukti yang cukup untuk disabitkan kesalahan. Jabatan Narkotik pernah menghantar Inspektor Shazwani sebagai undercover namun malangnya ada tikus yang bekerja dengan Tony. 

Pihak atasan PDRM menghantar ASP Jennifer Wong (Elizabeth Tan) untuk menyiasat pembunuhan ASP Malik sementara DSP Sheriffudin Hussein (Zul Ariffin) dari Unit Khas juga dihantar untuk menjejak Meth Killer dan Tony. Sejak awal lagi DSP Sheriff syak Inspektor Nazri (Syafiq Kyle) sebagai Meth Killer kerana dia mempunyai motif yang kuat untuk membunuh Tony. 


Tapi bukti rakaman video CCTV antara ASP Syazlin (Azira Syafinaz) dan ASP Malik pada hari kejadian juga kukuh sebagai motif pembunuhan. DSP Sheriff dan ASP Jane sedia maklum yang Meth Killer adalah dari Jabatan Narkotik kerana semua maklumat tentang mangsa adalah sulit dan hanya boleh diakses oleh Jabatan Narkotik sahaja. 

Naskhah Sheriff: Narko Integriti adalah naskhah ketiga yang bertemakan unit PDRM selepas filem KL Special Force (2018) dan Polis Evo 3 (2023) di bawah arahan Syafiq Yusof. Uniknya filem Sheriff: Narko Integriti adalah filem yang dihasilkan di bawah Astro Studios menggunakan teknologi perfileman yang setanding dengan industri antarabangsa. 


Sinematografi hasil kerja Rahimi Maidin dan musik dari Sham Stalin juga Latt menghasilkan sinergi yang kukuh untuk beberapa babak-babak aksi yang dipaparkan dalam Sheriff: Narko Integriti. Babak operasi Jabatan Narkotik di kilang Tony baik dalam angan-angan Nazri ataupun realiti terlihat realistik. Bila tengok babak ni boleh nampak yang unit PDRM berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk menangkap penjenayah. Sayangnya filem Sheriff: Narko Integriti ni tak banyak babak aksi walhal genre utama adalah aksi. 

Kalau nak kata Sheriff: Narko Integriti ni adalah naskhah untuk mencuci imej PDRM pun tak juga sebab watak DSP Sheriff dari Unit Khas di mana dia adalah polis yang menangkap polis. Mana-mana unit pun ada bahagian buruknya dan tak semua polis yang bekerja sebagai polis adalah busuk. Watak Inspektor Nazri pun ada character development yang bagus sebab kalau dia tak tersalah bunuh ASP Malik, dia dah boleh diangkat sebagai Vigilante. Tapi dekat sini lah mesej yang penulis nak sampaikan bila negara kita ada undang-undang, cepat atau lambat kejahatan tetap akan dihukum. 


Walaupun jalan cerita Sheriff: Narko Integriti terlihat menarik tapi ada juga beberapa hal yang lemah macam watak ASP Syazlin. Lakonan Azira Syafinaz nampak kaku dan canggung terutamanya untuk babak-babak melibatkan drama atau perlukan emosi dan ekspresi. Macam babak dia peluk Nazri sebab Meth Killer dah berjaya ditangkap ataupun masa dia confront Naz dengan DSP Sheriff dekat rumah. 

Babak dia jumpa kanak-kanak yang overdose dalam kontena tu pun lemah. Tak ada perasaan langsung padahal Tony nak Meth Killer yang jumpa situasi tu. Geram juga lah kenapa penulis tukar watak sedangkan kita dah tertunggu-tunggu reaksi Meth Killer bila tengok Tony Ifrit guna budak-budak sebagai pusher. Bila tengok watak ASP Syazlin ni pelik juga macam mana dia boleh jadi ketua sebab watak dia agak lemah, sama juga dengan judgement dia. Berbeza sangat keadaan mangsa ke-10 dibunuh oleh Meth Killer tapi dia boleh yakin sangat itu adalah Meth Killer sebenar.


Watak Firdaus pun tak dikembangkan dengan baik, dari awal lagi dah boleh tahu dia tengah undercover sebab cara dia push Kapak untuk bawa dia jumpa Tony pun nampak terdesak. Kenapa dia setuju untuk jadi undercover pun tak diceritakan dan kenapa Naz boleh minta dia buat tugas terakhir tu sedangkan dah nampak condition Firdaus dah barai sebab dadah Tony. Masa dia guna morse code dalam bilik siasatan pun tak clean sebab ketara sangat. First half dah cantik alur cerita Sheriff: Narko Integriti ni tapi bila masuk second half, watak Naz mula jadi lemah untuk kuatkan lagi watak DSP Sheriff. 

Plot twist yang dibawa masuk oleh Syafiq Yusof tak kuat mana pun sebab tikus-tikus Tony Ifrit tu pun dah boleh dibaca dari awal siapa gerangannya. Lagi seronok kalau Syafiq tak dedahkan siapa Meth Killer dan biar kita berteka-teki antara ASP Syazlin atau Inspektor Nazri tapi mungkin dia nak keluar dari cerita tipikal dan fokus kepada aksi kejar-mengejar antara DSP Sheriff dan Meth Killer. Babak komedi yang dimasukkan lebih kurang sama dengan drama Gerak Khas sebab menggunakan dua orang watak polis berbangsa Cina dan India. 


Nak kata filem Sheriff: Narko Integriti ni tak seronok pun tak juga sebab lakonan Zul Ariffin yang banyak carry filem ni dari awal sampai ke hujung cerita. Babak dia datang tangkap ASP Amirul (Hazama) dengan perbualan dia dengan Tony tentang tikus dan Meth Killer tu antara highlight dalam filem ni. Tone suara yang Zul Ariffin dan Elizabeth Tan guna perfect untuk convey watak diorang sekaligus elevates the emotion for certain scenes. Lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan pun cemerlang dalam filem ni. Personally for me, filem Sheriff: Narko Integriti bukan lah filem yang sempurna tapi satu naskhah yang perlu diberi perhatian untuk peminat filem tempatan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Movie Review | Budak Flat (2023)

Sunday 17 March 2024


Pengarah: Eugene Lim, Woo Ming Jin, Faizal Ishak 
Penulis Skrip: Nazri Vovinski, June Tan
Pelakon: Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, A.R. Badul, Ku Faridah, Razak Ahmad, Aaron Aziz, Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Azri Sabri, Deen Maidin, Syanie Hisham, Li Yang Tan
Syarikat Produksi: Skop Productions, Jazzy Pictures, SECTION 5
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 16 November 2023
Trailer:


Budak Flat mengisahkan persengketaan antara dua beradik – Aman (Zahiril Adzim) dan abangnya, Riz (Pablo Amirul). Di flat tersebut, mereka dijaga oleh Chief (Deen Maidin) yang bukan saja bertindak sebagai ketua malah menghasilkan dadah di makmal kepunyaannya. Hasil jualan dadah menggunakan formula ciptaannya banyak membantu penduduk di situ. Ada yang membantu Chief seperti Mak Pidah (Syanie) dan ada juga yang mengecam seperti Mak Leha (Ku Faridah) namun tidak menghalang sepenuhnya. 

Aman baru sahaja keluar dari penjara dan mengetuai gang yang menjalankan bisnes haram seperti seludup dan menjual barangan ciplak. Sementara Riz pula ketua kepada gang yang lainnya dan juga tokan dadah kepunyaan Chief. Mereka berdua berlainan prinsip dan sering bertelagah tambahan pula selepas Jojo (Nabila Huda) yang dahulunya bercinta dengan Aman buat keputusan untuk kahwin dengan Riz. 


Konflik berlaku apabila Aman dituduh membunuh Chief kerana ingin merampas kuasa lalu Boss X (Aaron Aziz) mencadangkan agar Aman cari pembunuh sebenar jika betul dia tak bersalah. Jika dia gagal bawa bukti dalam masa 10 hari, Aman perlu bekerja dengan Riz selamanya. Satu hal yang tak mungkin akan berlaku dalam hidup Aman iaitu tunduk dengan arahan abangnya. 

Naskhah aksi thriller arahan pengarah trio - Eugene Lim, Woo Ming Jin dan Faizal Ishak memaparkan sisi gelap di rumah pangsapuri yang terletak di kotaraya. Sesuatu yang unik, segar dan mengejutkan bila production team berani ketengahkan suasana kehidupan penduduk flat. Sebelum ni kalau berlatarkan dunia gelap atau gangster mesti berlatarkan Kampung Baru tapi kali ni penulis keluar dari dunia tipikal tersebut. Siapa sangka penduduk flat guna duit haram untuk jaga kawasan tersebut sampai ada makmal dadah sendiri. 


Dalam filem ni ada ramai barisan pelakon untuk membawakan watak-watak yang wujud di kawasan rumah flat tersebut tapi tak susah pun untuk semua watak yang ada melekat dalam kepala. Mungkin sebab masing-masing berjaya deliver sampai meninggalkan impak yang kuat walaupun ruang yang diberikan agak terhad. 

Lagu tema berjudul Budak Flat dari Aman Ra mengukuhkan sinergi bersama sinematografi yang memaparkan realiti kehidupan di kawasan pangsapuri. Lif selalu rosak, terputus bekalan air atau baju yang tersangkut di piring Astro antara props dan latar yang tepat. 


Walaupun I suka dengan kualiti teknikal yang ada tapi jalan cerita filem Budak Flat terbitan Skop Productions macam mengelirukan juga sebab penduduk flat tak kisah ada makmal dadah atau urusan jual-beli sama ada secara tertutup atau terbuka di flat tersebut. Kalau betul pun hasil jualan dadah tu banyak membantu komuniti di situ, kenapa masalah lif dan air tak mampu dibendung? Nak kata komuniti dekat situ hidup mewah dan selesa pun tak juga, ada yang berantakan gara-gara dadah. 

Personally, I tak suka babak klimaks sehingga ke penghujung cerita sebab dari genre thriller tiba-tiba bertukar kepada drama. Itupun elemen drama tak buatkan kita beremosi sebab pengarah terus drop out watak dan babak tu. Tiba-tiba semua dah semangat nak berperang dan untuk babak tu juga mungkin akan muncul sekuel kepada filem Budak Flat sebab nak bertarung dengan musuh lebih besar. 


Plot tercetusnya konflik tu pun macam ehhh juga lah sebab kenapa Riz beria nak tuduh Aman bunuh Chief sebab nak rebut kuasa sedangkan Chief memang nak Aman jadi ketua pun. Betul lah Sotong (Balan Kash) cakap yang Riz ni akal cetek. Benda mudah pun tak boleh nak hadam. 

'Orang nak kau jadi ketua, kau taknak. Kalau flat kita ni ada ketua, takde lah kita pecah-belah. Ini tak, asyik bergaduh je.' - Chief


Anyway, Budak Flat is a good watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Movie Review | La Luna (2023)

Sunday 3 March 2024


Pengarah: M. Raihan Halim 
Penulis Skrip: M. Raihan Halim
Pelakon: Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin, Wafiy, Syumaila Salihin 
Syarikat Produksi: Clover Films, ACT 2 Pictures, One Cool Film Production, Papahan Films 
Pengedar: Skop Productions (Malaysia), Golden Village Pictures (Singapura), CBI Pictures (Indonesia) 
Genre: Romantik Komedi
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan:  9 November 2023 (Malaysia), 16 November 2023 (Singapore), 6 Disember 2023 (Indonesia)
Trailer:


La Luna mengisahkan tentang Hanie (Sharifah Amani) yang datang membuka kedai pakaian dalam wanita bernama La Luna. Kampung Bras Basah merupakan kampungnya sejak kecil tapi sudah lama dia tidak menjenguk datuknya malah ketika meninggal dunia juga dia tidak sempat pulang kerana berada di Dubai. 

Hari pertama Hanie sampai ke Kampung Bras Basah dia bertemu dengan seorang pegawai polis duda bernama Salihin (Shaheizy Sam). Pertemuan mereka tidak bermula dengan baik lantas menimbulkan salah faham sehingga lah mereka semakin rapat. Anak perempuan Salihin, Azura (Syumaila Salihin) menawarkan diri untuk menjadi pembantu kedai. 

Awalnya kedai La Luna tidak mempunyai ramai pengunjung namun sejak insiden Ayob (Nam Ron) dan Enah (Farah Ahmad) di bilik PA sistem surau, jualan pakaian dalam tersebut melonjak naik. Perubahan tersebut tidak disukai oleh Tok Hassan (Wan Hanafi Su), ketua kampung yang juga merangkap imam di kampung tersebut. 

Penceritaan La Luna diadun dalam template komedi supaya isu-isu sensitif dan berat yang dibawakan terlihat santai dan menghiburkan. Beberapa babak dipaparkan dengan menarik dan menghiburkan ditambah pula dengan dialog yang kelakar. 

Sinematografi Sofyan Daud Mohamed mengukuhkan lagi latar masyarakat dan suasana Kampung Bras Basah yang tenang. Muzik yang dihimpunkan dalam La Luna oleh Ken Hor dan Aziem Rashid menguatkan lagi sinergi supaya babak demi babak bergerak dengan cemerlang. 

Naskhah La Luna menggunakan penceritaan bersifat satira tentang masyarakat Melayu Islam yang terbatas kerana ketua kampung yang konservatif dan kuku besi. Jadi tak hairan lah sebaik saja masuk ke platform Netflix, ramai yang mula bertegang urat kerana ada pihak yang setuju dan tidak setuju. Review ni bukan untuk memilih pihak tapi sembang pasal filem je lah. 

I had fun watching La Luna sebab olahan M. Raihan Halim menarik tapi untuk jalan cerita ada lah beberapa perkara yang dirasakan tak perlu. Bila tengok barisan pelakon pun dah boleh agak hala tuju dan konsep filem ni sebab geng pelakon yang sama juga diambil untuk mesej sensitif yang dibawakan. 
Tak ada masalah pun dengan tema atau mesej dalam La Luna tapi bila watak Hanie masuk ke tempat orang dan mula ubah secara lantang, dekat situ dah tak seronok lah. Jalan cerita filem La Luna pun bukan sesuatu yang unik, baru atau segar sebab dah beberapa kali mesej dan konsep seperti ini dipaparkan jadi bukan salah Finas yang meluluskan semata. 

Boleh kata filem La Luna lebih kurang sama dengan filem Sa Balik Baju (2021) tapi I lagi suka filem Sa Balik Baju sebab latar tempatnya sesuai, iaitu di bandar. Watak Dahlia, Aria atau Sally pun bukan jenis yang paksa orang lain terima cara hidup dan ideologi dia. Berbeza dengan Hanie atau Azura yang paksa Salihin untuk terima gaya hidup liberal mereka. Belum apa-apa lagi dah judge Salihin mansplaining walhal dia buat kerja sebagai polis dan penduduk kampung yang prihatin. 

Sebagai individu yang pernah dibenci sebab jual pakaian dalam wanita secara terang-terangan, sepatutnya watak Hanie lebih berjaga-jaga lah bila buka kedai di kampung yang dikatakan malas dan konservatif. Tak pasti lah dia tak cukup modal untuk buka kedai ataupun dia husnuzon yang orang Melayu tak ekstrem macam orang Dubai. Sistem sekuriti dia pun lemah juga lah walhal masa pembinaan tu pun dia dah bertemu dengan Tok Hassan. 

Dekat hujung cerita pun macam ehhh sangat sebab penduduk kampung dah berubah ke arah lebih terbuka. Majalah wanita pun dah boleh tayang aurat padahal apa yang Tok Hassan larang dalam Kampung Bras Basah tu bukan lah semuanya jahat pun. Boleh je kalau majalah tu ditukar kepada majalah yang guna model majmuk – non muslim, Muslimah, muslim urban etc. 

Props team pun guna juga majalah yang sama dekat awal filem padahal watak Hanie tu dah berbulan duduk dekat Kampung Bras Basah. Nak bina rumah bukannya seminggu dua kan? Jadi majalah dia mestilah dah masuk edisi lain, kenapa guna majalah yang sama jugak?

Filem La Luna menghiburkan sebagai naskhah romantik komedi namun berbahaya sebagai naskhah yang menjadi medium untuk satu pihak melontarkan dunia ideal dari perspektif mereka. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Movie Review | Jiwa 8 Belas (2024)

Sunday 14 January 2024


Pengarah: S. Baldev Singh
Penulis Skrip: N/A
Pelakon: Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, A. Galak, Kanda Khairul, Faha Azhar, Dato Jalaluddin Hassan, Ikhram Juhari, Akim Nordin, Datuk Fauziah Nawi
Syarikat Produksi: White Merpati Entertainment Sdn Bhd
Pengedar: GSC
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024 
Trailer:


Filem Jiwa 8 Belas arahan S. Baldev Singh mengisahkan dua orang anak muda yang berkawan baik – Isyq (Shah Hazvee) dan Fatien (Sohpia Albarakbah) dalam perjalanan ke negara Thailand. Dalam diam Isyq simpan perasaan terhadap Fatien namun gadis cantik tersebut menjalinkan hubungan cinta bersama Edd (Ikhram Juhari). Dalam perjalanan tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya akibat terlanggar lori di hadapan. 

Kerana motor Isyq hancur dan tak boleh digunakan lagi, mereka berdua ambil keputusan untuk berjalan kaki saja menuju ke pekan berdekatan di kawasan tersebut untuk dapatkan bekalan makanan dan rawatan. Tumpang kereta orang lain pun tak lama kerana yang sudi tumpangkan cuma kereta tua. 


Ketika berjalan kaki, Isyq dan Fatien disapa oleh Mat Kitam (Izuan Razali) yang sanggup tumpangkan mereka hingga ke pekan terdekat kerana dia pun menuju ke arah yang sama. Awalnya Isyq terharu dengan kebaikan lelaki asing tersebut tapi hati mula tak sedap bila karakter Mat Kitam tak disenangi. Makin bertambah takut apabila Fatien ternampak senjata api di bawah tempat duduk Mat Kitam. Rupanya Mat Kitam adalah ketua geng pemerdagangan manusia. 

Dalam masa yang sama Edd pula bermain cinta dengan wanita lain. Abang Fatien yang tahu tentang perkara tersebut mula mencari keberadaan adiknya. Dia syak Isyq melarikan adiknya namun ibu Isyq (Datuk Fauziah Nawi) menyangkal buruk sangka tersebut. 


Naskhah Jiwa 8 Belas mengangkat tema darah panas di mana kebanyakan watak yang terlibat dalam filem tersebut merupakan pelakon muda di dalam industri. Kalau ikutkan filem Jiwa 8 Belas adalah filem debut kepada Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, Kanda Khairul, Faha Azhar, Ikhram Juhari dan Akim Nordin namun tayangan agak lambat ekoran kerana pandemik Covid-19. 

Bila ramai pelakon baru, bab lakonan mungkin akan jadi kekangan utama namun semua barisan pelakon menggalas tanggungjawab dengan baik. Ada ruang untuk diperbaiki tapi tak ada masalah untuk ditonton. Mungkin juga sebab naskhah aksi yang tak berapa fokus pada mutu lakonan yang tinggi seperti genre-genre lain. 


Sebagai pelakon utama, Shah Hazvee ada potensi untuk naik sama tinggi dengan pelakon-pelakon muda sekarang. Dia pandai kawal lakonan dan tona suara sesuai dengan babak yang dilakonkan. Sama juga dengan Akim Nordin sebagai Kucai, pembantu Mat Kitam. 

Pelbagai isu sosial yang dimasukkan dalam naskhah Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd di mana menjadi maslahah utama anak-anak muda seperti hubungan sosial tanpa batas, penggunaan dadah dan rokok, urusniaga haram supaya cepat kaya dan banyak lagi namun kesemua terlihat sarat kerana olahan sutradara dan editing yang kurang menarik. 


Sesetengah babak juga tak dijelaskan dengan baik sama ada mengenai latar masa, latar tempat mahupun pertalian antara watak sehinggakan sukar untuk merasa simpati dengan watak-watak utama sedangkan watak Isyq mempunyai faktor yang kuat untuk mengukuhkan penceritaan. 

Pada separuh masa kedua juga watak Isyq tenggelam oleh watak Kanda (Kanda Khairul). Tak sepatutnya berlaku lah kerana watak Isyq mempunyai dendam dan amarah yang lebih tinggi. Tersia lah perasaan tu walhal boleh jadi klimaks yang menarik. 


Sinematografi juga antara kelemahan pada cerita bila pengarah terlalu tumpukan pada babak kereta terbakar sedangkan khidmat CGI tak disunting dengan cantik. Sepatutnya pengarah sorok kelemahan tersebut dengan bunyi letupan dan fokus pada Isyq dan Fatien yang sedang berlari untuk selamatkan diri. 

Jiwa 8 Belas mungkin lebih menarik jika lebih banyak babak aksi daripada crammed di separuh masa kedua. 

Movie Review | MALBATT: Misi Bakara (2023)

Saturday 30 December 2023


Pengarah: Adrian Teh
Penulis Skrip: Adrian Teh, Ashraf Modee Zain 
Pelakon: Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Gambit Saifullah, Dini Schatzmann, Theeban G, Safwan Nazri, Ikhram Juhari 
Syarikat Produksi:  Berjaya Pictures, ACT 2 Pictures, Fast Bikes, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw
Pengedar: GSC Movies (Malaysia), Clover Films (Singapura), Golden Village Pictures (Singapura)
Genre: Aksi / Drama / Thriller
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023 (Malaysia & Singapura)
Trailer:


Filem MALBATT: Misi Bakara adalah filem yang dinanti-nantikan sejak pengumuman rasmi dibuat oleh Adrian Teh kerana filem yang berlatarkan perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Kalau sebelum ni filem Hollywood dibikin untuk menceritakan operasi Black Hawk Down lantas mengangkat keberanian tentera Amerika, MALBATT pula diterbitkan dengan harapan menceritakan kehebatan anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja yang banyak membantu dalam misi tersebut. 

"Filem ini mustahak untuk betulkan fakta. Black Hawk Down tunjukkan Amerika Syarikat sebagai hero tetapi kita tahu askar Malaysia adalah hero sebenar.” – Adrian Teh

Filem bermula dengan pasukan Malaysian Peacekeeping Battalion (MALBATT) berjaya menyelamatkan beberapa jurnalis CNN dan juga tebusan lain yang ditangkap oleh Hassan dan konconya. Operasi tersebut diketuai oleh Leftenan Dahari (Zahiril Adzim) dari Tim Tempur Kompeni Bravo. 


Baru sahaja berehat dari operasi tersebut, Tim Bravo ditugaskan untuk menyertai operasi menyelamat beberapa orang tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, bersama tentera Pakistan dan juga Amerika. Mereka perlu membawa pulang kesemua tentera yang terperangkap sama ada hidup atau mati. Kolonel Rahman (Adlin Aman Ramlie) hantar Tim Bravo kerana tanggapan awalnya cuma operasi menyelamat biasa. 

Setelah sampai di markas untuk bertemu dua pasukan tentera dari Pakistan dan Amerika, batallion RAMD terkilan kerana hanya sebahagian dari mereka akan sertai misi tersebut kerana tentera Amerika perlukan APC (Armoured Personnel Carriers) dari tentera Malaysia. Mejar Osman (Fauzi Nawawi) cuba berbincang dengan Kolonel Rahman supaya benarkan kesemua Tim Bravo turut serta kerana mereka lebih cekap berbanding tentera Amerika. Malangnya Kolonel Rahman bertegas supaya bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh UNOSOM (United Nations Operation in Somalia). 

Pace filem Malbatt bergerak laju dengan kebanyakan babak menceritakan keadaan semasa di Pasar Bakara di mana ketegangan berlaku antara pihak tentera dan juga militan Somalia yang mengepung dari setiap sudut. Seram bila tengok keadaan tu sebab tak pasti semua senjata yang dibekalkan tu cukup atau tidak sepanjang misi. Belum masuk part tentera Pakistan lari dari misi sebab takut. Dalam APC tu sendiri tegang dengan perbalahan tentang strategi antara tentera Malaysia dengan tentera Amerika. 

Babak aksi pula lebih banyak pada penggunaan senjata dan juga Condor APC jadi tak lah rasa seronok sangat untuk elemen ni sebab aksi yang berulang. Since filem ni diambil dari situasi sebenar jadi tak banyak lah boleh komen untuk elemen ni. 

To be honest filem MALBATT: Misi Bakara terasa kurang padu penulisannya berbanding dua karya sutradara Adrian Teh sebelum ni – PASKAL (2018) dan WIRA (2019). Mungkin kerana sentuhan penulisnya sebab dua filem tersebut pandai tackle emosi dan penceritaan yang lebih detail. Sayang lah untuk filem yang lebih besar dan lebih mendalam sentimental valuenya, penulis Anwari Ashraf digantikan dengan penulis lain. 


Kekurangan filem MALBATT: Misi Bakara bila kita tak jelas apa sebenarnya yang berlaku di Somalia. Perang saudara yang tercetus kerana apa. Kenapa Malaysia terlibat dalam perang saudara tersebut, kenapa watak Lans Koperal Ramlee (Shaheizy Sam) dan Lans Koperal Pok Nik (Nafiez Zaidi) perlu bertahan hingga matahari terbit dalam operasi Black Hawk Down. Betul, kita boleh Google lepas tengok filem tapi filem MALBATT guna konsep edutainment jadi perlu sangat untuk penonton jelas dengan situasi perang ni. 

Babak antara RAMD dan keluarga masing-masing pun tak diberikan ruang sedangkan elemen drama yang paling kuat datang dari situ. Macam PASKAL yang masukkan beberapa watak keluarga dan babak pengorbanan. Cliché tapi perlu kalau itu ramuannya sebab penonton dekat Malaysia ni lebih cenderung ke arah drama. 


Tak sempat untuk kenal kesemua watak pun antara punca tak ada connection dengan filem MALBATT sebab terlampau ramai. Patutnya kena ada lah beberapa watak yang ada personaliti dengan karakter yang kuat sebab Adrian ada barisan pelakon yang berbakat. Dia sedia maklum yang Bront, Zahiril, Iedil, Tony Eusoff ataupun Fauzi Nawawi boleh carry meaty and substantial role. 

Annoyed dengan babak Ramlee dan Zulkifli (Dafi Ismail Sabri) flirt dengan Sofia (Julia Melek), wartawan CNN sebab tak kelakar dan tak ada input penting pun. I faham Adrian nak masukkan budaya Malaysia dalam babak sepak takraw tu tapi macam tak perlu sebab babak tu lebih kepada nak show off badan ketak pelakon. It just so awkward to watch. Babak Abadelle (Musa Aden) tak nak berganjak tu pun nampak terpaksa dan draggy. Dialog Ramlee tak strong sangat walaupun lakonan Sam cemerlang. 

Dalam babak konflik antara tentera Malaysia dengan tentera Amerika, beberapa kali juga lah beberapa watak maki dalam Bahasa Melayu. Macam tak perlu pun dialog macam tu, kalau betul marah, maki je lah depan-depan sebab geram sangat. Ada juga babak tentera Malaysia explain in English tiba-tiba bertukar Bahasa Melayu. Masa berkomunikasi memang kena guna ganti dan habis ke? Filem ni kan ada elemen fiksyen, tak boleh ke kekalkan guna 'over'? Rasa terganggu jugak lah bila tengok. 

Kelemahan visual paling ketara bila penggunaan CGI tak mengukuhkan screenplay dalam babak-babak yang memerlukan khidmat tersebut. Mungkin babak dekat kem UN tu tak boleh nak dielakkan lah tapi untuk babak APC perlu dimusnahkan tu tak perlu lah masukkan. Better letak gambar sebenar APC yang dihapuskan di bahagian credit scene. Title track pun tak menarik apatah lagi music score yang dimasukkan hanya sekadar ada. 


Tentang lakonan, kesemua pelakon yang dimasukkan deliver watak masing-masing dengan cemerlang kecuali Dafi dan Safwan Nazri, mungkin sebab baru. Faham lah kenapa Dafi dapat screentime yang lebih banyak but it’s better to watch Dini as Zulkifli. Kesemua pelakon kena prep role dan training di Kem Segenting, Port Dickson jadi tak hairan lah kalau kebanyakan watak tampak hidup. Goosebump masa tengok babak Kolonel Rahman bertegang urat dengan Mejar Osman.  

Body language juga strong macam watak Sarjan Mukhriz, sniper MALBATT yang lebih tenang dalam apa-apa situasi. Sayangnya screentime Gambit tak banyak dalam filem ni. Hopefully Adrian consider Gambit sebagai watak utama dalam mana-mana filem aksi dia akan datang. I mean, he got so much potential. 

Pembikinan filem MALBATT mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari pihak Tentera Darat Malaysia jadi kebanyakan props yang dimasukkan dan juga kostum yang digunakan tak jauh beza dari yang asal. 

Mungkin tak ramai yang setuju dengan review ni tapi I pun tak boleh nak sorok kekecewaan tu. Anyway, thanks to production team whom direct or indirectly involved in MALBATT: Misi Bakara. Semoga MALBATT menjadi salah satu filem patriotik dan naskhah yang mengangkat pengorbanan dan keberanian tentera Malaysia di medan perang. 

I do enjoy watching MALBATT regardless sebab arwah abah dulu berkhidmat di Somalia tahun 1994. A year later but still the situation very much the same. Ada kawan dia yang cedera sebab kena serang even he himself survived from gunshots. 




1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.5/10

Movie Review | ZAARA (2023)

Monday 18 December 2023


Pengarah: Roy 
Penulis Skrip: Epy Kodiang
Pelakon:  AC Mizal, Kamal Adli, Atikah Suhaimie, Rykarl Iskandar, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Wang Gegau, Ain Awok, Azlee Senario, Adam Shahz, Aril RL
Syarikat Produksi: JROI Global Film Sdn Bhd, Redfiress Film Production 
Pengedar: TGV Movies, Netflix
Genre:Seram / Thriller 
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2022 
Trailer:


Filem Zaara bermula dengan kisah Aaraz (Rykarl Iskandar) yang suka bersolek walaupun dilahirkan sebagai lelaki. Ibu dan bapanya tak pernah melarang malah mengajar Aaraz untuk hasilkan produk kecantikan menggunakan bahan semula jadi. Malang untuk Aaraz bila ditinggalkan sebatang kara setelah kematian kedua orang tuanya ketika mencari daun gelenggang di sungai. 

Kisah beralih kepada watak Remy (Kamal Adli) yang penakut hinggakan tidur bersama ibu (Kak Nurin) dan ayahnya (Azlee Senario) walaupun usia dah menginjak ke peringkat 30-an. Kerana masalahnya, Remy tak pernah keluar dari rumah pada waktu malam ataupun menonton filem seram. 

Sehinggalah suatu hari Remy berjumpa dengan Maya (Atikah Suhaimi) sepupu kawan baiknya, Budi (Syaiful Zero). Remy jatuh cinta pandang pertama lantas setuju untuk hadir ke parti Maya. Ketika dalam perjalanan pulang, Remy terbabas ke dalam tasik dan terjumpa seutas kalung bertatahkan batu nilam. 

Sejak kejadian tersebut, Remy dan keluarganya mengalami kejadian aneh dan menyeramkan. Dalam masa yang sama, beberapa kejadian pembunuhan berlaku dan Remy mempunyai ingatan bagaimana mangsa-mangsa tersebut dibunuh. Keluarganya mencari bomoh selepas Remy dirasuk lantas menyingkap rahsia sebenar kenapa roh tersebut merasuk Remy. 

Filem Zaara mempunyai idea yang menarik di mana roh yang tak tenteram merasuk manusia untuk bantu dia lunaskan dendam. Sayangnya execution merupakan kekangan utama untuk Zaara menjadi naskhah seram thriller. Tengok pada gaya cerita, lebih elok kalau pengarah klasifikasikan Zaara sebagai naskhah seram komedi. 

Babak pembunuhan tak banyak pun, itupun nampak kelakar sebab pelakon sampingan yang tak pandai berlakon. Tak pasti lah casting director pilih pelakon berdasarkan apa sebab yang banyak bantu filem Zaara supaya bearable untuk ditonton ialah dua orang pelakon utama – Kamal Adli dan Dato’ AC Mizal. Nak harapkan pelakon sampingan yang lain, semuanya tak mampu deliver dengan baik. Bingit is the exact word to define their performance. 

Tak pasti lah filem Zaara ni menggunakan latar masa bila sebab konflik muncul gara-gara Pablo (Azlan Komeng) nak cepat kaya dengan mencuri produk kepunyaan Zaara. Mungkin zaman 2012 macam tu, zaman local product baru nak naik. Kelakarnya Zaara tu jual krim muka je, kalau Pablo tu beli produk timbang kilo pun dah boleh kaya sebab local founder dekat Malaysia pun kebanyakannya guna timbang kiloi ataupun rebrand dari kilang. Apa yang dia beria nak kacau Zaara sampai nak libatkan diri dalam masalah jenayah pun tak faham. 

Skrip filem Zaara ni antara skrip dangkal dan pemalas dari penulis sebab suka wujudkan masalah yang tak perlu. Kalau dah tahu tak mampu, buat cara tak mampu. Kenapa adik Zaara beria nak belajar dekat UK padahal tak ada duit? Kalau tak ada duit pun, apply lah biasiswa. Tapi bak kata Zaara, adik dia tu bodoh. 

Olahan filem Zaara pun kurang menarik sebab dari awal lagi kita dah tahu siapa Zaara yang mengganggu Remy. Patutnya kisah Aaraz tu letak masa roh tu bercerita. Mungkin nak build up suspense atau timbulkan persoalan tentang watak Aaraz yang wujud di awal cerita. Tak faham kenapa tagline 'Bukan Nama Ku' digunakan untuk filem ni sedangkan terbalik atau tidak, kedua-duanya nama yang dia guna sepanjang dia muncul. 

Dialog juga antara kelemahan besar dalam Zaara, banyak perbualan yang merepek dan canggung antara pelakon. Visual filem Zaara sama seperti dalam trailer, menyedihkan. Kalau yang suka layan filem Tamil mungkin suka la kot dengan hasil sutradara Roy ni. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 3.3/10

Movie Review | Sumpahan Jerunei (2023)

Monday 11 December 2023


Pengarah:  Jason Chong
Penulis Skrip: Jason Chong, Sky Khor, Sofia J. Rhyland, Wendy Wong
Pelakon: Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff
Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah 
Syarikat Produksi: Produksi Seni 2020
Pengedar: GSC Movies, Primeworks Studios, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023
Trailer:


Filem Sumpahan Jerunei diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13 dalam masyarakat kaum Melanau di Sarawak. Kisah bermula dengan ekspedisi yang disertai oleh Dr. Suraya (Sabrina Hassan) untuk menggali lebih banyak tentang Jerunei dihentikan serta-merta. Dr. Suraya merupakan isteri kepada Dr. Sani (Bront Palarae), pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching dan juga penulis buku. 

Kehilangan Dr. Suraya dan rakan-rakannya membuatkan Dr. Sani turut serta penyelidikan Bee (Uqasha Senrose) dan Hana (Daiyan Trisha) di Mukah. Penyelidikan tersebut disertai juga oleh Arjuna (Syafie Naswip) dan Youtuber Tommy (Amerul Affendi). Sebelum masuk ke dalam hutan, mereka berlima berkumpul dahulu di rumah Madui (Tony Eusoff). Semasa di sana, Madui beritahu supaya elakkaan dari berjumpa Nula (Ruminah Sidek) kerana wanita tua tersebut merupakan anak dukun yang jahat. Bee pula diganggu oleh roh remaja perempuan bernama Matalau (Yuyun Hikmah). 


Mereka berlima dihantar ke rumah panjang usang yang terletak berdekatan dengan Jerunei. Tak lama pun di sana, mereka sudah diganggu dengan pelbagai jenis gangguan. Paling teruk sekali Bee dan Hana yang terjaga di dalam hutan. Kerana takut dengan gangguan tersebut, Hana ambil keputusan untuk pulang tapi dia tak berjaya keluar dari kawasan tersebut. 

Bee sudah berpesan supaya tidak menyentuh tiang Jerunei namun Arjuna mengendahkan nasihat tersebut. Kerana dia, habis semua orang dalam ekspedisi tersebut menjadi mangsa dan terima nasib yang sama dengan ekspedisi Dr. Suraya. 


Produser filem Sumpahan Jerunei, Datin Dr Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo mengambil langkah untuk menceritakan tentang adat dan budaya masyarakat Melanau untuk menceritakan sejarah Bumi Kenyalang yang kian lapuk dilupakan masyarakat generasi kini. 

Jerunei merupakan tempat bersemadi golongan raja, bangsawan, pemimpin tinggi juga saudagar-saudagar yang bersifat dermawan pada masa dulu. Jerunei diperbuat daripada kayu belian bersaiz besar supaya tahan lebih lama dengan suhu iklim Malaysia. Bahagian tiangnya setinggi 12 meter hingga 15 meter, terdapat dua atau tiga lubang untuk menempatkan mayat dan barang bernilai milik si mati. Bahagian luar tiang Jerunei dihiasi dengan ukiran bermotifkan binatang harimau, naga, ular  dan sebagainya sebagai simbol status si pemilik. 


Kejamnya pembinaan Jerunei ni bila lubang sedalam 2 meter akan digali dan seorang hamba akan dihumban ke dalam lubang tersebut lantas ditanam hidup-hidup sebelum tiang Jerunei dipacakkan. Gadis yatim piatu dari golongan hamba juga akan diikat dan digantung di tengah Jerunei, dibiarkan mati kebuluran. Jadi tak hairan lah kenapa roh yang menghuni Jerunei mempunyai dendam yang dashat. 

Filem Sumpahan Jerunei meraih 5 anugerah di Florence Film Awards iaitu Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo). Tak dinafikan filem Sumpahan Jerunei mempunyai input yang unik dan tak pernah diceritakan sebelum ini walaupun jalan cerita menggunakan template klise dan boleh dijangka. 


Sinematografi Sumpahan Jerunei juga menggunakan khidmat CGI dan menjadi salah satu punca filem ini dikritik hebat tapi kalau diikutkan tak lah mengganggu penceritaan sangat. Suasana filem Sumpahan Jerunei juga menyeramkan terutamanya di kawasan rumah panjang kerana keadaannya yang usang dan terletak di dalam hutan. 

Nak kata visual adalah faktor kelemahan Sumpahan Jerunei tu tak juga sebab beberapa plot tak dikembangkan dengan baik. Kenapa Bee dan Hana mengajak Youtuber untuk turut serta pun tak pasti. Lakonan Amerul Affendi sebagai Youtuber Tommy pun menyakitkan hati juga, tak perlu ada pun tak apa sebab screentime tu boleh bagi dekat Dr. Sani. Watak Hana juga patutnya perlu diberikan kepada pelakon yang lebih berbakat. 


Walaupun filem Sumpahan Jerunei ada kelemahan tapi not bad lah untuk ditonton secara santai. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.5/10

Movie Review | Tebus (2023)

Saturday 14 October 2023


Pengarah: Jason Chong
Penulis Skrip: Jason Chong, Sky Khor 
Pelakon: Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin, Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir, Samarinna Tolhip, Marisa Yasmin, Jeremiah Rukong
Syarikat Produksi: Vian Media 
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan:  31 Ogos 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan dan penulisan dari Jason Chong berjudul Tebus memaparkan kisah pengawal keselamatan, Johan (Aedy Ashraf) yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine Ahirudin) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan Aedan).

Doktor minta Johan untuk bawa Jalil pulang kerana adiknya cuma ada masa 2 minggu sahaja lagi untuk hidup. Akibat terdesak, Johan terpaksa peras ugut duit dari majikannya yang kaya. Jantung yang sepatutnya diberikan kepada Jalil ‘dicuri’ oleh anak orang kaya juga jadi dia tekad dengan keputusan tersebut. 


Perancangan Johan terjejas apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan Rani) tidak mahu membayar malah melibatkan pihak polis sehingga Johan menjadi buruan. Ana buat tawaran supaya Johan bantu dia lari dari cengkaman Bakar kerana dia syak bapa tirinya ada agenda lain. Tambahan pula hari jadinya akan menjelang tak lama lagi dan Ana bakal dilantik sebagai CEO baru untuk Suci Jewelry. Daripada hidup uzur seperti ibunya, Mariam (Marisa Yasmin), lebih baik Ana bekerjasama dengan Johan. 

Jalan cerita Tebus tak lah heavy sangat sebab bersifat straight forward sejak awal lagi. Ada kejutan di awal dan hujung cerita tapi dah boleh agak sebab tipikal sangat. Dari awal lagi dah nampak identiti sebenar Bakar yang tamak dengan kuasa dan kekayaan setelah berkahwin dengan Mariam yang kematian suami. Bakar dibantu oleh Mat Noor (Jay Iswazir) untuk menguruskan semua hal baik di rumah, pejabat mahupun di perjumpaan-perjumpaan rahsia bersama shareholders Suci Jewelry. 


Tebus adalah filem kedua Ahirine selepas Remp-It 2 (2022), jadi tak ada expectation tinggi pun untuk dia bawakan watak Ana cuma sayang lah pengarah tak pandai kawal subjek dia. Tak ada masalah pun kalau Jason tak terlampau fokus dengan watak Ana dan biarkan Bakar dengan Johan tapau screentime banyak dalam Tebus. 

Mungkin sebab utama Jason pilih Ahirine untuk babak aksi tapi filem ni terlampau banyak bercakap sampaikan filem terasa mendatar walhal dah build up cantik dekat babak-babak awal. Kalau Ahirine dapat banyak screentime untuk babak aksi boleh terima lah. It gets too much sometimes bila watak Ana perlu bercakap sedangkan situasi tu tak perlukan pun macam Johan perkenalkan Ana pada Jalil lepastu minta respond Ana lepas Johan bagitahu plan untuk distract. 


Chemistry dan dinamik Ahirine dengan Aedy pun tak berapa nak menjadi sedangkan banyak momen Johan dengan Ana. Dari target penculikan sampai deep talk tentang keluarga dan impian masing-masing tapi susah nak feel the moment tu. Lagi seronok tengok Johan dengan Jalil, nampak natural lah momen adik-abang yang Aedy dengan Idan tonjolkan walaupun ruang tu tak banyak. 

Untuk babak aksi, not bad lah semua stunt choreography yang dimasukkan walaupun ada masanya nampak ambil giliran untuk deliver stunt tu. Tapi untuk elemen komedi dan drama, kedua-duanya tak sampai melainkan babak Azhan Rani. 

‘Kalau kau lembu, kau buat susu. Kalau kau ayam, kau buat telur. Kalau kau bangang, kau buat bodoh je. Lembu, dia tak buat telur. Ayam, dia tak buat susu. Yang bangang, jangan buat pandai.’ – Bakar


 Latar tempat untuk filem Tebus ni di Sarawak, pengarah bukan saja guna beberapa landmark dan budaya masyarakat setempat yang menonjolkan identiti negeri tu malah masukkan juga beberapa pelakon extra dengan dialek pekat Sarawak. Tapi jadi mengelirukan lah sebab barisan pelakon utama dan sampingan tak ada pun orang Sarawak. 

Jason Chong kata nak bawa filem Tebus ni pergi ke festival filem tapi personally I rasa banyak kelemahan untuk naskhah aksi drama ni. Masalah tu tak terletak pada jalan cerita dan genre tapi pada alur penceritaan dan editing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Movie Review | Pagari Bulan (2023)

Thursday 28 September 2023


Pengarah: Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin
Penulis Skrip: Ellyna Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Michael Ang, Andy Teh, Wan Azli Wan Jusoh, Alvin Wong, Chelsia Ng, Putri Irin
Syarikat Produksi:  Eleven Field Creative Sdn Bhd
Pengedar: Metrowealth
Genre: Sejarah / Drama
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2023 
Trailer:


Naskhah sejarah drama berjudul Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin berlatarkan zaman penjajahan askar Jepun bermula tahun 1941 hingga 1945. Penjajahan bermula di negeri Kelantan yang kononnya ingin membawa perubahan kepada negara-negara Asia namun sebaliknya yang berlaku apabila ramai rakyat tempatan dibunuh sekiranya melawan atau dipaksa menjadi buruh manakala para gadis juga wanita didera kemudian dijadikan comfort women untuk para tentera Jepun. 

Nasib yang sama menimpa Bulan (Nazeera Sardi) dan adiknya, Kasih (Putri Irin) apabila ditangkap oleh askar Jepun. Sementara Bulan tegar melawan kemahuan askar Jepun, rakan baiknya Sui Li (Trisha Ooi) memilih untuk memberi layanan terbaik kepada Kuzawa (Alvin Wong). Alasannya mudah, untuk selamatkan ayahnya, Ah Leong (Michael Ang) dari menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun. Tak semua ada kekuatan untuk bertahan di situ. Ada yang trauma lantas dibunuh, ada juga yang jatuh sakit kemudian dihumban ke dalam kawah tanpa belas.


Di rumah kepunyaan ibu ayam, Momo (Chelsia Ng) lah Bulan bertemu dengan Leftenan Miura (Aniq Durar) yang berbeza dengan askar Jepun yang lain. Dari persahabatan bertukar menjadi sayang sehinggalah Kuzawa dan Azu (Andy) dapat hidu perbuatan Miura yang banyak membantu penduduk di situ. 

Idea filem Pagari Bulan yang mengetengahkan tentang comfort women pada zaman pemerintahan Jepun yang meragut banyak nyawa wanita Tanah Melayu pada zaman tersebut merupakan idea segar dari penulis Ellyna Ahmad dan pengarah, Ts Raja Mukhriz. Bukan saja idea ini unik malah latar tempat dan penggunaan loghat Kelantan sepenuhnya juga merupakan keunikan filem Pagari Bulan terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd.


Boleh nampak lah kesemua pelakon perlu belajar dialek Kelantan sampai fasih sebab pelakon utama, Nazeera Sardi, merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan tapi bila lakonkan watak Bulan nampak tak kekok langsung. Walaupun Michael Ang struggle nak berbual dalam dialek Kelantan tapi pengarah pandai sorok kelemahan tu dengan biarkan dia berbahasa Cina bersama Sui Li atau kurangkan dialog dia dan lebih kepada body gesture. Aniq Durar, Andy, Alvin Wong dan Chelsia pula nampak meyakinkan sebagai orang Jepun melalui lenggok percakapan mereka. 

Sinematografi Pagari Bulan antara kekuatan filem sejarah yang mengangkat semangat patriotism di mana aksi silat yang dipaparkan melalui watak Pak Mail (Wan Azli Wan Jusoh) dan Jali (Azlan Komeng) ketika berlawan dengan tentera Jepun. Aksi pertarungan Bulan dan Sui Li antara favorite scenes dalam Pagari Bulan. Cuma tak berapa gemar bila babak yang guna close-up shot. Pace filem Pagari Bulan ni perlahan sebab genre drama jadi bila close-up shot terlampau banyak, rasa jenuh nak tengok. 


Filem Pagari Bulan ni ada potential untuk jadi filem sejarah yang lebih menarik sebab ada banyak lagi plot yang boleh dikembangkan macam bibit percintaan antara Bulan dan Leftenan Miura. Chemistry antara Nazeera dengan Aniq mencuri tumpuan setiap kali babak mereka muncul walaupun cuma berbual tentang maksud nama Bulan. Menarik juga untuk kita tahu macam mana prinsip yang dipegang oleh Leftenan Miura didukung juga oleh beberapa askar yang lain. Mustahil kalau dia yang lakukan semuanya seorang diri. 

Sama juga dengan Momo yang sentiasa menjaga gadis tawanan yang bekerja dengan dia. Banyak kali juga dia selamatkan Bulan dan Kasih melalui cara dia sendiri supaya tak diganggu oleh Kuzawa, Azu atau askar Jepun yang lain. Rasanya lebih bertambah menarik kalau pengarah masukkan backstory Momo supaya boleh connect dengan lebih dalam lagi dengan watak dia. Nampak dendam dia dekat Azu dekat hujung cerita. 


Penggunaan hujan dalam filem Pagari Bulan agak mengganggu juga sebab kesemua watak basah lencun sampai ada babak di mana mulut Aniq jadi biru. Mungkin hujan tu sebagai simbolik Tanah Melayu bersedih dengan penindasan askar Jepun tapi kenapa tak ada seorang pun yang guna payung ataupun daun pisang untuk elakkan dari basah kuyup? 

Apa pun, filem Pagari Bulan masih lagi naskhah yang seronok untuk ditonton melalui mesej yang dibawakan dan juga perjalanan kisah hidup Bulan yang tak pernah lelah melawan penindasan sehingga ke hujung nyawa dia. Bukan saja penindasan dari askar Jepun malah penindasan yang terhasil dari stigma sosial.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10