Jamuan Makan Kecil Sempena Birthday Managing Partner

Saturday 14 May 2022

Semalam birthday Managing Partner tapi memandangkan ramai yang tak ada sebab cuti dan ada meeting dekat luar jadi kitorang plan untuk hadiahkan pulut kuning je. En. Hisham pun sibuk dengan meeting so ingat nak pass hadiah dengan makanan dekat bawah je tapi tak sangka pulak dia naik atas lepastu ajak makan sekali. 


Dah tak memasal jadi jamuan terkejut. Panik lah kejap sebab banyak restoran tak bukak sangat sebab tengah raya kan. Nasib baik lah ada mamak dekat bawah tu boleh order mee goreng 5 pax dengan air nescafe ais. Timing pun macam just nice untuk hi-tea so orang tak makan banyak sangat. Pulut kuning pun cukup je untuk 10 orang makan. Lepastu Kak Nora tambah pulak sandwich 7E dua pinggan. Terus nampak macam banyak makanan atas meja. 


Mee goreng tu dah letak 2 pinggan besar pun ada lagi 3 pax tak bukak. Lepas ni boleh lah order lagi dekat mamak sebab mee goreng dia sedap walaupun nampak kosong je. Makan panas-panas sedap sangat. Sebelum jamuan semalam, HQ dengan RRM Penang hantar fruit box dengan fruit tower. 



Cantik tengok fruit tower dari Rara Surprise Delivery ni sebab kreatif. Pandai dia cari buah yang sama warna supaya nampak cantik terletak tapi tak boleh biar lama lah dekat luar sebab buah dia cepat layu. Buah paling sedap, buah hiasan dekat kek pulut kuning Zarina Zainuddin tu. No wonder lah ramai suka makan sebab memang sedap. Buah dia guna pun crunchy, buah strawberry pun sedap. Berbaloi lah bayar mahal sikit. Rendang dia lah kedekut kuah pastu ayam tak masak sangat haha


Sambil buat jamuan tu sambil buat internal meeting sembang pasal progress case. Lawyer dengan chambees je lah khusyuk discuss. Kitorang staff khusyuk makan dari awal sampai habis. 

Anyway, selamat hari lahir En. Hisham. Semoga diberi kesihatan dan sentiasa aktif selesaikan masalah RRM dan masalah anak guam yang sentiasa datang tak kira siang, malam mahupun weekend. May Allah bless you :)

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.