Last Day Lunch, Original Kayu CITTA Mall

Friday, 31 December 2021


Dah macam annual event pulak bila last day tahun tu pergi lunch dekat luar. Tahun lepas kitorang lunch dekat Deli Wau Citta Mall. Tahun ni pergi ke Original Kayu Penang Nasi Kandar pulak sebab Kak Nora teringin sangat nak tengok robot hantar makanan tu. Yang tak syoknya tahun ni kitorang bertiga je sebab Ain ambil cuti untuk pindah rumah. 

Dari luar dah panjang beratur depan kaunter lauk untuk nasi kandar tu tapi tak lah penat nak menunggu pun sebab bhaiya tu buat kerja laju. Dekat sini ada pilihan nasi putih, nasi minyak (ghee) ataupun nasi beriani. Kalau ambik nasi beriani, confirm petang tu sedap tidur dekat surau, eh!


Sebab hujung tahun kan, kita makan berlagak kaya sikit la sebab ambik sotong celup tepung. Sebenarnya nak ambik udang tapi tak ada pulekkkkk. Dah bosan makan kari kambing sebab dah selalu sangat makan dekat Restoran Arafah belakang rumah. Kari dia sedap weiii. 


Done nasi kandar separuh, bendi goreng, telur dadar dengan sotong celup tepung. Harga semua ni RM22. Ms Fisah pulak nasi kandar dengan kari kambing. Kak Nora nak makan maggi goreng ayam. Kak Nora kalau pergi mamak ni memang menu wajib order. Nasib baik Kapitan depan office tu dah tukar tukang masak. 

Mamak : Order order mau minum apa? 
Ms Fisah : Teh tarik kurang masin satu


Ni lah rupa teh tarik kurang masin tu hshshs

Punya la excited nak makan sampai tersasul buat order haaaa. Dah settle order air memasing excited pegang phone sebab nak record ketibaan robot. 


'Nora, robot datang nanti jangan tunggu dia letak atas meja pulak. Robot tu tak ada tangan tau. Dia hantar je tapi you kena ambik sendiri makanan tu. My parents masa datang sini dok excited tengok sampai tak perasan robot tu dah nak blah.' - Ms Fisah


'Bestnya hajat Kak Nora nak jumpa robot ni dah tertunai.' 

Kak Nora kata robot ni ada lagu Hindustan tapi tak tahu lah ye ke tidak sebab dekat restoran Kayu tu pun dah kuat dengan lagu Hindustan. Masa Kayu baru bukak dulu robot ni ada satu unit je tapi sekarang dah beranak sampai 3 dah. Mungkin tarikan utama Kayu ni robot comel tu lah kot sebab tu diorang tambah. 

Berbaloi jugak lah sebab tarik customer macam Kak Nora yang happy dapat jumpa robot ni. Kak Nora kata Kayu kena buat robot yang boleh terima payment atau order terus. Tapi kalau teknologi macam tu confirm lah mahal harganya. 


Macam biasa lah gagal ambik gambar bersama padahal boleh mintak tolong waiter tu masa dia ambik order. Banyak lah kitorang sembang masa lunch ni nak pulak dapat makan makanan sedap, memang berat masing-masing nak bangun balik office. Mentang-mentang boss pergi bercuti pakat jadi baloq nak buat kerja haha

First Time Buat Gift Exchange!

Thursday, 30 December 2021

Biasanya hujung tahun ni ramai yang buat exchange gift atau manito game kan? Selama bekerja dekat Ram Reza & Muhammad ni, first time lah ada aktiviti macam ni. Tujuan buat ni sebab semua orang dah dapat duit bonus lepastu hujung tahun kan ada Year End Sale, mudah lah nak berbelanja kan sebab barang yang mahal selama ni dah turun harga. 

Tahun 2021 ni agak memenatkan juga untuk kitorang semua sebab di kala semua orang boleh work from home dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, kitorang kena masuk office dan jumpa banyak pihak. So untuk menghargai usaha keras semua orang, buat la aktiviti macam ni untuk eratkan lagi bonding dekat office. 
 

Sebelum nak buat ni pun kena minta persetujuan dari semua termasuklah runner sekali sebab dia baru bekerja so takut pula kalau aktiviti ni membebankan dia. Bila semua setuju nak join baru lah decide tarikh dan masa nak buat. Harga maksimum yang ditetapkan RM100 untuk setiap hadiah. Memandangkan branch Oasis ada managing partner, jadi kitorang collect duit untuk bagi hadiah jugak untuk dia. Dalam paper bag Hip Hip Horay tu hadiahnya lah. Cuba teka kitorang bagi apa?!! :P


Ni semua hadiah yang dikumpulkan untuk aktiviti Exchange Gift ni. Jangan terpedaya dengan paper bag letops memasing sebab isi dekat dalam tu tak sama pun dengan luaran. Terutamanya hadiah yang dekat bawah ni. Paling tak boleh blah seal dengan paper clipper. 


I excited nak join aktiviti ni sebab boleh pergi shopping haha sebab ada plan yang kena cancel so cuti I terasa amatlah bosan selama 4 hari tak buat apa dekat rumah. Bila ada peluang pergi shopping mesti lah happy. Shopping dekat OU pulak tu dengan decoration Krismas meriah sana sini. Jenuh jugak lah nak cari hadiah apa sebab penerima hadiah I orang lelaki. Kalau perempuan sekejap je dah dapat idea nak beli apa. 

Siap Google lagi nak beli hadiah apa untuk lelaki since penerima ni kira dah cukup lengkap serba-serbi barang dia. Nak beli barang yang berkaitan dengan fitness rasanya semua dia dah ada. Nak beli kasut pulak tak tahu saiz. Nak beli pen, lebih dari maximum price. Sudahnya beli baju kemeja dengan tie sebab kebetulan kemeja dekat Parkson cantik design dia. 


Memandangkan buat aktiviti ni jam 4 petang jadi kitorang order lah Krispy Kreme, sandwich Garsa dengan Dimsum Dollu untuk santapan semua. Nampak macam sikit tapi semua ni pun dah buat perut kenyang teruk sampai esok paginya. 

Paling happy bila tengok donut Krispy Kreme tu ada corak Krismas, cantik betul gabungan warna krim merah dengan hijau siap ada sparkle warna emas sebagai topping. Even krim meriah macam tu pun tak manis teruk sangat macam donut yang dip dalam coklat. Donut pulak gebu, memang in love sangat. Rasa macam nak order lagi je nanti. 


Aktiviti exchange ni start dengan ucapan, bacaan doa, sesi penyampaian hadiah, makan then unboxing. Formal bukan? :') Sebab aktiviti ni ada managing partner, bukannya boleh berhuha sangat. Tapi masa unboxing tu meriah lah sebab managing partner on call dengan client. 

Meriah sebab dapat hadiah satu hal, ada yang kena prank satu hal jugak. Penerima hadiah I masa tu Danial tapi dia tak datang pulakkkk. Tapi tapi tapi Ms Fisah buat video call supaya dia boleh join sekali unboxing hadiah dia. 

I pulak dapat hadiah perfume Elianto dari Abang Daus tapi sesi unboxing I kejap je lah sebab box dia transparent. Dari luar pun dah boleh nampak apa hadiah dekat dalam. Perfume Elianto ni tak kena dengan bau yang disukai jadi perfume tu I bagi adik I pakai sebab kebetulan dia memang perlukan perfume dan bau perfume tu pun strong. Thanks Abang Daus! 


Hadiah Ray pulak kelakar jugak lah sebab kena prank satu hal, hadiah dapat half je sebab Mai tak sempat nak pergi beli. Dia siap bagi pantun istimewa untuk Ray supaya tak sedih. Kitorang macam terkejut jugak penerima hadiah Mai ialah Ray sebab Kak Nora dah beria mengaku dia penerima hadiah tu sampai bagi hint apa hajat dia untuk exchange gift nanti. Nak barang makeup katanya rupanya bukan dia penerimanya. Hadiah Kak Nora sebenarnya yang dalam bag Steve Madden tu. 

MC Ray masuk air untuk aktiviti exchange gift



All in all first time kitorang buat exchange gift ni not bad lah walaupun 4/10 tak reti rules aktiviti ni macam mana. Siap pergi tanya pulak penerima nak hadiah apa nanti padahal benda tu sepatutnya rahsia. Punya lah syok buat unboxing sampai lupa nak ambil gambar ramai-ramai untuk simpan buat kenangan. Makanya tak adalah gambar untuk aktiviti ni :(

GrabFood Year in Cravings 2021

Tengah belek IGstory weekend lepas ternampak pulak story Ms Fisah update pasal GrabFood Year on Cravings 2021 ni. Rasanya sebelum ni tak pernah wujud lagi rumusan ni. Ikut style Spotify Wrapped lettew. 


Daah tengok orang lain buat, kita pun nak jugak lah walaupun selalu tumpang FoodPanda orang lain bila nak order makanan haha. Tak susah pun nak cari sebab rumusan ni dekat bahagian home apps Grab. 


So according to GrabFood I akan menggedik craving pada hari Rabu petang. I assume petang lah sebabnya Ram Reza Muhammad Oasis kan ada free lunch every Monday until Thursday. Takkan lah dah dapat makan free, nak craving lagi kan. Haaa gitu kau promote firm sendiri. 

Berbalik kepada hari mengidam tu entahlah kenapa jatuh pada hari Rabu, nak kata ada promosi pun tak jugak. Misteri betul. Kalau bab ambil masa sampai 22 minit tu tak payah cerita lah konflik dalaman antara perut dan otak. Perkara biasa dah tu. 


Tak tahu lah kenapa KFC paling atas sekali sebab rasa macam takde lah selalu sangat order KFC tahun ni hahaha. Mungkin sebab setiap kali nak order lunch untuk hari Jumaat, tumpang GrabFood orang lain kot. 


Restoran Ali, Muthu dan Ah Hock nombor dua tapi makanan terpaling banyak order dapat dekat Nasi Goreng Ali pulak. Surprisingly satu office team Nasi Goreng Ali hahaha memang yang ni je menu yang dijamin sedap dan tak berubah rasa dia. Tak pasti lah dekat franchise lain tapi dekat Ali, Muthu dan Ah Hock, Oasis Square Ara Damansara memang rasa dia sedap. 

Setiap kali buntu nak makan apa dan nak makan yang sedap mesti pilih Nasi Goreng Ali. Terima kasih Nasi Goreng Ali sebab selalu menggembirakan perut kami satu office :)


Dan berdasarkan rumusan ni juga dapatlah disimpulkan bahawa seketul Pana tergolong dalam skuad pencinta daging. Konon je azam 2021 nak berjinak dengan makanan vegan sudahnya kelaut bersama diet yang tak pernah berjaya tu. Takpe takpe, azam tahun 2022 ada ruang kosong lagi haha

Korang dah try ke tengok rumusan GrabFood ni? Share lah kat sini korang skuad apa :P

Movie Review | 420 IPC (2021)

Tuesday, 28 December 2021

Director : Manish Gupta

Writer : Manish Gupta

Cast : Vinay Pathak, Ranvir Shorey, Rohan Mehra, Arif Zakaria, Gul Panag

Production Company : Kyoorius digital

Distributor : Zee Studios

Genre : Crime / Drama

Running Time : 98 minutes

Release Date : 17 December 2021

Trailer :


Projek kedua Manish Gupta yang berkisarkan dunia perundangan mengisahkan tentang akauntan Bansi Keswani (Vinay Pathak) disiasat oleh pihak CBI selepas salah seorang kliennya didakwa untuk kesalahan penggubalan wang haram. 

Walaupun pihak CBI tak jumpa sebarang bukti tapi Bansi masih dalam pemantauan mereka. 5 bulan kemudian Bansi digeledah sekali lagi kerana Mr. Sinha (Arif Zakaria) dakwa 3 keping cek miliknya dicuri. Pihak polis jumpa cek tersebut di pejabat Bansi dan kes dibawa ke mahkamah dengan Balbir Chaudhary (Rohan Mehra) menjadi peguam kepada Bansi manakala Sewak Jamshedji (Ranvir Shorey) peguam plaintif. 

Sama macam naskhah sebelumnya, Section 375 (2019) bila kes mempunyai bukti yang kuat untuk dakwa defendan dan hakim jatuhkan hukuman. Memang susah untuk Balbir nak buktikan Bansi tak bersalah melainkan kesan lipatan pada 3 keping cek tersebut. Kalau betul Bansi yang curi, kenapa kesan lipatan terlampau dalam? 

Kalau ikutkan masa hujah Balbir dengan pihak forensik pun dah boleh nampak yang defendan tak bersalah sebab pihak bank sahkan mereka tak akan terima 3 keping cek tersebut sekiranya dibawa untuk proses pengeluaran wang sebab tandatangan tak sama. Dekat situ pun dah boleh nampak yang tuduhan mencuri dan pemalsuan tu tak berasas. 

Kemudian pengarah masukkan karakter hakim yang bias terhadap senior lawyer bila Sewak sama kaum dengan dia. For me this is so realistic. Baru je bulan lepas my managing partner bagitahu sebelum pergi court kenal dulu siapa hakim untuk kes tu. Lain hakim lain prinsip dan pegangan dia. Ada hakim yang bias kepada feminism atau activist, ada pula yang boomers dan orthodox, ada yang tak suka hujahan panjang. Kira macam zaman sekolah lah, ada cikgu bagi markah extra kalau tulisan kemas, ada pula tolak markah kalau eja nama dia salah. 

Kelemahan pada movie 420 IPC bila tak ada intensity atau elemen saspen pada penceritaan sampai momentum tu mendatar. Patutnya Balbir deliver dialog yang dia akan ringankan hukuman anak guam bila partner dia tanya kalau betul klien mereka bersalah. Bila dia diam nampak watak dia goyah padahal reputation penting bagi dia. Kalau soalan macamtu dah goyah baik dia join in house je lah. Stay sampai habis pun sebab watak Balbir yang licik menggunakan resources dia untuk peroleh maklumat.

Berbeza lah situasi tu dengan Section 375 bila ada loopholes pada seksyen tersebut sampai peguam defendan terpaksa bergadai nyawa untuk berpegang pada ilmu dan prinsip dia. Kita nak berpihak pada plaintif pun jadi ragu-ragu sebab confident level dia power betul. 

Penulis pun tak tekankan pada Seksyen 420 dalam Indian Penal Code untuk terangkan kepada audience dengan lebih jelas dan mendalam. Ada lah sekali dua peguam mention dalam dialog mereka sedangkan ada beza menipu dalam seksyen ni dengan breach of contract. 

Seksyen 420 adalah akta di mana individu menipu yang melibatkan property terhadap pihak lain sama ada meminda, mengubah atau musnahkan mana-mana bahagian sekuriti atau yang lainnya, sama ada ditandatangani atau dimeteraikan, dan sekuriti tersebut boleh ditukar kepada barangan berharga. 

Bila dah tengok definisi seskyen 420 baru faham kenapa ada plot twist pada pertengahan cerita dan kenapa watak Pooja beria nak minta tukar peguam baru. Tapi masih lagi tak faham kenapa hakim buat keputusan macam tu sedangkan patutnya counterback dekat opponent lah. Macam Balbir kata beberapa persoalan lain tu akan dijawab dalam perbicaraan lain tapi selesaikan dulu apa yang patut untuk perbicaraan kes sekarang. 

Kelemahan pada penceritaan dan olahan buatkan naskhah 420 IPC kelihatan hambar sedangkan movie ni boleh jadi movie yang sarat dengan pelajaran dan pengajaran kepada orang awam sebab ditayangkan di Zee TV. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Director : Mahesh Manjrekar

Writer : Mahesh Manjrekar, Abhijeet Deshpande, Siddharth Salvi

Cast : Salman Khan, Aayush Sharma, Jisshu Sengupta, Mahima Makwana

Production Company : Salman Khan Films

Distributor : Zee Studios

Genre : Action / Drama

Running Time : 140 minutes

Release Date : 26 November 2021

Trailer :


Diadaptasikan dari movie Marathi, Mulshi Pattern, Antim : The Final Truth mengisahkan tentang Rahul (Aayush Sharma) yang berpindah keluar setelah Shinde rampas tanah dan pecat ayah dia (Sachin Khedekar). Di pasar tersebut, Rahul bekerja dengan Nanya Bhai (Upendra Limaye) ketua geng dan juga pembantu kepada MLA. 

Tak susah pun untuk Rahul jadi orang kanan Nanya Bhai sebab dia licik dan kuat. Setiap kali Rahul ditangkap oleh Inspektor Rajveer Singh (Salman Khan) kerana pertuduhan membunuh, dia akan diikat jamin oleh MLA Ambir (Sharad Ponkshe). Rahul ada impian untuk jadi Ketua Menteri tapi Rajveer banyak kali ingatkan dia yang jalan yang dia pilih tu salah. 

Movie Antim ni mengetengahkan nasib petani di India yang menderita selepas tanah kepunyaan mereka dirampas oleh gangster macam Nanya Bhai atau Rahul. Tanah mereka digunakan untuk syarikat korporat ataupun sebagai tapak rumah mewah kepada businessman seperti Shinde. Modus operandi mereka mudah dengan memeras ugut menggunakan pistol atau kekerasan. 

Rahul benci dengan Shinde sebab aniaya ayah dia tapi bila dia dah ada kuasa dan harta, dia pun buat perkara yang sama dekat petani-petani lain. Memang patut lah dia kena buang keluarga sebab kejam sangat. Kalau dia rasa nak bunuh, dia bunuh je tanpa belas. Dia rasa nak tampar, dia tampar je tak kira siapa. Dah rasa macam dunia tu dia punya lah. 

Pengarah Mahesh Manjrekar guna tajuk Antim: The Final Truth tapi macam tak saspen langsung pun bila kebenaran sebenar tu terbongkar. Dan rasa macam tak nak tahu pun sebab olahan movie ni berulang-ulang dan tak menarik. Scene Inspektor Rajveer guna strategi untuk hapuskan dua geng tu sama sangat dengan scene dalam Shootout at Lokhandwala ataupun mana-mana movie yang mempunyai pertarungan antara gangster dan polis. Dari jalan cerita tak ada sesuatu yang segar dipaparkan pun.

Menyampah sebab Salman Khan macam over dramatic bila dia muncul dan deliver dialog. I tak pernah tengok movie Mulshi Pattern tapi bila tengok scene Salman Khan especially bila dia buka uniform polis tu dah boleh agak dah yang jalan cerita ni diolah mengikut selera Salman Khan. Untuk peminat Salman Khan mungkin bahagia lah tapi untuk penonton biasa, benda tu a bit annoying. 

Lakonan Aayush Sharma pun try hard sebagai gangster, dia tak boleh deliver expression yang tepat untuk mana-mana elemen yang dimasukkan oleh pengarah. Patutnya scene dia jatuh cinta dengan Manda (Mahima Makwana) tu buang je sebab meleret dan tak penting pada plot utama. Salah satu kelemahan movie Antim bila ada banyak sangat watak sampingan sepanjang 140 minit. Kalau movie ni dianggap relaunch platform kepada Aayush Sharma then it’s a huge disappointment and embarrassment. 

Sinematografi dari Karan Rawat pun lemah sebab banyak guna tona kuning yang cliché setiap kali movie berkisarkan kehidupan gangster atau sisi gelap negara India. Music album dari Ravi Basrur juga tak menarik perhatian walaupun ada lagu rancak Bhai Ka Birthday untuk tarik fans Salman Khan macam dalam movie Tevar (2015) dengan lagu Superman - (Main toh Superman, Salman ka fans)


Overall movie ni membosankan sebab tak ada arah tuju yang kuat, lakonan watak utama yang lemah dan hanya sesuai untuk peminat Salman Khan. Anyway my dream comes true bila Varun Dhawan berlakon satu scene dengan Salman Khan dalam lagu Vighnaharta. Varun muncul kejap je dalam satu lagu tapi dia punya screen presence tu lagi kuat dan meyakinkan. He looks happy in his given space. Loved it. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10