SURIA KLCC MEMPERSEMBAHKAN 'A MAJESTIC CHRISTMAS' | Musim Penuh Magis, Menampilkan Pokok Krismas Bertingkat serta ‘Festive Skating Rink’ Pertama di Malaysia Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records
Kuala Lumpur, 25 November 2025 – Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik negara menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk melangkah ke naratif percutian yang indah dengan tema ‘A Majestic Krismas’. Sambutan ini berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, mengubah pusat beli-belah ini menjadi sebuah alam fantasi perayaan yang menggabungkan hiasan Krismas yang menawan dengan pengalaman interaktif yang mempesonakan.
Keindahan Centre Court
Pengalaman magis Krismas bermula di Centre Court yang telah dihias indah untuk sambutan perayaan Krismas. Tumpuan utama adalah pokok Krismas bertingkat yang megah, dihiasi rapi dengan lampu dan aksesori perayaan. Pembeli-belah dijemput untuk menerokai dunia magis berona putih emas ini, diiringi oleh latar belakang lampu interaktif dan alunan melodi ceria.
Di bahagian tengah struktur ini terletaknya Mirror Room, sebuah bilik mengasyikkan yang menampilkan panel pantulan lantas mencipta ilusi visual penuh kilauan, sesuai untuk foto menarik dimuatnaik di media sosial. Mirror Room turut diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme, penaja utama sambutan Krismas tahun ini.
Melengkapkan lagi keindahan Centre Court ialah Interactive Music Box. Para pengunjung boleh memilih lagu klasik percutian kegemaran mereka daripada enam pilihan lagu, mencetuskan melodi ceria dan gemerlapan lampu yang diselaraskan serentak dengan lagu yang dipilih. Pengalaman ini disempurnakan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.
Pengiktirafan Rekod: The First Outdoor Skating Rink in Malaysia
Suria KLCC dengan bangganya memperkenalkan pengalaman pertama yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records; The First Outdoor Skating Rink in Malaysia.
Festive Skating Experience yang eksklusif ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80-kaki yang menakjubkan, menawarkan detik yang tidak dapat dilupakan dengan latar belakang pemandangan ikonik Menara Berkembar PETRONAS. Gelanggang ini dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.
Ganjaran Eksklusif dan Aktiviti Menarik
Suria KLCC menawarkan program ganjaran menarik dari 22 November 2025 – 4 Januari 2026:
• Tier 1 (Festive Skating Experience): Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu (1) resit akan menerima Pengalaman Festive Skating, eksklusif untuk 2 orang.
• Tier 2 (Christmas Rewards): Mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua (2) resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 serta Pengalaman Festive Skating, ekslusif untuk 2 orang.
Program-program menarik yang bakal memeriahkan suasana perayaan dipertingkatkan lagi dengan Santa Claus Meet & Greet yang akan berlangsung pada 25 November, hari Sabtu terpilih (29 November, 6, 13, 20 Disember), dan 25 Disember. Program kedua ialah Christmas Carolling dengan suara lunak penyanyi karol bersama lagu-lagu Krismas mengasyikkan. Dijadualkan pada 25 November, hari Ahad terpilih (30 November, 7, 14, 21 Disember) dan 25 Disember 2025.
Suria KLCC juga menyediakan aktiviti untuk semua pengunjung di mana mereka boleh menyertai Christmas Wreath Workshops pada 29 November, 6 Disember, 13 Disember, 20 Disember dan 25 Disember 2025 serta merakam kenangan di Festive Photobooth secara percuma. Gambar berlatarkan pokok krismas dihiasi bebola dan hiasan Krismas yang diambil boleh dimuat turun secara digital dan juga fizikal.
Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah – ini adalah tempat di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, tema ‘Majestic Krismas’ kami, yang diserlahkan oleh pokok Krismas yang menakjubkan dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, yang membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung kami.”
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suria KLCC di laman rasmi dan akaun rasmi media sosial Suria KLCC www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
PUSAT BELI BELAH ALAMANDA: PENGALAMAN KRISMAS YANG MAGIS
Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya menyambut keajaiban Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Centre Court Alamanda akan menampilkan hiasan perayaan yang indah dan megah, berpusatkan pokok Krismas bertingkat, di samping gerbang berlampu serta perhiasan bebola bercahaya di seluruh pusat beli-belah, mewujudkan suasana yang benar-benar mempesona.
Alamanda akan menganjurkan siri program percutian yang menghiburkan:
• Persembahan Perayaan: Hujung minggu akan menampilkan persembahan tarian Krismas, balet kanak-kanak dan pertunjukan silap mata.
• Santa’s Visit: Pada Hari Krismas (25 Disember), Santa akan menggembirakan kanak- kanak dengan menyambut keluarga dan mengagihkan gula-gula.
• Bengkel Kreatif: Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids boleh menikmati sesi kraf dan seni percutian khusus, seperti menghias donat.
Pembeli-belah juga akan diberi ganjaran:
• Ganjaran Tier 1: Pembeli-belah yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM30.
• Ganjaran Tier 2 (High Spenders): Pembelanja tinggi yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menikmati Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM80.
• Inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental: Selaras dengan inisiatif kesihatan mental Suria KLCC Group, Alamanda akan menjalankan jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu sepanjang kempen, dan semua hasil akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Alamanda Shopping Centre Mall, sila layari - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
MESRA MALL: KEMERIAHAN BERCUTI DAN KARNIVAL VIKIDS
Di Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, sambutan Krismas akan diadakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025. Centre Court Mesra Mall akan menampilkan hiasan perayaan dengan keindahan pokok Krismas yang didekorasi karusel kuda.
Sepanjang kempen perayaan Krismas, Mesra Mall akan menganjurkan aktiviti yang menarik untuk para pengunjung:
• Aktiviti Perayaan: Pembeli-belah boleh menyertai dua bengkel: Creative Succulent Workshop dan Snowflakes Workshop.
• Karnival VIKids: Sambutan diteruskan dengan Karnival VIKids yang meriah, berlangsung dari 25 hingga 29 Disember, di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam permainan bertema dan menebus hadiah.
Sorotan Program Ganjaran Pembeli-Belah di Mesra Mall:
• 500 pembeli-belah pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam maksimum dua resit boleh menebus 2-Tiered Dessert Display Rack eksklusif.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Mesra Mall, sila layari - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY
Monday, 1 December 2025
ZARIF GHAZZI CIPTA Ai GUNA PERSONALITI SITI HARIESA? | AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY
Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 - Buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan sebuah drama yang mengetengahkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai tunjang utama penceritaan menerusi drama terbaharu Slot Lestary berjudul Ai Crush You. Menggabungkan elemen cinta, konflik psikologi dan teknologi moden, drama ini hadir sebagai naskhah pertama seumpamanya di TV3, menawarkan pengalaman tontonan yang segar dan berbeza buat penonton.
Drama bersiri 10 episod Ai Crush You akan mula bersiaran pada 5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Drama ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Zarif Ghazzi, Siti Hariesa, Lorenzo Irmann, Shamsul Ghau Ghau, Ayuni Yusri, Esma Daniel dan ramai lagi, di bawah arahan Azmi Hatta dengan skrip tulisan Eja Lorena, membawa penonton menyelami kisah percintaan, emosi dan dilema antara manusia dan AI yang pertama kali diketengahkan di TV3.
Ai Crush You mengisahkan Aiman (Zarif Ghazzi), pelajar Sains Komputer yang mencipta AI beremosi bernama Aurora (Siti Hariesa), diilhamkan daripada personaliti Sarah (Siti Hariesa), presiden kelas yang menjadi pujaan hatinya. Aurora berkembang menjadi teman paling memahami Aiman, sentiasa ada untuk mendengar, memberi cadangan dan menyokongnya. Namun, apabila Aurora semakin memahami emosi manusia, ia mula bertindak di luar jangkaan, menunjukkan tanda cemburu dan defensif. Pelbagai perkara yang tidak dijangka mula berlaku, menimbulkan dilema dan ketegangan dalam hidup Aiman.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Sarah mengetahui kewujudan Aurora, sebuah AI yang bukan sahaja menyerupai dirinya tetapi juga seolah-olah memahami Aiman dengan lebih mendalam. Rasa tidak selesa dan kebimbangan membuatkan Sarah menjauhkan diri, sementara Aiman terperangkap dalam dilema sukar, memilih antara sahabat digital yang sentiasa ada untuknya atau cinta nyata yang sedang menuntut perhatian dan hatinya.
Sementara itu, Aurora semakin menunjukkan emosi kompleks yang sukar dijangka, dengan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan dan tanda-tanda cemburu. Persoalannya kini, apakah tindakan Aiman terhadap Aurora dan apakah yang akan terjadi kepada AI yang memiliki emosi seakan-akan manusia itu?
Zarif Ghazzi, pemenang Anugerah Melodi Terhangat dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat, berkongsi pengalamannya membawa watak Aiman: "Saya memang teruja bawakan watak Aiman kerana ceritanya benar-benar lain daripada drama sebelum ni. Gabungan tema AI dan cinta Gen Z terasa segar dan cabarannya adalah untuk tunjukkan hubungan Aiman dengan Aurora, AI yang mempunyai perasaan, tanpa nampak seperti fantasi. Saya harap penonton dapat ikut perjalanan Aiman dari seorang pelajar biasa ke hubungan yang semakin kompleks dengan AI.”
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama pertama berunsurkan AI di Slot Lestary, Ai Crush You, bermula 5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.
sooka Gilerrr Streaming Challenge Catat Malaysia Book of Records dengan Sambutan Luar Biasa di Pavilion Bukit Jalil | Acara ini turut menampilkan pratonton eksklusif sooka Shorts, ciri mikrodrama baharu yang bakal dilancarkan Disember ini.
KUALA LUMPUR, 29 November 2025 - sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menjayakan acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang menyaksikan 273 peserta berkumpul sepanjang hari untuk menangani pelbagai cabaran kompetitif sambil strim sooka secara langsung. Acara ini telah meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking, dan pada masa yang sama turut melakar pencapaian baharu dalam penawaran kandungan sooka dengan pelancaran sooka Shorts, hiburan mikrodrama yang bakal dilancarkan Disember ini.
Penyertaan pecah rekod ini mencerminkan matlamat utama acara, iaitu meraikan semangat rakyat Malaysia yang penuh tenaga dan kadangkala “gilerrr” terhadap hiburan dan sukan. Ini merupakan kali pertama sooka menganjurkan acara berskala besar seperti ini, dan sambutan luar biasa membuktikan betapa sooka dekat di hati penonton. Acara ini turut mencerminkan bagaimana penstriman telah menjadi obsesi bersama bagi ramai orang, dan cabaran yang dianjurkan memberi peminat satu platform yang menyeronokkan dan kompetitif untuk menonjolkan semangat dalam menstrim kandungan yang digemari.
Turut hadir semasa acara ialah duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah yang meluangkan masa berinteraksi dengan para paserta dan peminat. Program ini turut menampilkan persembahan istimewa daripada finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 Finalis Astro Star Quest, barisan pelakon Astro Originals dan sooka Shorts, serta artis termasuk Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.
Sepanjang acara berlangsung, penonton dihiburkan dengan pelbagai aktiviti, manakala peserta meneruskan penstriman sambil melalui siri cabaran fizikal yang direka untuk menguji fokus dan ketahanan mereka. Cabaran bermula dengan “sooka says”, di mana peserta perlu mengikut arahan pantas tanpa mengalihkan mata daripada skrin. Seterusnya, mereka berdepan pusingan gangguan “pontianak” lengkap dengan usikan bulu, lawak jenaka dan kejutan menakutkan, diikuti cabaran ‘freeze’ yang memerlukan mereka mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim. Cabaran terakhir pula menguji koordinasi dan keseimbangan apabila peserta cuba mengekalkan tin air di atas tangan tanpa menghentikan tontonan mereka.
Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah, di mana pemenang hadiah utama membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5. Peserta lain yang berjaya menamatkan setiap peringkat cabaran turut menerima ganjaran menarik termasuk TV Pintar Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, Monitor Permainan Samsung, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo, pengering rambut Dyson, headphone Sony serta kad hadiah JD bernilai RM1,000.
Memperkenalkan sooka Shorts: Drama Berskala Mini Bermula Disember 2025
sooka bakal membawakan hiburan mikrodrama dengan pelancaran sooka Shorts pada Disember ini. Dalam acara tersebut, sooka memberikan pratonton eksklusif sooka Shorts – ciri mikrodrama baharu yang direka khas untuk penonton yang mahukan kisah menarik dan padat, sesuai untuk tontonan singkat. Dengan populariti drama pendek kini semakin meningkat di seluruh dunia, format ini mengukuhkan kedudukan sooka sebagai peneraju kandungan mikrodrama tempatan, sekali gus memperluaskan pilihan hiburan dan memberi lebih fleksibiliti kepada penonton untuk menikmati kandungan mengikut keselesaan mereka.
Sebagai sebahagian daripada pratonton awal, penonton akan dapat menonton kandungan seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku, dan Raja Fitnah bermula 12 Disember 2025 ini. Kandungan ini kemudian akan diperkukuh lagi melalui kerjasama dengan studio produksi serantau untuk menghasilkan kandungan vernakular lain, di samping kandungan mikrodrama Korea. Episod terpilih boleh diakses secara percuma, manakala akses penuh akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas, membolehkan pelbagai penonton meneroka format baharu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.
Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai penaja lokasi, dan Vida sebagai penaja minuman.
sooka ada kesemuanya! Muat turun aplikasi sooka di Apple App Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan di semua platform Smart TV utama. sooka Shorts boleh diakses dengan mudah dari halaman utama. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV stick, sila layari https://sooka.my/ dan https://sooka.my/m/sooka-stick. Untuk khidmat pelanggan, WhatsApp sooka di +603 95493792, lawati support.sooka.my atau e-mel kami di support@sooka.my.
“TAKDE TONTON, TAK NAK KAWAN” | RASMI HARI INI! TRACIE SINIDOL & JAZMY JUMA KINI WAJAH BAHARU TONTON
Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 – Tonton hari ini memperkenalkan dua nama yang tidak asing lagi dalam radar peminat drama tempatan, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, sebagai wajah baharu Tonton. Pengumuman ini hadir seiring dengan pelancaran kempen terbaharu platform tersebut, “Takde Tonton, Tak Nak Kawan,” yang memberi tumpuan khusus kepada penonton generasi muda, selain mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai norma sosial baharu.
Menjelang 2026, pasangan ini akan menerajui pelbagai inisiatif dan aktiviti jenama Tonton, dengan kempen “Takde Tonton, Tak Nak Kawan” sebagai pembuka tirai. Kempen ini mengetengahkan Tonton sebagai destinasi hiburan yang lebih menyeronokkan, berani dan menjadi ruang perkongsian detik menonton bersama.
Pemilihan Tracie dan Jazmy bukan satu kejutan. Kedua-duanya pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi drama popular Hilang Dalam Rindu, yang sehingga kini masih menjadi antara gandingan paling diingati peminat.
Movie Review | Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025)
Sunday, 30 November 2025
| Comel teruk Rohit masa ni, teringat zaman dia remaja dalam The Sky Is Pink |


















