RIUH 3 HARI DI KUCHING! RATUSAN RIBU PENGUNJUNG SERBU JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK

Wednesday, 10 September 2025

Kuala Lumpur, 10 September 2025 – Warga Bumi Kenyalang sememangnya luar biasa! Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak menutup tirainya dengan penuh gemilang selepas tiga hari “berkampung” di Dataran Perayaan Petra Jaya dari 5 hingga 7 September 2025. Kehadiran ratusan ribu pengunjung membuktikan bahawa KJH kekal relevan sebagai karnival pilihan keluarga di Malaysia.

Lebih daripada sekadar karnival, KJH Sarawak menjadi ruang pertemuan pelbagai lapisan masyarakat, merentasi budaya, generasi, etnik dan kaum. Suasana penuh warna-warni ini diperkaya dengan aktiviti interaktif, pameran unik serta hiburan mesra keluarga, menjadikannya pengalaman menyeronokkan dan berinformasi untuk semua.

Menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), karnival ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, diiringi oleh Datuk Mohd Efendi Omar, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia pada hari pertama penganjuran.


Keterlibatan pelbagai agensi di bawah MTCP seperti Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak malah membuka peluang kepada pengunjung untuk lebih mengenali keunikan destinasi, tarikan pelancongan dan kekayaan budaya setempat. Kehadiran pihak-pihak ini melengkapkan pengalaman karnival dengan nilai tambah yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan ilmu dan pengetahuan baharu.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1447H, malam pembukaan dihidupkan dengan program keagamaan “Sembang Santai” di pentas utama. Sesi rohani ini membincangkan keperibadian Rasulullah SAW sebagai teladan ummah, dikendalikan oleh Ts. Syahrul Nizam Junaini, Pensyarah UNIMAS, bersama panel jemputan termasuk Ustaz Haji Mual Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Sepanjang tiga hari, lebih 100 reruai terbuka untuk dikunjungi, menawarkan pelbagai aktiviti yang merangkumi hiburan, gaya hidup, kesihatan dan sukan. Antara tarikan utama ialah Zumba, bola sepak jalanan, NSTP Car Sim Experience, Spin Fighters Challenge, Pencarian Emcee Cilik, sukan memanah serta pemeriksaan kesihatan gigi dan saringan kanser serviks secara percuma, menjadikan karnival ini satu destinasi lengkap untuk seisi keluarga.

KJH Sarawak juga mencatat impak ekonomi melebihi RM15 juta dalam tempoh tiga hari tersebut, dengan ratusan ribu pengunjung menikmati tawaran eksklusif, hadiah menarik serta produk edisi terhad yang dibawakan oleh pelbagai jenama. Antara jenama tempatan dan antarabangsa yang turut serta termasuklah F&N, Kewpie, Affin Bank, Szindore Perfume, SUPER dan Zus Coffee.

Bukan itu sahaja, Studio Tonton Drama Sangat menjadi antara lokasi tumpuan, dengan peminat berpeluang beramah mesra bersama personaliti Media Prima seperti Mior Abdul Malik, Naz Habibur Rahman, Farah Nabilah Wazer, Fatin Hamimah, Asri Badrun, Fadzly Fuad, Barr Zaizan dan Syamira Nazir. Suasana bertambah meriah dengan penampilan barisan pelakon drama popular termasuk Wanie Ooi, Mark Adam, Ezzanie Jasny, Apich Lo dan Jazmy Juma, selain kemunculan maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia.









Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat juga mencuri perhatian, dengan Axiomara Tijan Andy (19 tahun) membawa pulang hadiah utama RM1,000. Naib juara diraih Puteri Maishara Binti Mohsen (20 tahun) dengan RM700, manakala Falesyia Anak Harry (19 tahun) meraih tempat ketiga beserta RM500.

Dibawakan oleh U Mobile, Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut menghangatkan lagi Dataran Perayaan Petra Jaya dengan persembahan artis terkenal tanah air. Pada 6 September 2025, pentas digegarkan oleh Lan Solo, Marsha Milan, Ara Johari, Haiza dan Datuk Aishah, manakala 7 September 2025 dipenuhi dengan persembahan memukau daripada Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Amir Jahari. Walaupun hujan pada malam pertama, semangat penonton tetap membara, malah ada yang sanggup menunggu sejak jam 4 petang keesokannya demi mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan artis kesayangan mereka.

Jumpa di lokasi seterusnya! Karnival Jom Heboh bakal mendarat di utara untuk menyemarakkan keseronokan bersama warga Pulau Pinang. Layari laman web rasmi www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut. Jangan lupa kongsikan detik menyeronokkan anda sepanjang karnival dengan tanda pagar rasmi, #KarnivalJomHeboh #KJH

FILEM “SORE: ISTRI DARI MASA DEPAN” WAKILI INDONESIA KE OSCAR 2026 | KINI BAKAL DITAYANGKAN DI MALAYSIA 25 SEPTEMBER!

Selepas meraih lebih daripada 3 juta penonton di Indonesia, filem romantik fantasi Sore: Istri dari Masa Depan kini melangkah lebih jauh apabila diumumkan sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards (Oscar) ke-98 tahun 2026 bagi kategori Best International Feature Film.

Pengumuman ini dibuat pada 8 September 2025 oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia (The Indonesian Oscar Selection Committee), sebuah badan yang dibentuk setiap tahun oleh Persatuan Perusahaan Film Indonesia (PPFI) untuk memilih satu filem terbaik mewakili Indonesia, dan diiktiraf secara rasmi oleh pihak Academy.

Filem arahan Yandy Laurens ini bukan sahaja mencuri hati penonton di negara asalnya, malah bakal menembusi pasaran Malaysia apabila dijadualkan tayangannya di pawagam seluruh negara mulai 25 September 2025, dengan Primeworks Studio selaku rakan pemasaran rasmi.

“Kami berasa sangat bersyukur, Sore: Istri dari Masa Depan terpilih dan dipercayai untuk menjadi wakil filem Indonesia yang dicalonkan ke Oscar. Kami berharap mendapat sokongan penuh daripada semua pihak, agar dipermudah semua urusan. Semoga sejarah ini menjadi perjalanan baharu bagi filem kami setelah mendapat respons yang sangat baik di Indonesia,” ujar penerbit filem, Suryana Paramita.

“Terima kasih pada Komite Seleksi Oscar Indonesia yang telah memilih Sore: Istri dari Masa Depan sebagai wakil tunggal Indonesia di Academy Awards 2026 untuk Best International Feature Film. Ini ialah bentuk kepercayaan yang amat tinggi bagi karya kami,” tambah penulis dan sutradara, Yandy Laurens.

Dibintangi oleh Sheila Dara, Dion Wiyoko, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, Sore: Istri dari Masa Depan menampilkan kisah cinta dengan sentuhan fantasi, yang pastinya memberi resonansi kepada penonton Malaysia selepas kejayaan luar biasa di Indonesia.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Sore: Istri dari Masa Depan, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.

***

TENTANG CERITA FILMS

CERITA FILMS adalah rumah produksi di Indonesia yang pertama kali diperkenalkan kepada publik melalui web series berjudul Mengakhiri Cinta Dalam 3 Episode (2018) yang direspon dengan antusiasme tinggi hingga mencapai total 5 juta penonton per episode di platform YouTube. Melanjutkan kesuksesan kolaborasinya untuk video musik berjudul Mercusuar pada 2018, rumah produksi Cerita Films kemudian resmi bernaung di bawah nama PT. Tetapi Imajinasi Tidak pada 2019.

Rumah produksi yang dikelola oleh Suryana Paramita sebagai produser dan Yandy Laurens sebagai penulis dan sutradara ini dikenal dengan karya-karyanya yang memiliki kekuatan narasi. Cerita-cerita yang diangkat begitu dekat dengan keseharian namun dikemas dalam teknik bertutur yang unik dan meninggalkan rasa yang dalam bagi penontonnya. Di antaranya adalah deretan series dan film pendek hasil kolaborasinya dengan brand dan pihak-pihak lain seperti Janji the Series (2019), The Power of Sharing (2020), Sepuluh Meter (2020), Perjalanan Terbaik Sepanjang Masa (2021), dan Yang Hilang Dalam Cinta (2022).

Bekerjasama dengan rekan rumah produksi lain, Cerita Films memproduksi film layar lebar pertamanya, Jatuh Cinta Seperti di Film-Film (2023), yang meraih penghargaan Piala Citra sebagai Film Terbaik di Festival Film Indonesia 2024. Pada awal 2025, Cerita Films kembali berkolaborasi untuk memproduksi film 1 Kakak 7 Ponakan, yang berhasil mencetak box office dengan meraih 1,2 juta penonton. Sore Istri dari Masa Depan adalah film layar lebar pertama Cerita Films yang diproduksi secara mandiri telah tayang 10 Juli 2025 di bioskop Indonesia.

Chalet The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor

Tuesday, 9 September 2025


Spend time 2 hari 1 malam di The Nahara Resort, Kalumpang adalah sebuah pengalaman yang tak akan diulang lagi. Kalau datang sini nak mandi-manda atau program family atau friendship day, kadar bayaran masuk untuk dewasa dalam RM10 dan kanak-kanak pula RM5.00 tapi kadar bayaran ni tak termasuk dengan jenis ruang yang diambil - Payung atau Gazebo.


Dekat Nahara Resort ni ada beberapa jenis rumah inap. Ada villa untuk large pax tapi villa dia sebuah sahaja so kalau lambat memang tak dapat lah. Dekat villa ni ada 'gym' di bahagian tepi tapi tak tahu lah function ke tidak. Dalam ni ada 5 buah bilik, boleh muat dalam 30 orang. Ada private pool juga. 





Ada juga glamping tapi dua buah khemah besar sahaja dekat sini. Khemah glamping tu tak lah dekat dengan sungai tapi tak juga lah jauh dari sungai. 


Kawasan Chalet A agak kecil sebab dalam bilik tu muat katil bersaiz queen sahaja. Ada aircond. Tandas di bahagian luar. Harga satu malam ialah RM150.00





Untuk Family Day LPJE, kitorang stay dekat Chalet B terletak beberapa langkah je dengan sungai. Kereta penginap Chalet B boleh park dekat sini since tak banyak pun chalet dia, ada 4 buah je. Rate untuk 1 malam ialah RM300.00






Dekat dalam chalet ada katil bersaiz queen, aircond, tv, coffee table, device Njoi dan tandas. Ada heater dengan shower gel disediakan oleh pihak resort. Chalet B muat untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja sebab saiz chalet ni kecil. 

Pengalaman kitorang masa stay dekat sini agak teruk juga lah sebab aircond yang disediakan rosak. Kitorang book Chalet 1, 2,3 dan 4 tapi aircond bilik 4 tak berfungsi. Walaupun dekat dengan sungai dan dalam nature tapi tetap panas bila tak ada aircond atau kipas. 

Memandangkan yang stay dekat chalet ni semuanya perempuan jadi ada lah yang bawa iron dengan hair dryer tapi bila guna dalam masa yang sama, elektrik akan slow. Rasanya resort ni pakai generator sebab bila guna heater dengan dryer, lampu akan malap like 20% je cahaya dia. Nak buka pintu atau tingkap pun tak boleh sebab chalet ni dekat jalan utama. Kalau charge hp atau bateri kamera je tak terganggu sebab tak tinggi sangat power dia. 


Dinding chalet ni tak lah tebal sangat so boleh sangat orang dekat luar dengar apa kita sembang dekat dalam. Kalau pergi large pax dan ada sesi membawang tu seeloknya elakkan lah buat dekat dalam chalet. 

Tak pasti lah tandas dekat chalet bilik lain macam mana tapi yang I stay tu ada a few lubang so sangat lah scary nak mandi. Bukan sebab skodeng ke apa tapi takut serangga masuk. Masa bermalam tu tak ada lipas atau kelkatu. Kalau sejenis penakut, dekat Nahara Resort ni okay je lah tak ada rasa seram sejuk atau orang perhati ke apa. 


Sama juga dengan dorm yang harganya RM200.00 satu malam, dinding tersangatlah nipis and we've experienced the horror lah bila berjiran dengan sekumpulan lelaki muda. Baru check in, bilik dah kena gegar dengan orang sebelah. Dekat bahagian atas tu tak bersambung jadi sangatlah mudah untuk diorang skodeng. 


Kitorang buat video sebab nak minta tukar bilik tapi itulah, susah sangat nak berbincang dengan management The Nahara Resort ni. Sudahnya minta tukar antara kitorang je. Yang perempuan masuk chalet, yang lelaki stay dekat dorm. 

Bila malam struggle juga lah sebab kipas yang disediakan tu bergerak tapi tak keluar angin. Serangga dari luar pun keluar masuk sebab banyak lubang. 



Facilities dekat Nahara Resort ni tak banyak pun, ada surau, tandas, dataran, padang bersaiz kecil dan bersaiz besar juga kawasan parkir. Dekat sebelah Chalet F ada swimming pool tapi kecil je. I tak sure yang tu public ataupun terhad kepada penginap Chalet F sahaja. 

Masa google pasal Nahara Resort, dia bagitahu pengunjung boleh beli pokok dekat sini tapi tak ada signage ataupun ruang yang menghinpunkan koleksi tanaman dekat sini. Kalau tak tahu memang assume itu adalah koleksi tanaman pengurus atau staff dekat Nahara Resort. 




Surau




Sembang pasal management dekat Nahara Resort, I tak pasti lah kenapa pengurus tu nak bitter teruk sangat. Sebab kami ada pilihan untuk check-in awal pada hari pertama dengan kadar bayaran RM50.00 satu bilik tapi bila pergi jumpa untuk maklumkan, dia emo pulak. Cara bercakap memang kurang ajar dari awal approach sampai lah dapat kunci bilik. 

Tak faham salahnya dekat mana sebab pilihan tu memang dah tersedia, kitorang pun dah bersedia nak bayar. Nak pula tak ada orang pun yang menginap dekat semua bilik yang kitorang nak check-in. 

Kena marah pulak tu sebab beli aiskrim dari bangla sebab dia kata no outside food boleh masuk sini. Pihak Nahara akan check semua kereta masa nak masuk tu. Dia macam ehhhh sebab yang barbecue semua tu kan bawa makanan sendiri. Tu kan dikategorikan sebagai outside food? Faham je kiosk Nahara Resort ni ada jual aiskrim tapi kalau aiskrim yang kita nak tu takde, apa salahnya nak beli dekat luar? 


Masa nak check-out pun pengurus tu pun cakap macam-macam siap sidai kitorang sebab nak check semua bilik yang kitorang guna tu ada kerosakan ke tak. Staff dia bagitahu semua okay pun dia tak puas hati, masih mencari salah padahal staff dia bagitahu yang menginap dekat glamping yang buat hal sebab lantai basah tapi kenapa marah kitorang? Apoooo? Cuba bagitahu salahnya dekat mana? 

Masa bermalam dekat sini, kitorang tak digalakkan untuk guna katering luar sebab pihak The Nahara Resort tak benarkan masuk. Kalau masuk pun sampai kawasan pendaftaran so kena angkut lah tray makanan tu dari pagar sampai ke padang. Kalau jalan elok boleh lah nak angkut tapi jalan berbukit dengan berbatu pulak tu. Nak tak nak kena guna katering Nahara Resort tapi itu lah, tak sedap. 

Sepanjang 2 hari dekat sini memang tak sabar rasanya nak balik sebab mood dah hilang dengan layanan staff dekat sini. I mean there's nothing much to offer pun tapi perangai diorang tak setanding. Datang sini nak healing tapi bertambah-tambah masalah. 


Sungai dekat kawasan Nahara Resort ni tak lah best mana pun sebab terletak di kawasan hilir so air sungai dia berbau. Sungai dekat Nahara Resort ni bersempadan dengan Kalumpang Resort & Training Centre. so faham-faham sendiri lah dapat air yang macam mana. Kalau kulit sensitif, tidur pun bergaru. Antara kitorang ada yang sakit perut so kalau mandi dekat sini pandai-pandai lah jaga diri. 

Kalau nak main bola dekat sini sila lah bawa dari rumah sebab harga bola kecil dijual dekat The Nahara Resort ialah RM8. Kalau rasa harga ni okay, bolehlah beli tapi kalau rasa kedai Eco lagi murah, beli lah dekat sana. 


One thing yang I boleh puji dekat sini ialah kawasannya bersih sebab setiap hari staff akan bersihkan. Selepas subuh diorang dah bersihkan kawasan The Nahara Resort sebab tu kawasan dia tak nampak pun sampah dekat jalan atau padang. Daun kering pun tak ada sebab tu tak banyak nyamuk. Surprisingly I bangun tidur tak ada kesan gigitan nyamuk pun padahal kalau balik kampung, paling senang kena hurung dengan nyamuk. 

I just share my experience for reference diri sendiri memandangkan sejenis yang cepat lupa dari kesengsaraan yang tak seberapa. Kalau ada experience manis masa berkunjung ke sini mungkin cerita dia berbeza lah dengan pengalaman kitorang dekat sini.