Drama Review | Beyond Evil (2021)

Tuesday 1 June 2021


Director : Shim Na-yeon 

Writer : Kim Su-jin

Cast :  Shin Ha-kyun, Yeo Jin-goo, Choi Jin-ho, Choi Dae-hoon, Kim Shin-rok, Chun Ho-jin, Heo Sung-tae, Lee Kyu-hoi, Moon Joo-yeon, Baek Seok-kwang, Kang Min-ah, Park Myung-shin, Kim Hieora, Kim Jung-ho

Production Company : Celltrion Entertainment, JTBC Studios

Distributor : JTBC, Viu, Netflix

Genre : Crime / Thriller 

Running Episodes: 16 episodes

Release Date : 19 February – 10 April 2021

Trailer : 


Tahun 2000 penduduk kawasan Munju digemparkan dengan pembunuhan Bang Ju-seon (Kim Hieora) dan kehilangan Lee Yu-yeon (Moon Joo-yeon) pada masa yang sama. Cuma 10 jari yang dikerat bahagian hujungnya diletakkan di kawasan taman di rumah keluarga. Polis menumpai guitar pick kepunyaan Lee Dong-sik (Shin Ha-kyun) di kawasan pembunuhan. Polis syak Dong-sik yang bunuh adik kembar dia, Yu-yeon sebab sakit hati selalu dibandingkan bila karakter mereka berdua seperti langit dan bumi. 

Tapi setelah laporan forensik keluar, Dong-sik dibebaskan kerana tiada sebarang DNA pada guitar pick tersebut. Setelah beberapa lama menunggu Yu-yeon pulang, ayah mereka (Kim Jung-ho) meninggal dunia dan si ibu (Park Myung-shin) pula kemurungan setelah malang yang datang bertimpa. Dong-sik dijaga oleh Ketua Polis, Nam Sang-bae (Chun Ho-jin) dan mendaftar sebagai anggota polis supaya dapat siasat kehilangan adik dia. 

20 tahun kemudian kehadiran Inspektor Han Joo-won (Yeo Jin-goo) ke balai polis Manyang menjadi perhatian semua orang kerana dia adalah anak kepada Han Gi-hwan (Choi Jin-ho) yang akan naik sebagai Commissioner of the National Police Agency. Walaupun dia dihantar kerana salah laku disiplin tapi dia tengah mencari bukti untuk sting operation pembunuhan bersiri yang berlaku di Munju sejak 20 tahun. Joo-won syak Dong-sik adalah suspek utama terutamanya bila dia dapat bukti Dong-sik yang susun jari Kang Min-jung (Kang Min-ah) di hadapan rumah keluarga mangsa. 

‘If you want to get the monster, you should become one.’ – Lee Dong-sik

Layan drama Beyond Evil di bawah terbitan Celltrion Entertainment dan JTBC Studios sebab team production baru je tercalon dan menang beberapa award dalam pelbagai kategori di 57th Baeksang Arts Awards. Antara kategori tu adalah Best Drama, Best Cinematography dan Best Screenplay. Sama macam drama Mouse (2021), drama ni juga mengetengahkan pembunuh psychopath yang menggunakan latar masa yang agak panjang selama 20 tahun. Bezanya, watak dalam drama ni tak lah terlampau ramai dan sub-plot tak terlampau banyak. Drama ni tak lah banyak sangat action ataupun crime tapi lebih kepada permainan politik untuk merebut kuasa. 

‘The rich got richer and the poor get poorer. Inequalities are pervasive so opportunities aren’t given equally. But it could be once-in-a-lifetime opportunity for some. And those people are the ones to hold on to a rotten rope.’ - Hwang Kwang-young (Baek Seok-kwang)

Drama Beyond Evil ni adalah drama kedua dapat tengok bakat lakonan Yeo Jin-goo pegang watak utama lepas drama romantik, Hotel De Luna (2019). Lengkungan karakter untuk watak Jo-woon dipersembahkan dengan baik dan menambahkan kekuatan screenplay pada penceritaan. Bermula dengan kebencian terhadap Dong-sik, rebellious stage terhadap ayah dan orang sekeliling kemudian bertukar kepada watak yang ambil berat dan menghargai makna persahabatan. Sama juga dengan lakonan Shin Ha-kyun. No wonder lah dia menang Best Actor. Well deserved. 

‘Trust is an emotional matter. When truth pushes its way in, it can be broken anytime’ – Han Joo-won

Scene Dong-sik dengan Joo-won dekat ladang alang tu bagi gambaran jelas tentang perjalanan kisah dua watak utama ni. Dari awal dah nampak yang Joo-won dah syak Dong-sik sebagai suspek utama jadi cara dia berfikir dan hint yang dia dapat semuanya terarah pada Dong-sik sedangkan ada beberapa jalan yang dia belum teroka. Dia nampak tenang tapi hakikatnya dia beremosi dan selalu salah buat percaturan sepertimana yang ayah dia bagitau. Sebab tu Dong-sik sentiasa beberapa langkah di hadapan walaupun kekuatan memori, skills dan pengetahuan mereka sama. 

Sama seperti Mouse, banyak hint yang dapat diteka dari awal sampai habis so tu antara sebab kenapa suka dengan drama ni. Masa episod-episod awal memang tak boleh berhenti tengok sebab nak cari lagi jawapan dari teka-teki yang director sorok dekat beberapa scene penting. Sinematografi dari Jang Jong-kyung dan Kwon Byeong-soo dari beberapa angle yang berbeza memainkan peranan untuk menyerlahkan misteri dan elemen saspen yang dipaparkan oleh beberapa watak. 

Pendek kata, Beyond Evil mempunyai jalan cerita menarik, kekuatan lakonan dengan pelbagai lapisan emosi, mesej tersirat tentang kehidupan dan kejahatan yang muncul dari kelompongan sistem dan rasuah. Worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

11 comments

  1. cerita yang menarik, review pun menarik ni :)

    ReplyDelete
  2. Tengah layan tapi baru episode 2 hehehe, dong sik tu psiko sungguh

    ReplyDelete
  3. macam best...ok..dah boleh masuk list

    ReplyDelete
  4. Baru habis tengok tadi.
    argh serius la mainkan emosi betul yg dekat2 ending tu bila jo won gari dong sik. Jo Won cry, kak pip pun cry.
    dari tak suka jd partner, tetiba rasa macam watak utama spt abang dan adik.

    ReplyDelete
  5. suka tengok drama ni, dia punya emosi macam rollercoster. semua watak menarik dan jalan cerita best :)

    ReplyDelete
  6. Ramai yang cakap drama ni best tapi tak pernah tonton lagi.

    ReplyDelete
  7. ala kat netflix sampai april je..wuaa tak sempat tengok

    ReplyDelete
  8. Ok boleh masuk dlm list lepas ni.pelakon hebat2 ni...

    ReplyDelete
  9. halllooo.. psssttt ada sesuatu untuk awak adik manish disini..
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    tahniah tahniah =)

    ReplyDelete
  10. drama ni still pending... mula-mula ingtkan sambungan drama 'Less Than Evil' sebabkan perkataan Evil tu wujud dalam dua-dua drama. And Shin Ha Kyun watak utama utk dua-dua drama tapi rupanya tak. Tunggu cutilah baru tengok drama huhuhu

    ReplyDelete
  11. suka tengok gandingan dua pelakon ini.. Memang bermeosilah tengok cerita ini dan tak sangka mayat adik dongSik tu dekat situ.. Aduhai.. punca pun... ish..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.