Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 4 : Wolfen! Wolfen! Part II

Saturday 30 January 2021


Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Afea Deanna Baharudean, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Bersambung dari episod lepas bila Kampong Pisang diserang serigala jadian yang merupakan barisan hadapan penyelamat negara ketika Kesultanan Melaka diserang penjajah Portugis dan Belanda tapi hidup berpindah-randah kerana diburu dengan kejam oleh keluarga turun-temurun Pendekar Lidah Buaya, Encik Rashid (Azlan Komeng).

Kebetulan susur masa Serigala Jadian menyerang sama dengan virus covid-19 menyerang jadi penduduk kampung perlu buat swab test untuk pastikan mereka semua bebas virus covid. Peliknya dalam episod ni Wani (Shazwani NS) si penoreh getah pula hilang. Puas Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) cover line supaya penduduk kampung tak panic tapi Bakobar (Bell Ngasri) dengan MA Madi (Adi Afendi) pula bocorkan rahsia. 

‘Seperti yang disarankan, jangan kita keluar dari kampung sebab virus selsema kali ni memang lain macam. Sebenarnya dekat luar negara sana tu dah berapa ramai yang terkorban. Jadi marilah kita sama-sama menyahut seruan dalam membanteras penyebaran virus Converse dari merebak antara satu sama lain.’- Pak Cin Pest Control

Sudahnya MA Madi bawa Tok Salam Joko Anuar (Soffi Jikan) datang ke Kampong Pisang untuk bunuh kawanan serigala jadian bila Rashid gagal lepas khemah tempat dia dan raka-rakan dia berehat diserang secara mengejut. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat dan paling obvious dalam episod ni mestilah tentang pengambilan vaksin yang tengah hangat diperkatakan sebagai agenda Iluminati untuk membunuh umat Islam.  Sama juga dengan scene Cik Purnama perli Pak Din nak beli motor pakai duit KWSP. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd memainkan peranan untuk scene serigala jadian datang serang Tok Salam Joko Anuar. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. Ada juga scene Cik Purnama (Dewa Sapri) karaoke dekat Warung Kak Yong Tomyam. 

Ada kemunculan watak Yah Kuchai (Afea Deanna Baharudean) dalam episod ni. Lawak jugak watak dia sebab wayar otak dia short. 

‘Pak Jabit nak mi kari kuah laksa. Bungkus makan sini.’

Makin bertambah viral scene ni sebab jadi in real life bila ada yang order mi kari tapi dapat mi kari kuah laksa. 

Anyway, episod 4 ni agak hambar sebab ada beberapa scene yang diulang balik macam penerangan tentang asal-usul serigala jadian walhal dah sedia maklum pun dalam episod 3. Scene karaoke pun macam lama benar padahal tak ada kaitan dengan jalan cerita pun. Scene Pak Din pergi tengok motor vespa tu pun sama juga. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4= 8.2/10

2 comments

  1. start episode ni yg rasa hambar giler, terus malas nak tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. alaa jenis yg ulang balik ni, rugi masa tgkkk

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.