Day 14 Quarantine : Last Day For Stage 1

Wednesday 1 April 2020

Kalau ikutkan tempoh RMO yang asal, hari ni sepatutnya hari terakhir kita duduk di rumah tapi disebabkan angka meningkat dan kematian bertambah secara drastik, terpaksa dilanjutkan lagi. Kalau stage kedua pun yakni sampai tarikh 14 April nanti kes covid-19 tak turun, maka muncul la stage ketiga. 

Jam tu memang ramai yang akan hilang kerja lah cerita dia. Kawan pun dah ada yang hilang kerja sebab tempoh berkurung ni. Kalau lanjut lagi tak tahu nak kata apa dah. Bunoh saja aque...

Semalam kena masuk office untuk assist settlekan hal gaji. Tak ada roadblock pun cumanya kedai makan banyak yang tutup kecuali mamak. Nasib la kedai Pak Da bukak sebab lauk dia sedap. Yang tak bestnya tak boleh ambik sendiri. Kena order tapi disebabkan cermin jadi penghadang, makcik tu bukannya dengar sangat kita bagitau apa. Bila tunjuk dia tak tengok pulak. Penat ulang banyak kali Nak kena angkat kotak gamaknya T.T

Image

Akibat sawan panic buying, ke tong sampah jua akhirnya....

Btw, what the heck happen with Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat? 

Image

Lately ramai yang suarakan kerisauan bila tempoh kuarantin dipanjangkan apa akan jadi kepada keluarga yang ada abuser tapi sudahnya Rina Harun come up with this? Bersuara Doraemon? U think Doraemon comel ah? U think it can shield that victim from domestic abuse? How shallow!

Image

Kenapa perlu point out salah wanita again and again. Sebab wanita berleter, sebab wanita lupa tugas dia sebagai tukang buat kerja dalam rumah dan jaga anak tanpa dibayar while men can get free pass all the time? Tengok lelaki dapat attention sampai dapat infografik panduan beli barang pun dah menyampah because how stupid male can be sampai tak kenal barang dapur asas? Now this?

Image

Rina Harun ni bermasalah sejak zaman PH lagi. Dia tak function tapi nak jugak jadi menteri. Kenapa pecat Syed Azmi yang dah memang lama dalam NGO yang selalu bagi bantuan kepda yang memerlukan? Ingat lagi masa Rina Harun first time bagi bantuan ya ampunn messy gila! Sekarang ni dia pecat orang yang berpengalaman lepastu semua kena daftar ke JKM. Tak menang tangan JKM nanti. Sebab tu la NGO turun. 

Image

Anyway, kes positif covid-19 dah mencecah 2766 dengan 43 kematian. Walaupun ramai sembuh hari ke-13 tapi 6 orang meninggal pada hari ke-14. Dekat US dijangka seramai 200,000 orang akan mati sebab covid-19. China pula dah buka balik pasar basah dia jual exotic animals. They never learn, don't they? 

2 comments

  1. seriously China.. haiah.. Ingatkan dah jadi macam nie, tak adalah pasar exotic tu.. rupanya tetaplah juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.