Movie Review : Nail Polish

Thursday 14 January 2021

Director : Bugs Bhargava Krishna

Writer : Bugs Bhargava Krishna

Cast : Arjun Rampal, Manav Kaul, Anand Tiwari, Rajit Kapur, Madhoo, Samreen Kaur, Sameer Dharmadhikari

Production Company : Ten Years Younger Productions, Neo Films, Dhirajj Walks Of Art

Distributor : Zee5

Genre : Psychology / Crime / Drama / Mystery

Running Time : 128 minutes

Release Date : 1st January 2021

Trailer :

Tengok movie ni sebab ada kawan dekat Twitter mintak pendapat pasal movie arahan Bugs Bhargava Krishna. Sebelum ni dah nampak poster dia tapi tak dapat mood lagi nak tengok sebab ingatkan series rupanya movie. Bila dah tengok rasa macam wow this is good. 

‘The mind commits the crime, the body takes the blame. What should one do, when the accused, is both guilty and innocent? So, follow this evidence closely. Because you will need to make your judgement. A case like this happens but once in many lifetimes. And mind you, this is inspired by true event.’

Awal movie lagi director-writer dah bermain dengan audience bila dia suruh narrator cakap macam ni. Rasa macam syok sebab director ajak audience sama-sama menilai kes jenayah di mana 36 orang kanak-kanak dibunuh dalam masa 5 tahun. Polis dapat jejak Veer Singh (Manav Kaul), jurulatih sukan di Udaan Sports sebagai suspek bila ada dua orang aktivis yang ternampak dua mayat kanak-kanak dibakar sampai rentung lepas ditinggalkan oleh pemandu SUV hitam. 

Dengan segera pihak polis buat roadblock malangnya terlepas si pemandu bila dia sempat lari ke hutan belukar. Dalam kereta SUV tersebut dipenuhi dengan darah milik dua orang mangsa tersebut – Shyam dan Shyamala. Bila DCP Sunil Sachdev (Sameer Dharmadhikari) buat siasatan, mereka akhirnya terjumpa seorang kanak-kanak diikat dengan rantai besi bersambung dengan dinding. Farm house tersebut kepunyaan Ranjit dan Ranjit adalah nama samaran Veer Singh ketika bekerja sebagai undercover army.

Peguam Siddharth Jaisingh (Arjun Rampal) dapat panggilan telefon dari ketua parti politik arahkan dia untuk defend Veer Singh sebab kes ni akan jadi tumpuan pihak media bila kebanyakan kanak-kanak di kawasan tu training di Udaan Sports Centre. Tambah pula dia dapat tawaran untuk jadi orang kuat parti kalau dia menang kes ni. 

Walaupun bukti dari pihak pendakwa boleh dikatakan kukuh tapi Jaisingh dengan senang patahkan keyakinan mereka semua. Tambah pula pihak forensik tak jumpa langsung DNA milik Veer Singh di tempat kejadian. Hakim Kishore Bhushan (Rajit Kapur) pun dah pening dengan pergaduhan antara Jaisingh dan Amit (Anand Tiwari) dalam courtroom. 

Suka dengan screenplay Nail Polish macam scene Amit kena pakai baju badut untuk birthday anak dia then dapat call dari boss dia untuk ambil kes ni. Dia ragu-ragu sebab kes ni melibatkan personaliti terkenal dan kalau dia kalah, dia akan dikecam teruk sebab tuduh orang yang sayang kanak-kanak sebagai pembunuh kanak-kanak. Hidup dia pun dah memang menyedihkan dah. Just like the clown. 

Scene kehidupan personal Hakim Kishore pun agak penting diketengahkan sebab dalam keadaan dia tertekan dengan keadaan isteri dia, Shoba (Madhoo), dia tetap mampu buat keputusan kes dengan seadilnya dan sebijaknya. I do love the ending sebab itu yang terbaik untuk Veer Singh. Watak Jaisingh sama macam watak Tarun Saluja dalam movie Section 375 bila masing-masing pegang prinsip innocent till proven guilty. 

‘Law is not equal to Justice. Justice is an ideal, Law is the medium to get there. Sometimes’

Nak cerita banyak pasal movie Nail Polish ni tapi tak boleh sebab nanti hilang element surprise yang director simpan. Jawapan adakah Veer Singh berpura-pura ataupun mengalami Dissociative Identity Disorder (DID) tu ada pada hujung movie. Kudos to the team dan Arjun Rampal sendiri sebab stay true to the character dan belajar dari lawyer untuk hidupkan scene di mahkamah. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

14 comments

  1. aduh... u buat teka teki pulak, selalu bg jer spoiler huaaa.. kena tgk la ni eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mana ada I bagi spoiler. Kalau bagi pun tu dah memang ada dalam trailer

      Delete
  2. Adoi.. curious pula nak tahu..
    Nantilah try cari filem ini..

    ReplyDelete
  3. nak kena try cari jugak filem ni. jalan cerita mcm menarik je..

    ReplyDelete
  4. mana dapat title best2 ni. aduhhh okay dah masuk list haha thank youuuu

    ReplyDelete
  5. aduhhh memang kena tengok lah cerita ni. nak tau jalan cerita

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak tengok Arjun Rampal berlakon. Dulu2 mmg suka tgk dia berlakon hehe..cte nincam best dan kena dgn jiwa so leh la carik

    ReplyDelete
  7. I suka tengok cerita siasat2 macam ni.. Bestnya.. Lama tak tengok hindustan.. Tapi kalau dlm netflix memgvtak dpt tengok

    ReplyDelete
  8. Waa ada Arjun laaa.. baru tau filem ni, nak kena tengok ni.. Sis baru habis tengok filem Tamil yang penyiasatan tu, apalaa tajuknya.. Farhana ada review tu.. dengan Suami sekali layan tamil hahahaha

    ReplyDelete
  9. Menarik topik filem ni... Nail polish ingatkan tentang beauty rupanya filem penuh suspen juga ni...

    ReplyDelete
  10. what a great review. this looks like such a fun movie to watch. cant wait to add it to the list!

    ReplyDelete
  11. Dengar tajuk ingatkan chick flick. Haha. Rupanya crime thriller. My kind of movie. Thank you sebab selalu introduce kat kitorang movie yang best2. Kalau tak, memang tak tau.

    ReplyDelete
  12. jalan cerita yang nampak menarik. nak tengoklah nnti. saya suka cerita2 yang macam ni. :)

    ReplyDelete
  13. The title of the movie is so catchy, nail polish ingatkan cerita tentang kecantikan mana tau its a crime mystery.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.