Movie Review | Gurgaon

Saturday 30 January 2021

Director : Shanker Raman

Writer : Vipin Bhati, Shanker Raman, Sourabh Ratnu

Cast : Akshay Oberoi, Ragini Khanna, Pankaj Tripathi, Yogi Singha, Arjun Fauzdar, Shalini Vatsa, Aamir Bashir, Anna Ador, Mukul Chadda

Production Company : JAR Pictures

Distributor : M R Films Works & Hashtag Film Studios, Netflix

Genre : Crime / Thriller 

Running Time : 107 minutes

Release Date : 9 December 2016 (IFFA Macao), 4 August 2017

Trailer :

Diinspirasikan dari kisah benar di bandar Gurgaon yang mementingkan kasta dan perbezaan jantina antara anak-anak. Di India lelaki lebih diangkat sementara anak perempuan dianggap menyusahkan. Rasanya benua Asia memang macam tu pemikirannya. 

Kisah bermula dengan kepulangan Preet (Ragini Khanna) disambut dengan gembira oleh ayah dia, Kehri Singh (Pankaj Tripathi). Dalam masa yang sama Kehri menang pilihanraya kecil dan celebrate bersama kawan dan anak-anak buah dia. Nikki Singh (Akshay Oberoi) pula sentiasa merasa terpinggir bila adik dia ada bersama. Impian dia untuk buka gym pun dianggap merepek tambah pula lot yang dibeli oleh Kehri adalah hadiah untuk Preet bukannya untuk Nikki. 

‘I sent him to schoolbut he failed. I sent him to the construction site. He failed. I opened showroom for him, he failed in that too. He’s jinxed. And now he wants to open a gym. He just wants to be famous.’- Kehri Singh

Dalam keadaan marah Nikki bertaruh dalam kriket sebanyak Rs10 juta walaupun Rajvir (Arjun Fauzdar) berulang kali minta kepastian sebab jumlah tu besar. Sudahnya dia kalah dan perlu bayar duit kepada bookie Vikki Bhai dalam masa 3 hari. Nikki come up dengan idea untuk culik Preet dan minta duit tebusan sebanyak Rs30 juta. Karma Devi (Shalini Vatsa) pujuk suami dia untuk call Bhupi (Aamir Bashir) datang tolong. 

Movie crime thriller arahan dan penulisan Shanker Raman ni agak perlahan dan meleret sedangkan banyak scene yang boleh dimasukkan untuk build up some characters supaya dapat tonjolkan kekuatan bonding terutamanya Kehri dengan Preet. Watak Sophie (Anna Ador) pun macam tak perlu ada sebab tak menambah apa-apa impak pada penceritaan pun. Tak pasti Nikki suka dengan dia ataupun just flirt around. 

Ada certain scene yang tak masuk akal juga macam scene Vikki berani ugut anak menteri padahal kalau in real life tak ada siapa berani buat pasal dengan anak menteri. Scene Preet kena culik pun agak kelakar sebab bangunan tu ada guard tapi senang sangat diorang bawa ke kereta tanpa ada saksi. Terang bederang pulak tu. Watak lelaki dengan gitar tu pun lepu habis. 

Second half lagi merepek sebab Preet call Nikki minta tolong walaupun dia tahu abang dia dalang kejadian ni. Tak tahu apa yang dia harapkan dari Nikki sedangkan Nikki dah cakap dengan dia yang ayah dia ambil anak angkat sebab nak ubah nasib buruk dalam hidup je. Scene Kehri biarkan Nikki membunuh tanpa belas tu macam pelik jugak lah. Sama ada dia terkejut anak dia bertukar jadi macam dia ataupun dia memang nak masa silam dia hilang dari kamus hidup. 

Sinematografi dari Vivek Shah menghidupkan mood bandar Gurgaon sebagai kawasan yang dark, creepy dan penuh dengan kejahatan. But please this is just a movie, hakikatnya tak lah seteruk yang digambarkan. Background music dari Naren Chandavarkar dan Benedict Taylor pun membantu beberapa scene berkembang dalam elemen dia. 

Lakonan Pankaj sebagai Kehri Singh yang penuh rahsia tak lah bagus atau meyakinkan sangat mungkin sebab penulis tak kembangkan watak dia dengan baik. Watak Preet yang ada banyak lapisan bila dia banyak mengalah dengan perangai baran abang dia, anak perempuan bongsu yang manja tapi garang bila di luar rumah. Sayang sangat Akshay Oberoi cuma pertaruhkan muka kacak dia tapi lakonan kayu dari awal sampai habis padahal dia adalah watak utama. One-time watch. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.3/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.