Movie Review | Tribhanga - Tedhi Medhi Crazy

Sunday 17 January 2021

Director : Renuka Shahane

Writer : Renuka Shahane

Cast : Kajol, Tanvi Azmi, Mithila Palkar, Kunaal Roy Kapur, Vaibhav Tatwawaadi, Shweta Mehendale, Antara Deshpande, Arha Mahajan, Kanwaljit Singh, Manav Gohil

Production Company : Ajay Devgn FFilms, Banijay Asia, Alchemy Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Time : 95 minutes

Release Date : 15 January 2021

Trailer :

‘Nayan is Abhanga..slightly weird. She’s a genius, so she has to be weird. And my Masha is Samabhanga…completely balanced. And I’m weird, skewed, crazy but sexy…Tribhanga. ‘ – Anu

Filem arahan Renuka Shahane keluaran terbaru Netflix mengisahkan tentang 3 generasi wanita di dalam sebuah keluarga yang messed up and broken. Movie bermula dengan conversation antara Nayantara Apte (Tanvi Azmi) dengan Milan (Kunaal Roy Kapur), penulis autobiografi yang akan membukukan kisah Nayan, penulis terkenal era 80-an. 

Semua sedia maklum relationship antara Nayan dengan anak perempuan dia, Anu tak baik dan Anu tak pernah gelar Nayan sebagai ibu. Apa sahaja tindakan Anu (Kajol) akan disokong oleh adik dia, Robindro (Vaibhav Tatwawaadi) kerana mereka berdua dapat tempias akibat tindakan Nayan ketika muda. Bercerai dan keluar dari rumah, tukar surname anak-anak kepada surname keluarga dia dan Anu (Shweta Mehendale) dicabul dengan suami baru Nayan masa berumur 14 tahun. 

Ayah kandung pula tak pernah datang ambil tahu pasal mereka berdua. Cukup untuk Anu dan Robindro buang dia dari hidup lepas kecewa diabaikan. Sementara Anu memilih untuk berlakon dalam Bollywood dan menjadi penari Odissi, Robindro pula memilih untuk menjadi sami supaya dapat mencari ketenangan. Anu kemudiannya bercinta dengan Dimitri dan lahirkan Masya (Mithila Palkar) bersendirian bila Dimitri bertukar menjadi abusive. 

Berbeza dengan Nayan, Anu memilih untuk tidak berkahwin dan Masya pula dikahwinkan dengan lelaki dari keluarga yang konservatif. Masing-masing berbeza perwatakan dan jalan hidup tetapi kesemuanya terkesan dari pilihan yang dibuat dari si ibu. Scene klimaks adalah scene paling sedih bila Masya bagitahu tentang hidup dia dan kenapa dia buat keputusan untuk anak dia sebegitu rupa. 

Garapan dan penulisan movie Tribhanga lebih menarik dari movie Shakuntala Devi walaupun dengan konsep yang sama, hubungan anak ibu yang berantakan kerana pilihan si ibu. Macam mana tough kehidupan lelaki, tough juga kehidupan seorang wanita yang memerlukan mereka korbankan sesuatu-  antara keluarga ataupun impian. Takkan mampu menggalas keduanya dengan adil. Bila Nayan memilih untuk menulis, dia dikritik teruk dengan ibu mertua sebab tak mampu memasak atau jaga anak-anak. Si suami yang tak mampu nak keluar dari hidup ibu dia buatkan Nayan ambil keputusan untuk keluar.

Kajol menyerlah dalam movie debut OTT platform sebab for me Kajol pandai bermain dengan emosi dalam movie genre family drama macam Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain (1999), Fanaa (2006), We Are Family (2010) dan My Name Is Khan (2010). Nampak bijak bila director guna beberapa gambar dari performance Odissi untuk yakinkan yang dia adalah penari. Kebanyakan conversation dalam movie ni guna bahasa Marathi sebab asalnya director nak release dekat Marathi industry je tapi bila Kajol join, dia bawa Ajay Devgn Films sebagai produser so diorang release dekat Bollywood.

Penceritaan movie Tribhanga digambarkan dengan cantik dari lensa Baba Azmi dengan beberapa close up shot yang menaikkan impak drama pada setiap watak terutamanya Anu dan Nayan. Kemarahan, penyesalan dan sayang semuanya jelas dari riak muka walaupun luarannya nampak cuba kawal dan tampak tenang. Kudos to props dan stylist yang berjaya serlahkan karakter Anu melalui dekorasi rumah dan juga pakaian dia.  

Tak tahu apa obsesi feminist baik Hollywood, Bollywood ataupun filem dari industry lain sekalipun suka sangat gambarkan perempuan yang bebas, kuat  dan berdikari tu perlu guna bahasa makian, kasar dan suka merokok. Memang ada tapi tidak semua. Nevertheless, movie Tribhanga memang menarik untuk dilayan terutamanya untuk kaum wanita. No judgement needed here, just watching memories of another family or other women in life. Do watch Tribhanga in Netflix. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8.3/10

20 comments

  1. tq fana.
    akak nak tgk ni nanti. dok la mencari movie di netflix.
    tak teringat ada hindustan :) hi hi hi...
    nice review. menarik perhatian akak.

    ReplyDelete
  2. What? Kajol has returned to the big screen? Ok I am so going to watch this later. Love the plot about empowerment. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak tengok movie. best2 plak movie yang awak review. thanks nanti nak tengok

    ReplyDelete
  4. Wah ada Kajol la!. Sekarang sampai sis dah kenal juga siapa Tanzi Azmi sb br tonton cite Hindi dia ada. Lps ni sis layan cite ni pulak ya.

    ReplyDelete
  5. Woww kajol 😍 boleh lah yanie nak tengok jugak lah movie ni. Menarik gak jalan cerita dia yek. Thanks tau info.

    ReplyDelete
  6. Rawlins tak tengok lagi movie nie tapi dok baca review yang best pasal movie nie. Sempat lagi Rawlins tengok time MCO 2.0 nie kan

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok lagi cerita ni. nampak macam menarik. bolehlah tengok degan family, sebab diorang memang minat kajol hehe :)

    ReplyDelete
  8. Oh menarik ni. Suka tema, genre dan jalan cerita dia. Filem yang mengetengahkan isu-isu wanita/feminisme mmg saya semangat nak tengok.

    ReplyDelete
  9. Ms tgk cerita ni teegikir adakah kajol mmg mulut dia mmg mcm ni hahha.. tapi jalan cerita mmg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah mulut dia memang macam tu. Ada fans dia yang kecewa sebab perangai dia teruk irl

      Delete
    2. ada tertengok video kat TikTok, Kajol memang sejenis hyper sampai orang sekeliling terdiam.. hahahaha~ tapi dia cantik !!

      Delete
  10. oh ada dalam netflix, boleh lah tengok...lepas habis blogwalking ni nak layan kejap..dah lama tak tengok lakonan kajol..last tengok, dilwale kot!

    ReplyDelete
  11. Betul kata Farhana, Sis baca ni pun dapat gambarkan nampak gambar dalam filem ni cantik, rupanya Baba Azmi dia punya lensa boom..

    ReplyDelete
  12. what a great review. looks like its time to switch it up and watch an Indian movie tonight!

    ReplyDelete
  13. nampak dekat netflix tapi tak terbuka! hahah thank you sebab review lepas ni boleh lah tengok filem ni! jarang2 kita layan cite tamil or hindi ni!

    ReplyDelete
  14. semalam ada tonton tapi tertidur sebab penat baru balik kerja.. nanti nak repeat balik.. kajol tak nampak tuanya hihihi..

    ReplyDelete
  15. pana sengaja tau !! hahahaha~ akak dah la busy dengan keje, mana dan nak ngadap cerita yang pana cadangkan ni.. adoi !! dah banyak dalam list ni..

    ReplyDelete
  16. Banyak juga filem2 menarik dalam Netflk kan.. Boleh add dlm watch list ni. Ada few yang tenfah berusaha habiskan... Hehehe...

    ReplyDelete
  17. Eh kena tgk cte ni sebab ada Kajol hehehe..lama tak tgk cte hindi so leh la cari cte ni nak tgk

    ReplyDelete
  18. Kajol makin cantik..
    setiap tindakan kita memang akan beri kesan pada orang sekeliling kita..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.