Movie Review | Queen (2014)

Sunday 31 January 2021

Director : Vikas Bahl

Writer : Anvita Dutt Guptan, Vikas Bahl, Kangana Ranaut

Cast : Kangana Ranaut, Rajkummar Rao, Lisa Haydon

Production Company : New Amsterdam Film Company, Phantom Films

Distributor : Viacom18 Motion Pictures

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 146 minutes

Release Date : October 2013 (Busan), 7 March 2014 (India)

Trailer :

Bosan asyik terperap dekat rumah, nak keluar pun tak boleh so kita cari balik la movie yang bertemakan travel and self-discovery. Tahun 2014 movie Queen menang Best Film, Best Feature Film in Hindi dan Best Actress di National Film Award yang ke-62 sekaligus menaikkan nama Kangana dan tempatkan dia dalam A-list actress di Bollywood. 

Dua hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung, Vijay (Rajkummar Rao) panggil Rani Mehra (Kangana Ranaut) ke restoran untuk bagitahu yang dia nak batalkan perkahwinan. Kecewa dengan tindakan Vijay, Rani balik dan berkurung dalam bilik. Puas keluarga dia pujuk baru lah dia keluar dan buat keputusan untuk guna pakej honeymoon untuk dia bercuti sebab dia dah lama teringin nak pergi ke Paris. 

‘My condition is like Gupta Uncle. He had cancer but never smoked cigarettes or consumed alcohol. It would be better if he did.’ - Rani

Walaupun berat hati tapi keluarga dia lepaskan untuk pergi ke Paris seorang diri. Dekat sana Rani berjumpa dengan Vijaylaxmi (Lisa Haydon), staff hotel yang berdarah campuran India, Sepanyol dan Perancis. Dekat sana Rani berkawan rapat dengan Vijay dan explore Paris supaya dapat hilangkan kesedihan dia.

‘So what if you lost a Vijay, at least you gained a Vijaylakshmi!’

Lepas tour di Paris, Rani teruskan travel journey dia ke Amsterdam. Dekat sana dia terpaksa berkongsi hostel dengan 3 orang lelaki – Taka (Jeffrey Ho) dari Jepun, Oleksander (Mish Boyko) dan Tim (Joseph Guitobh). Awalnya mereka bertiga tidur dekat luar sebab Rani tak selesa tapi sejak mereka makin rapat, Rani benarkan mereka bertiga tidur di dalam dan have fun bercuti di Amsterdam sama-sama. 

Kalau movie under Phantom Films jarang lah dibikin dengan bajet yang besar dan sama juga lah dengan movie Queen ni. Sepanjang 40 hari diorang shoot dekat Paris dan Amsterdam, diorang makan pun dekat restoran biasa dekat tepi jalan macam dalam movie. Even Kangana pun tukar baju dekat public toilets je. Wardrobe Rani pun biasa-biasa je dan agak nipis so mudah la untuk diorang angkut sana-sini. 

Bila tengok movie Queen memang terlupa terus karakter asal Kangana yang berani dan lancang sebab watak Rani seorang yang naïf dan patuh dengan orang sekeliling dia especially Vijay. Banyak impian Rani terpaksa diketepikan supaya Vijay tak malu atau marah. Geram tengok watak Vijay sebab masa nak dekat Rani dah macam orang gila dia kejar tapi bila dah pergi London, senang je dia buang Rani. Lepastu muka tebal mintak sambung balik. Bila Rani dah keluar tengok dunia luar dan jumpa watak-watak lain baru dia tahu yang Vijay dan keluarga dia toxic. 

Sinematografi dari Bobby Singh nampak cantik dan menarik untuk travel film walaupun dengan bajet yang rendah. Dari Lajpat Nagar, Delhi ke kota Paris yang penuh dengan bangunan ikonik dan landmark terkenal di Amsterdam. Music album Queen digubah oleh Amit Trivedi dengan lirik yang dikarang oleh Anvita Dutt Guptan. Kebanyakan lagu rancak dan energetik. Lagu remake Hungama Ho Gaya dari movie Anhonee (1973) dipasang pertama kali di bar untuk movie Queen.

 

Simplicity yang ditonjolkan dalam movie ni buatkan ianya lain dari yang lain dan nampak menarik. It gives out warm feeling and rejuvenate element. Kudos to director and writers yang biarkan Rani move on tanpa jatuh cinta atau rebound dengan lelaki baru walaupun terserlah chemistry dia dengan Sikander. Dalam lagu Kinare ada scene kawan-kawan dia terpaksa balik dan tinggalkan dia seorang kat situ tapi macam mana Vijaylaxmi bagi dia kekuatan untuk terus berjalan tanpa sesiapa, macam tu jugak dia terus enjoy rock show tu dan balik ke India. 

Walaupun ada scene yang over-stretched macam kissing scene dengan Marcello (Marco Canadea) dengan scene golgappe tu tapi okay lah, small matter je. First time tengok rasa impressed, second time tengok rasa happy and fun. Kalau belum tengok, wajib tengok okay! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. dah lama sangat dah tak tengok cerita hindi ataupun tamil.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.