Tarikh Tayangan: 18 Mac 2026 (Indonesia), 25 Mac 2026 (Malaysia)
Trailer:
Filem bermula dengan babak Bisman (Clift Sangra) meminta Bomoh hantar santau kepada bekas ketua kampung untuk merampas jawatan tersebut. Sejak Bisman naik berkuasa di kampung Karang Setan, habis penduduk kampung dianiaya.
Bekas guru bernama Satriyo (El Manik) berani melawan ketidakadilan itu dan melarang anak tunggalnya, Suzzanna (Luna Maya) dari menerima lamaran Bisman. Namun tak lama kemudian dia juga disantau hingga meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri. Tak lama kemudian, Suzzanna pula melarikan diri dari diganggu oleh anak buah Bisman lalu jatuh dari gaung.
Suzzanna diselamatkan oleh Pramuja (Reza Rahadian) yang tinggal bersama ibu saudaranya, Nyi Gayatri (Djenar Maesa Ayu). Suzzanna dirawat secara tradisional di situ hingga beransur pulih. Dia juga semakin rapat dengan Pramuja namun mereka berdua berpisah kerana Pramuja tak suka dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh Nyi Gayatri. Sementara Suzzanna pula menjadi pelapis kepada dukun wanita tersebut.
Niatnya jelas, dia ingin membalas dendam terhadap perbuatan Bisman yang sengaja menghancurkan keluarganya. Selepas mempelajari ilmu Nyi Gayatri, Suzzanna pulang ke Karang Setan untuk menghancurkan musuhnya.
Kali ni Luna Maya tak berlakon sebagai Sundel Bolong untuk membalas dendam sebaliknya sebagai pengamal ilmu hitam. Lakonan Luna Maya dalam filem Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa juga pamerkan beberapa signature style Suzzanna selain dari protestik dan wardrobe yang seakan sama dengan Ratu seram Indonesia. Masa dia jatuh dalam sungai tu je yang kita boleh nampak rupa sebenar Luna Maya.
Jalan cerita Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa arahan Azhar Kinoi Lubis mempunyai jalan cerita yang ringkas namun tidak cukup rencah untuk filem seram tapi lebih terarah pada gore. Mual juga lah tekak sebab tengok masa makan. Seram yang dimasukkan cuma pada hantu di dalam gua yang kacau Suzzanna semasa bertapa tapi itu pun tak lah seram.
Dialog dari barisan penulis tak begitu kuat untuk menyampaikan mesej memperjuangkan hak masing-masing. Kalau jadi penduduk situ memang pilih untuk larikan diri sebab siapa punya idea letak nama kampung Karang Setan?
Tak pasti Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa menggunakan zaman bila sebagai latar masa utama tapi yang pastinya 80-an sebab tak dijajah tapi tak juga moden. Nak dapatkan bantuan pihak polis pun perlu pergi ke bandar yang terletak jauh dari situ. I tak nampak alasan yang munasabah untuk tinggal lama di Karang Setan.
Watak Pramuja dari awal filem hadirkan elemen misteri dan kejutan di hujung cerita sebab datang ke Karang Setan untuk menjejak ayah dia yang hilang. Dia jatuh suka dengan Suzzanna dan chemistry mereka berdua pun tak disangkal lagi sebab dah pernah tengok Reza dan Luna berlakon bersama dalam filem Mendarat Darurat (2022) sebelum ni.
Tapi kehadiran Reza pun tak mampu selamatkan Karang Setan sebab penggerak filem ini sepenuhnya terletak pada watak Suzzanna walaupun ada watak sampingan yang lebih kuat dari dia. I pun tak expect Reza Rahadian akan lakonkan watak yang kuat sebab dia dah selesa lakonkan watak pasu bunga. I cuma rindu Suzzanna mengilai tapi dalam filem ni tak ada.
Watak Bisman memang ada kuasa sebagai ketua kampung tapi bukan sebagai ketua keluarga. Tak faham juga macam mana dia boleh berani nak kahwin dengan Suzzanna tapi takut dengan Bu Suroh (Nunong) dan kenapa dia tak boleh tundukkan isteri dia. Banyak sebenarnya plot dalam filem ni yang tak mampu untuk difahami. Fun fact, Clift Sangra adalah suami kepada mendiang Suzzanna.
Sinematografi dari Muhammad Firdaus bergantung pada keindahan lokasi latar tempat yang digunakan. Sungai tempat Suzzanna jatuh tu cantik, tempat tinggal Nyi Gayatri pun sarat dengan budaya Nusantara. Namun terlihat lemah pada babak yang menggunakan visual effects. Musik latar pun okayish lah.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10
Gempak betul adaptation filem seram Santet ni, Luna Maya berlakon memang legend. Lokasi latar Nusantara memang cantik & estetik! Sayang visual effects kureng sikit sampai storyline dapat 5/10 je.
Gelak saya langsung part kenapalah nak tinggal di tempat bernama karang setan. 🤣🤣🤣
Memang tak logic. Sayapun prefer jadi nomaden drpd tinggal di tempat yg bernama macam tuh 😂😂.
Jujur tak tertarik menonton ini. Ntahlaah, mungkin Krn bagi saya, Suzanna tak tergantikan 😄. JD saat diperankan oleh artis lain, macam tak kena. Cukup membaca review dari Kakak saja ðŸ¤
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Gempak betul adaptation filem seram Santet ni, Luna Maya berlakon memang legend. Lokasi latar Nusantara memang cantik & estetik! Sayang visual effects kureng sikit sampai storyline dapat 5/10 je.
ReplyDeletenak tengok la nanti
ReplyDeleteGelak saya langsung part kenapalah nak tinggal di tempat bernama karang setan. 🤣🤣🤣
ReplyDeleteMemang tak logic. Sayapun prefer jadi nomaden drpd tinggal di tempat yg bernama macam tuh 😂😂.
Jujur tak tertarik menonton ini. Ntahlaah, mungkin Krn bagi saya, Suzanna tak tergantikan 😄. JD saat diperankan oleh artis lain, macam tak kena. Cukup membaca review dari Kakak saja ðŸ¤