Book Review | Di Antara Logik (2015)

Friday 21 April 2023

Penulis: Faten Anur

Penerbit: Lejen Press

Helaian : 242 mukasurat / 28 bab

Genre : Seram

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Julai 2015

Harga : RM 20 (Semenanjung Malaysia)

Sinopsis:

Luna ceritakan tentang satu kisah. Kisah yang bukan sekadar 'urban legend'. Tapi kisah yang meniti dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.

Dan mereka tersilap langkah. Mereka telah menyeru DIA tanpa disedari. Roh itu kembali-memburu setiap seorang daripada mereka.

Semua yang berlaku kemudian langsung tidak masuk akal lagi. Semuanya DI ANTARA LOGIK.


"Kau memang wujud?"

"Aku wujud kerana kau yang inginkan aku..."

Review: 

Di Antara Logik yang berlatarkan kehidupan pelajar kolej, Luna, Jessy dan Andy yang suka bercerita tentang kisah seram. Watak Luna juga merupakan watak yang nakal dan sentiasa mempunyai idea untuk mengusik rakan sekelas ataupun kawan baiknya, Jessy dan Andy. Kerana kenakalan dia juga, tak ramai yang suka berkawan dengan Luna selain mulut dia yang straight-forward dan pedas. 

Selepas satu insiden yang berlaku di biliknya, Luna mengajak Jessy dan Andy untuk menumpang tidur di butik kepunyaan kakaknya, Jojo yang terletak di Ampang. Luna tak gemar sangat masuk ke butik Jojo kerana patung mannequin yang menyeramkan. Dah datang ke situ takkan nak balik pula ke asrama, dia pun dah terlanjur bagitahu nak tolong Jojo di butik. 

Di butik tersebut dia sentiasa diganggu oleh perempuan berkebaya putih yang mengerikan. Ada kalanya dia mendengar suara memanggil atau barang terjatuh. Yang pastinya dia sentiasa nampak patung mannequin di butik tersebut merenung tajam. 

Sebelum mereka berempat diganggu di butik tersebut, Luna ada bercerita tentang kisah seram rural legend yang wujud di kampungnya. Kisah tentang Dayang Nirmala yang dibunuh dengan kejam oleh adiknya, Citra Kirana. Sebelum meninggal, Dayang Nirmala sempat bersumpah akan menghantui hidup sesiapa saja yang menyerunya. Lama juga penduduk kampung hidup dalam ketakutan kerana roh Dayang Nirmala yang selalu mengganggu di waktu malam. 

Luna asalnya tak berniat untuk menyeru roh Dayang Nirmala tapi dek kerana rasa tercabar oleh kata-kata Andy, dia langar juga pantang larang neneknya. Luna anggap cerita tu cuma dongeng semata lagipun mereka sudah berada di zaman moden, tak mungkin lah roh Dayang Nirmala tu wujud. Luna pernah nyanyi lagu Lingsir Wengi tapi tak ada pulak Pontianak datang berdamping. 

Nasi dah menjadi bubur, sebaik saja Luna habis menyanyi, mereka berempat diganggu oleh roh Dayang Nirmala. Yang pelinya kenapa mereka berempat diganggu dengan teruk sedangkan hanya Luna yang menyanyi lagu tersebut? Lari lah ke mana pun, makhluk seram tu tetap mengekori mereka semua.

Tak lama pun nak habiskan novel Di Antara Logik ni sebab jalan cerita dia menarik dan segar. Tak pernah lagi dengar kewujudan kisah seram Dayang Nirmala. Tengok gaya penulis Faten Anur yang sampai ke penghujung novel tak dedahkaan langsung lirik lagu kegemaran makhluk mistik tu, I assume kisah urban legend ni memang wujud di kampung Luna. Lagipun dekat biodata penulis, dia memang letak pengalaman dia sendiri dalam karyanya. Sebab tu la kot rasa seram setiap kali penulis ceritakan pengalaman Luna diganggu dengan terperinci. 

Yang tak syoknya bila baca naskhah Di Antara Logik terbitan Lejen Press ni bila gaya bahasa penulis yang menjengkelkan. Penulis nampak keliru sama ada nak guna bahasa pasar ataupun bahasa baku. Rasanya penerbit indie macam Lejen Press ni jenis relaks je bab gaya bahasa. Macam tak check sebelum publish pun ye jugak sebab ada typo dan salah watak. 

Turn off bila watak Luna meroyan tak tentu hala sembang bab isu semasa ataupun hal agama. Ye Luna, kau lah yang terpaling jaga agama walaupun watak dia tak berpegang langsung pada Rukun Islam. Menyampah bila dia tiba-tiba jadi preachy dan sakit hati dengan dosa orang lain sedangkan dia pun pendosa juga. 

Disebabkan novel Di Antara Logik ni cuma ada 28 bab dengan 242 mukasurat sahaja, tak hairan lah kalau ada banyak watak yang tak dikembangkan dengan baik macam Andy, Fazil malah kisah Dayang Nirmala juga Citra Kirana. Kita tahu tujuan Pak Aki Jeman tapi tak tahu apa pantang larang tangkal yang diciptanya. 

Kalau ada drama atau filem yang nak ambil idea dari naskhah Di Antara Logik ni hopefully skrip tu ditambah baik dan tak ikut sepenuhnya dari novel ni. Percubaan yang baik dan menarik cuma perlu ditambah baik lagi. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.4 = 3/5 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.