Kena Scam Dengan Kopi SUPER

Thursday 13 April 2023


Masa beli barang dapur minggu lepas ternampak lah promo dari SUPER, beli produk SUPER berjumlah RM20 dalam satu resit pembelian boleh dapat 1 cawan corak batik. Terpedaya dengan promo tu, I pun beli lah kopi SUPER Hazelnut White Coffee sebab kitorang memang suka minum yang tu cumanya tak beli lah dekat NSK sebab markup harga. 

Kalau beli dekat Speedmart dalam RM11 macam tu, kadang kalau beli barang pantry dekat LOTUS pun grab dua atau tiga pek buat stok sebab tengah murah. Dulu kopi ni RM7 je lepastu high demand, mula lah mencanak harga dia sampai RM16. Entah apa benda main harga macam tu sebab orang beli time diskaun gak. I still can;t find substitute for this flavor. Once dah jumpa memang bye bye lah. 

Berbalik kepada cerita asal, I pergi ke kaunter customer service untuk tebus hadiah. Staff tu tanya nak warna merah atau hijau so I cakap hijau lah sebab corak batik warna hijau tu cantik. Tup tup dapat bekas plastik macam ni.

I was like ??? Kalau I nak balang plastik, baik I pergi kedai ECO borong dekat sana. Dah la corak tak cantik macam dalam iklan tu. Rasa menyesal pulak beria beli semata sebab nak cawan batik dia T.T

4 comments

  1. alahai kesiannya hampa.. kdg2 ada limit stok free gift macm tu. mngkin abes dh kot. sepatutnya sediakanlah lelebih sket.

    ReplyDelete
  2. kesiannya kena scam huhuhuhu
    sampai ati buat customer macam ni hmm

    ReplyDelete
  3. ala..ni betul2 kena scam ni. kalau MA pun frust

    ReplyDelete
  4. Tu cawan ke Farhana.. memang tipu sangat ni.. Kalau dekat gambar tu, cawan kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.