Sekitar Majlis Tayangan Perdana Drama Astro Originals KUASA

Thursday 6 April 2023

 

Jemputan ke Majlis Tayangan Perdana Drama KUASA antara event yang terawal I dapat dari pihak Astro. Walaupun dah setahun terperam dalam gallery, rasa macam baru je pergi event ni. Masa dapat jemputan ni pandemik baru je slow down jadi kebanyakan masanya kitorang pakai mask lah. Even press conference pun pakai mask. 

Dalam kad jemputan nampak nama Ning Baizura, Nadia Brian, Izzy Reef, Nia Atasha dengan Alicia Amin yang akan datang ke premiere event ni. Sampai je dekat Pavillion terus register sebagai media dan ambil goodies bag. Dekat dalam tu ada tiket media, press release dengan card holder KUASA. Sampai sekarang sayang nak pakai sebab card holder dia cantik. 


Sebelum masuk kitorang lepak dekat luar layan refreshments yang disediakan. Masa ni dah nampak beberapa orang selebriti. Nampak A.Galak dengan Dato' Yusof Haslam juga tapi takut nak approach. Ada juga pelakon baru sebab nampak media dok kerumun. Sementara tunggu tu pergi redeem voucher popcorn, dapat lah set combo. 

Bila dah boleh masuk dalam hall, kitorang dapat seat cantik sebab dekat tengah hall. Hall untuk tayangan perdana Episod 1 drama KUASA pulak Star Max Hall jadi seat dia selesa sangat. 


Dah dapat seat, tunggu ketibaan media yang lain dan barisan pelakon juga production. Tak lama lepas tu nampak Ning Baizura datang dengan Nadia Brian. Riuh jugak mulut diorang, tegur media, bergambar bagai. I lambai lambai je lah sebab segan. Jarang datang event so everything feels surreal and alien to me. First time tengok Alicia Amin depan mata, selama ni nampak dekat Twitter je. 



Bila semua yang dijemput dah sampai, penerbit diberi ruang untuk berucap kemudian tayangan drama KUASA pun bermula. Rasa tak percaya dapat tengok sama-sama dengan pelakon dan pengarah. Selama ni tengok promo video je, kali ni dapat merasa pengalaman tu sendiri. 

Riuh Ning Baizura membawak sampai ke tayangan sebab masa watak dia muncul semua bersorak. Watak dia dalam drama KUASA pun menyerlah sangat sebagai Puan Sri Lily. I pun impressed tengok drama berlatarkan keluarga elit dan bekerja dalam bidang hiburan. Mesti rujukan tu diambil dari Skop Productions sebab diterbitkan dari production house tu. 




Selesai tayangan, semua media dijemput ke seat hadapan untuk sesi press conference. I am too excited sampai nervous nak tanya soalan untuk cast drama ni. Nak dekat hujung baru berjaya tanya soalan untuk Nazim Othman, Ning Baizura dan juga Nadia Brian. Soalan biasa je, macam mana diorang prep role sebab watak diorang agak mencabar dalam KUASA. 

Masa press conference tu Nazim bagitahu yang dia baru je balik dari Sabah jadi dia tak cukup tidur. Dia datang last minute sebab nama dia tak ada pun dalam senarai pelakon yang hadir untuk majlis ni. Ada media yang tanya Dato' Yusof Haslam kalau drama KUASA ni diambil dari kisah keluarga dia sebab bilangan anak Tan Sri Dharma dengan Puan Sri Lily pun 3 orang dan kesemuanya terlibat dalam dunia hiburan. Dato' Yusof bagitahu tak ada kena-mengena pun antara drama dengan real life. 


Habis je press conference, kitorang tak tahu nak buat apa. Nak join interview tapi macam tak berani sebab blogger je pun. Tengok dari jauh je mampu. Memandangkan kitorang duduk dekat dengan pintu keluar, sempat lah tegur Izzy Reef lepastu ajak bergambar sekali. Walaupun masa tu tak kenal, tapi for future reference, boleh la kabo dulu pernah menyembang dengan Izzy. 


Izzy: Korang berdua ni kembar ke?
Me: Eh tak, adik-beradik. 
Izzy: Oh patutlah sama....

Izzy ni sopan je bercakap even masa menyembang dengan mak dia pun lembut je suara. Terus search Izzy dekat Instagram lepastu tekan butang follow. Lepas bergambar dengan Izzy, ternampak Nazim Othman tapi segan nak approach. Masa kitorang tengah menyembang tu terdengar ada orang tanya 'Siapa ada tisu?! Panas lahh!' rupanya Ning Baizura mencari tisu. I nak offer tisu tapi segan sebab tisu NSK je kitorang bawak masa tu. 

Tak lama lepas tu nampak Nadia Brian dah settle interview dengan media so kitorang tegur lah dia nak bergambar. Kita segan tapi dia pulak yang excited lepas tu cakap terima kasih sebab tanya soalan padahal dia tak tahu tangan dah sejuk sebab nervous nak tanya soalan. Soalan I tanya pun soalan biasa je, tak sangka dia appreciated. 



Masa ambil gambar adik I dengan Nadia, adik I tercakap 'alamak tinggi lah Nadia ni'. Terus dia cepat-cepat bongkokkan badan supaya tak nampak ketara gap tu. Her fan service memang A level lah. Kalau pun dia layan kitorang dengan baik sebab kitorang media, but still you boleh nampak layanan tu memang ikhlas. Even masa dia nak balik, lepas habis menyembang dengan Nazim, dia sempat lambai dekat kitorang cakap byeeee~! 

Kalau ikutkan main press conference habis pukul 4.30 petang macam tu tapi media boleh je stay untuk one on one session interview dengan artis. Disebabkan kitorang tunggu nak bergambar dengan seorang pelakon ni, lama jugak lah stay dekat dalam tu. Nak approach dia, segan lepastu dia makan pulak. Kitorang duduk pulak dekat belakang director jadi dengar lah beberapa teh. Kantoi sebab tergelak sekali. 

Tunggu punya tunggu, lepastu pelakon tu ajak bergambar dekat luar tapi rupanya dia balik macam tu je. Laju gila dia jalan tanpa toleh belakang. Hampeh kena scam. Tak pasti lah dia terlupa ke apa yang dia ajak kitorang bergambar ataupun dia sengaja nak lari. Either way tetap sedih sebab kena game. 


Untuk semua tetamu yang datang, pihak Astro bagi meal set. Lega jugak lah hati yang terluka tu sebab meal set dia sedap. Lepas habis makan, kitorang keluar bergambar dekat mercu tanda Pavillion sebab jarang jejak kaki dekat sini. Rasanya ni kali kedua lepas tahun 2016. Tssskkk


Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.