SHE PANDORA PERTARUHKAN SINGLE KETUHANAN BERJUDUL ‘D1K4U’

Friday 14 April 2023

Setelah kejayaan ‘Setia’ sebagai OST Kekasih Hati Mr Bodyguard, She Pandora kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, berjudul D1K4U. D1K4U merupakan hasil susunan lagu dan lirik She Pandora sendiri. Mengetengahkan konsep ketuhanan, lagu ini berkisahkan tentang kelalaian manusia terhadap Sang Pencipta. Bait indah lagu D1K4U mulai ditulis oleh She Pandora sendiri sewaktu musim pandemik Covid-19 yang lepas.

“Pandemik yang melanda negara merupakan titik kesedaran bukan buat saya sahaja, malah buat seluruh rakyat malaysia. Sewaktu pandemik lah kita mulai menghargai segala nikmat dan kebebasan yang diberi oleh Allah SWT selama ini. Kita ibarat burung yang patah sayap, tak boleh ke mana-mana, terkurung di rumah sendiri malah rezeki juga seperti tersekat.”

“Kita semua ibarat hilang tempat bergantung, kita hilang komunikasi bersama dunia luar dan lagu ini juga merupakan luahan perasaan untuk apa yang She rasa selama ni, merujuk pada diri She sendiri. Kerana kadang-kadang bila kita ditimpa ujian, kita mengeluh, kita marah, tak puas hati dan sebelum ni She sentiasa nak kejar rezeki, impian, kejar dunia sahaja Sedangkan, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah jamin kejayaan kita.”

Menurut She Pandora, lagu ini ditujukan kepada semua yang turut merasakan apa yang dirasakan oleh beliau selama ini. Mungkin banyak yang kehilangan jiwanya, yang merasakan bahawa setiap hari yang mendatang penuh dengan masalah. Lagu ini juga diibaratkan sebagai sebuah doa dan pengharapan buat diri beliau sendiri. Harapan She Pandora, agar lagu ini dapat menyentuh jiwa-jiwa yang sedang hilang, sayu dan sunyi, agar sesiapa yang mendengar lagu ini sentiasa kembali dan perbaiki hubungan bersama yang Maha Esa.

Para pendengar boleh mendengarkan lagu ini mulai 7 April di Saluran YouTube Pandora Empire Studios dan di platform penstriman digital.

YouTube Channel: @nurshiazli

Instagram: @iam_shepandora

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.