Movie Review | Chor Nikal Ke Bhaga (2023)

Saturday 15 April 2023


Director: Ajay Singh 
Writer: Siraj Ahmed, Amar Kaushik, Raj Kumar Gupta
Cast: Yami Gautam, Sunny Kaushal, Sharad Kelkar, Indraneil Sengupta, Barun Chanda
Production Company: Maddock Films  
Distributor: Netflix
Genre: Heist / Thriller
Running Time: 110 minutes
Release Date: 24 March 2023
Trailer :


Chor Nikal Ke Bhaga mengisahkan tentang Ankit Sethi (Sunny Kaushal) yang menaiki penerbangan sama dengan Neha Grover (Yami Gautam), pramugari Max Asia. Flashback 8 bulan sebelumnya, Ankit jatuh cinta pandang pertama dengan Neha dan mula approach pramugari cantik tersebut sehingga lah mereka berdua bakal menimang cahaya mata. 

Namun Ankit mula diekori oleh gangster sehingga buatkan Neha risau akan keselamatan keluarga kecilnya. Neha dapat tahu Ankit berhutang dengan klien sebanyak Rs20 crores dan mencari jalan untuk selesaikan perkara tersebut sebelum anak mereka lahir. 


Berpatah balik ke masa sekarang, tanpa disangka penerbangan yang mereka naiki dirampas oleh pengganas yang ingin Adil-Mir, ketua pengganas mereka dibebaskan dari penjara di Manali, India. Flight marshal, Sudhanshu Roy (Indraneil Sengupta) dirampas senjatanya kemudian diikat di bahagian belakang pesawat. Kumpulan pengganas tersebut mahu pesawat mendarat di Kullu walaupun landasannya kecil dan berisiko tinggi untuk pesawat komersial yang dinaiki untuk mendarat. 

Sementara pengganas tersebut menyatakan keinginan mereka kepada ejen RAW Parvez Shaikh (Sharad Kelkar), Ankit secara curi-curi menyelesaikan rencana dia tanpa pengetahuan sesiapa. Neha yang cuba membantu juga diugut akan dibunuh tanpa teragak-agak. Apa kesudahan nasib Ankit, kena tengok sendiri lah di Netflix. 


Bangga tengok Sunny Kaushal dapat skrip untuk filem yang bagus seperti naskhah Chor Nikal Ke Bhaga arahan Ajay Singh lepas Shiddat (2021), Hurdang (2022), dan yang terbaru, Mili (2022). Kesemua filem Sunny dapat ditayangkan di Netflix jadi boleh nampak lah siapa rising star kesayangan Netflix. Sebelum ni Radhika Apte, sekarang giliran Sunny pula. 

Sama macam abang dia, Sunny juga mempunyai bakat besar dan buktikan mutu lakonan dia dalam setiap filem yang ditawarkan. Boleh nampak Sunny menyerlah sebagai Ankit yang mempunyai banyak shades sepanjang 110 minit filem ini ditayangkan. Dari awal lagi kita dah nampak watak Ankit ni ada something yang off cuma tak tahu apa sebab tu curious nak tahu perjalanan watak dia. Masa dia menjerit fuck lepas kena belasah tu nampak real betul. Sakit hati bila dia mendesak Neha setiap kali dia stuck padahal dia pun tahu keadaan dekat dalam pesawat tu macam mana. 


Gandingan sama kuat bila pengarah pilih Yami Gautam untuk lakonkan watak Neha Grover, pramugari yang bergelut dengan masalah peribadi dan juga ketika pesawat diancam oleh kumpulan pengganas. Lepas A Thursday (2022), dah boleh nampak watak Neha juga akan jadi sekuat Naina Jaiswal but a bit disappointed bila ada masanya Neha macam takut dan teragak-agak dengan keputusan yang dia buat. 

Tak faham kenapa Menteri arahkan supaya ejen RAW yang handle kes besar macam ni tapi ejen yang sampai tu tak mampu nak hadam plan kumpulan pengganas. Of course penulis nak highlight kumpulan yang licik tapi bila dia tone down watak ejen RAW, naskhah ni nampak lemah. 


Masa interrogation session pun I menyampah bila Neha pandang bilik siasatan sampai ejen RAW tu syak ada something fishy. Sepatutnya pengarah tak payah fokus sangat pun dekat babak tu tapi shift kepada Neha dan Ankit atau Ankit dengan kekusutan dia sebab masalah datang bertimpa-timpa. 

Sinematografi dari Gianni Giannelli terlihat kemas dengan bantuan VFX yang membuatkan babak kapal terbang nampak meyakinkan. Lagu dalam filem Chor Nikal Ke Bhaga ada satu je, Janiye yang menguatkan lagi chemistry antara Sunny Kaushal dan Yami Gautam. First time digandingkan bersama tapi berjaya bawa kita masuk dalam dunia mereka berdua. 



Tengok pada kejayaan filem Chor Nikal Ke Bhaga, Maddock Films macam nak buat sekuel untuk watak Ankit dan Neha. I tak kisah sebab kalau ada bagus, I boleh tengok pairing yang bagus berlakon bersama. Kalau tak ada pun tak apa. Those yang belum tengok boleh search movie ni dekat Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.