Drama Review | Remarriage & Desires (2022)

Sunday 16 April 2023


Director: Kim Jeong-min 
Writer: Lee Geun-yeong
Cast : Kim Hee-sun, Lee Hyun-wook, Jung Yoo-jin, Cha Ji-yeon, Park Hoon
Production Companies: Image9 Tiger, Tiger Studio
Distributor: Netflix
Genre : Drama
Running Episodes : 8 episodes (55-71 minutes per episode)
Release Date : 15 July 2022
Trailer :


Drama Remarriage & Desires mengisahkan tentang REX, ejen mencari jodoh elit yang terletak di Gangnam. Seo Hye-seung (Kim Hee-sun) telah didaftarkan oleh ibunya setelah kematian suami. Di REX dia berjumpa dengan Jin Yoo-hee (Jung Yoo-jin), peguam yang pernah bekerja di syarikat mendiang suaminya dan mempunyai hubungan sulit. Kerana fitnah dari Yoo-hee, suami yang telah berkahwin dengan Hee-sun selama 15 tahun bunuh diri. Hilang semua harta yang dia ada, kerjaya dan juga nama baik hanya kerana perbuatan jahat seorang perempuan.

Setelah tragedi hitam tersebut Yoo-hee daftarkan diri di REX kerana ingin berkahwin dengan ahli Super Black iaitu CEO Hilbul, Lee Hyeong-joo (Lee Hyun-wook). REX kepunyaan Choi Yoo-seon (Cha Ji-yeon) mendapat klien VIP seperti Congressman, Menteri dan ramai lagi jadi tak hairan lah jika setiap ahli mempunyai perbezaan status. 


Belum pernah terjadi lagi ahli Diamond atau Platinum boleh approach ahli Black atau Super Black kerana perbezaan taraf hidup dan status. Tapi dek kerana dendam Hye-seung terhadap Yoo-hee, Yoo-seon guna peluang tu untuk raih kelebihan dari persengketaan tersebut. Selain watak antagonis Yoo-hee yang menyakitkan hati, watak CEO REX juga ada permainan dia yang tersendiri.

“It was a struggle, but I thought that was the end of it, but this is only the beginning with that woman.” – Seo Hye-seung


Boleh kata semua watak perempuan dalam drama karya penulisan Lee Geun-yeong mempunyai agenda tersendiri. Desire yang dimaksudkan bukanlah kepuasan hati atau nafsu semata namun lebih dari itu. Setiap episod ada twist menarik dan juga perkara yang tak dijangka berlaku dari setiap watak. Pengarah pula pandai tease dengan shot backless supaya level curiosity mencanak. Tak lama pun ambil masa untuk habiskan kesemua 8 episod nak pula bila dah mencecah ke penghujung. 

Kalau dah berlatarkan kisah hidup T20, jarang lah perkahwinan tersebut berdasarkan perasaan cinta. Macam watak Jung Mi-jin (Kim So-Ra) yang mengejar ahli Black kerana ingin balas dendam terhadap kematian ayah dia. Mi-jin perlu cari lelaki yang jauh lebih kaya untuk guna kelebihan aset harta yang banyak dan juga networking yang kuat. Sama juga dengan Yoo-hee yang tamak dengan kekayaan orang. 


Tapi disebabkan watak utama, Hye-seung tu bukan mata duitan cuma nak expose perangai jahat Yoo-hee, jadi wujud la sub-plot kisah cinta tiga segi. Quite a cliché one lah sebab dia adalah heroin damsel in distress kemudian lelaki kaya datang tolong dia. Kelakar bila tengok ending sebab semua watak utama jadi sama status dengan dia gara-gara mengejar cinta. But it’s a pleasant watch sebab kedua-dua hero handsome dan kaya. Bijak pula tu, masing-masing ada aura tersendiri jadi tak kisah langsung pun Hye-seung nak pilih siapa di penghujung tu. 

Visual dalam drama Remarriage & Desires ni tak lah macam drama komersial yang selalu masuk dalam TV tu, a bit toned down walaupun dibikin untuk tayangan di Netflix. Macam drama gred B pun ye jugak tapi tetap cantik lah sebab berlatarkan kemewahan kelas atasan. 


Memandangkan drama terbitan Image9 Tiger dan Tiger Studio mempunyai 8 episod sahaja jadi tak mendalam sangat lah setiap watak yang diketengahkan untuk plot utama. Cukup kita tahu masing-masing mempunyai keinginan yang kuat dan boleh diperolehi melalui perkahwinan. Tengok gaya CEO REX buat kerja, macam seronok pula jadi ejen mencari jodoh. Tak sangka boleh hidup mewah dari kerjaya macam tu. 

Yang belum tengok dan suka layan drama kelas atasan macam ni boleh lah layan di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.