Starbucks | Donut Viral

Monday 10 April 2023


Sekarang ni kalau pergi Starbucks adik I akan order Donut Viral sejak jadi kegilaan bermula tahun lepas. Ramai yang suka sebab sedap lah of course. Donut biasa dekat Starbucks ni berbentuk segi empat dengan lubang di bahagian tengah jadi dia bukanlah donut derhaka, dia cuma unik gittewww

Untuk donut viral ni, barista akan masukkan sekeping cheese di lapisan tengah kemudian letak drizzle caramel syrup sebagai topping. Donut biasa tu fluffy jadi bila makan dengan caramel, rasa dia lebih manis ditambah pula dengan cheese yang masin sikit. 

Sebelum serve dekat customer, barista akan panaskan dulu donut tu jadi bila makan akan dapat rasa dount yang rangup. Bila makan ada rasa gebu, rangup, manis dan masin all at once. Please jangan expect cheese tu akan meleleh panjang macam mozarella sebab ni cheese slice biasa je. 

Harga untuk donut Starbucks yang biasa tu RM4 something dan harga Donut Viral, RM6 lebih. I'm not a fan of this menu sebab manis caramel tu kuat sangat. Ni makan pun sebab nak try dan healing dari TREASURE' HELLO Asia Tour's PCD juga kekecewaan tak dapat jumpa Amir Ahnaf tsskkkkk

4 comments

  1. Kalau ada Amir mesti donut tu bertambah sedap hahaha

    ReplyDelete
  2. pehh ada cheese kat tgh mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Uish.. gabungan menarik tu.. donut,cheese dan karamel..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.