Drama Review | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Monday 3 April 2023


Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Azhar Amirulhisyam, Ifan Adriansyah Ismail, Sammaria Simanjuntak, Nonny Boenawan, Satpal Kaler
Pelakon : Sofia Jane, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Raykarl Iskandar, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Esma Daniel, Aida Aris, Dhia Irdina, Hana Thia, Khai Sabri
Syarikat Produksi: Independent Pictures
Penyiaran : Viu
Genre : Thriller / Misteri
Jumlah Episod : 10 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 9 Februari 2023 
Trailer : 


Drama terbaru Viu Originals mengisahkan tentang 8 orang yang terjaga di sebuah rumah agam kepunyaan Nenek Bongkok Tiga (Sherie Merlis). Kesemua mereka ditempatkan di dalam sel yang terletak di ruang bawah tanah. 

Kesemua watak yang dipenjara di rumah tersebut mempunyai rasa bersalah dan dosa yang tersendiri. Zamir (Hun Haqeem) adalah hiker yang mencari Zaid (Raykarl Iskandar), adiknya yang hilang di Bukit Luruh. Kerana pertemuan Zamir dengan Samira (Sofia Jane) yang muncul kembali setelah menghilang selama 60 tahun lamanya, Zamir tahu Zaid disorok di hutan berpuaka tersebut. 


Sementara Adi (Merqeen) pula lari dari pihak polis kerana jenayahnya dan secara tak sengaja masuk ke laluan pokok buluh yang membawa dia ke rumah tersebut. Sama juga dengan Alis (Sara Ali) yang dikehendaki kerana telah membunuh majikannya. Mior (Fimie Don) pergi ke Bukit Luruh kerana ingin tanam mayat rakan sekelasnya. 

Malia (Sara Mack Lubis), Sani (Syafie Naswip), Salim (Syazwan Zulkifly) dan juga Haikal (Ashraf Muslim) juga mempunyai cerita yang lebih kurang sama. Di sana mereka diberi makanan secukupnya namun dilarang untuk pergi ke bilik berpintu hijau. 


Mereka juga sentiasa mendengar suara mengerang yang kuat dan mengerikan. Kata Nenek, itu adalah suara Tuan Tanah yang meminta untuk diberi makan. Setiap yang masuk ke rumah tersebut, sama ada memberi makan atau menjadi makanan. Yang pastinya Tuan Tanah tidak makan bangkai. Sekiranya tidak mahu dimakan, mereka berlapan perlu main semua permainan untuk terus hidup. 

Lepas naskhah Ganjil (2021), Dato’ Yusry muncul dengan naskhah thriller misteri yang mengangkat mitos seram iaitu Nenek Bongkok Tiga yang wujud di kawasan hutan. Permainan-permainan yang dipaparkan juga merupakan permainan tradisional yang semakin lenyap ditelan zaman seperti Osom, Ibu Ayam Dikejar Musang dan Enjit-Enjit Semut. 


Selain keunikan tersebut, kekuatan Nenek Bongkok Tiga terletak pada jalan cerita yang unik dan segar di mana berlatarkan alam ghaib dan menggunakan konsep saka. Tak pasti lah pelakon yang diambil untuk projek Nenek Bongkok Tiga perlu melakukan ujibakat ataupun pilih secara rambang sebab kesemua mereka bawa watak masing-masing dengan cemerlang. 

Tak sangka langsung Hun Haqeem tonjolkan lakonan mantap untuk watak Zamir yang menggalas kebanyakan babak dan intense scenes dalam drama terbitan Independent Pictures ni. Macam mana dia boleh lontarkan lakonan dengan cemerlang dalam babak bersama pelakon veteran seperti Sofia Jane dan Sherie Merlis memang mengagumkan untuk ditonton. Walaupun karakter dia memang karakter hero tipikal tapi sesuatu yang baru dari Hun sebagai pelakon. Macam mana Zamir rasa bersalah, rasa marah dikhianat oleh watak-watak lain, semangat kuat dia untuk keluar dari situ semuanya dipaparkan dengan bagus. 


Sama juga dengan Merqeen yang sebelum ni popular sebagai hero drama romantik tapi menyerlah dalam pesona Adi yang pengecut dan ego. Serious talk, I fell in love with his talent! Kalau dekat episod-episod awal boleh nampak Adi antara watak yang annoying dan selfish tapi di hujungnya ada character arc yang cantik sampai kita tahu apa trauma yang dialami Adi sampai dia jadi macam tu. 

Bukan saja dinamik Merqeen terlihat kuat bersama Hun Haqeem, babak Merqeen dengan Alis juga tonjolkan bond yang kuat. Pelakon kanak-kanak, Dhia Irdina mencuri tumpuan juga setiap kali wataknya muncul on screen. Langsung tak nampak kekok dan berjaya deliver karakter menjengkelkan supaya Adi rasa tercabar. Casting director ada kelemahan sikit dekat sini sebab bila watak Hana dah besar, muka dia Chinese look sedangkan masa kecil muka Melayu habis. Of course it's a minor mistake but somehow bagi kesan juga.


Sembang pasal sinematografi, Nenek Bongkok Tiga banyak bergantung dengan kesan khas CGI terutamanya di kawasan rumah Nenek juga di jeti yang berlatarkan kawasan laut bergelora. Ada masanya CGI tersebut tampak meyakinkan namun kebanyakan masanya kelihatan lemah. Tuan Tanah juga dipaparkan sebagai raksasa bertanduk seperti syaitan padahal kalau ikutkan hantu raya ni makhluk hitam berbulu dan bersaiz besar. Mata pula merah biji saga. Tapi lain orang lain perspektifnya kan? 

Scene yang I rasa mencacatkan screenplay bila pengarah nak sangat tunjuk perut Alis lepas dijahit oleh Marlia sampaikan perut Alis nampak hasil prosthetic makeup. Patutnya tutup luka tu dengan kemeja Alis pakai supaya terlindung kelemahan tu. Sayang lah sebab dah ngeri masa tengok Marlia jahit sendiri sampai curious sama ada Marlia medical student ke sebab nampak tak panik langsung dalam situasi tu. Tangan dia pun nampak ada skill masa jahit tu.


Beberapa watak juga tak puas tengok walhal wataknya kuat. Kuat maksudnya, karakter dia ada something to offer pada jalan cerita tapi dibunuh oleh penulis terlalu awal. Bila dah masuk Episod 7 hingga Episod 10 dah mula draggy dengan drama atau fillers. Permainan yang dimasukkan juga tak lama untuk kita nampak keunikan permainan tersebut. Hilang seronoknya dekat situ bila penulis lebih fokus pada elemen drama yang buatkan cerita Nenek Bongkok Tiga nampak heavy. 

Macam mana Samira boleh jumpa Tuan Tanah juga tak diceritakan dengan baik, apa perjanjian yang buat Tuan Tanah geram dengan Samira juga tak pasti. Mungkin sebab Tuan Tanah nak Samira hingga ke akhirnya tapi Nenek baru juga jalankan tugas dengan cemerlang. 


Kudos to wardrobe and art team sebab paparkan props juga busana yang memaparkan keindahan seni budaya Melayu Nusantara dengan cantik. Bahkan bahasa yang digunakan Samira dan juga Narangsa pada Episod 10 pun ada seni dan ritmanya tersendiri. 

Selain dari pengorbanan dan kasih sayang yang diketengahkan, mesej untuk berpegang teguh dengan prinsip dari watak Zamir antara mesej yang terpahat kemas lepas tengok drama Nenek Bongkok Tiga. Personally, I rasa zaman sekarang susah sangat nak jumpa orang yang berpegang teguh dengan prinsip hidup. Bila kita ada prinsip, datang segala jenis ujian sampai lemah jiwa pun, kita boleh hadap. Salah satu keindahan budaya hidup masyarakat Melayu juga tapi makin lama makin pudar. 


Yang belum tengok, wajib tonton drama Nenek Bongkok Tiga supaya Viu atau produser tempatan hasilkan lebih banyak lagi karya yang berkualiti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

2 comments

  1. Geram betul bila Samira mati awal.. Macam Farhanah cakaplah, permulaan perjanjian dia dengan tuan tanah tu tak berapa kukuh ceritanya.. lepas tu kenapa tuan tanah marah snagat dengan dia.. tu je la yang agak tak best.. Kak Sha pun tersuka dengan watak Zamir tu.. Sedihlah bila dia fikirkan orang lain tapi asyik kena khianat je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.