SYAHMI SAZLI TAMPIL FILEM TERBARU ‘SATU HARI SEBELUM RAYA’, LEBIH DRAMATIK DAN BAKAL MENGUNDANG AIR MATA

Tuesday 4 April 2023

Ikon Pengarah Muda, Syahmi Sazli kembali dengan filem terbaru berjudul ‘Satu Hari Sebelum Raya’ dan filem genre drama ini akan temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bemula 6 April ini. Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi Sazli selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022). Filem berdurasi 1 jam 24 minit ini menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli dalam memberi sentuhan pada naskhah yang lebih dramatik yang mampu menjentik emosi, berbanding filem terdahulu yang lebih memfokuskan pada elemen komedi drama.

Menurut Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal, Syahmi Sazli berkata, “Saya rasa amat teruja untuk mempersembahkan filem ini dan dalam pada itu turut berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton. Selepas menghasilkan Mael Totey The Movie dan 35mm, sokongan positif penonton mendorong saya untuk terus berkarya dan terhasillah Satu Hari Sebelum Raya. Kali ini saya cuba membawakan subjek yang dekat dengan masyarakat iaitu Hari Raya Aidilfitri; dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, namun jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Saya harap filem ini diterima baik dan mampu memberi nilai hiburan serta pengajaran kepada penonton.”

Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi. Kali ini menyaksikan Syahmi Sazli mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya. 

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya bermula 6 April 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro Shaw dan Astro Gempak.

***************************************************

SYAHMI SAZLI PRODUCTION SDN BHD

MEMPERSEMBAHKAN

SATU HARI SEBELUM RAYA


Tajuk : Satu Hari Sebelum Raya

Genre : Drama/Komedi

Pengarah : Syahmi Sazli

Produksi : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Bahasa : Melayu (Kelantan)

Durasi : 1 Jam 24 Minit

Jumlah Hari Penggambaran : 10 Hari

Lokasi Penggambaran : Sekitar Kota Bharu

Tarikh Tayangan di Astro First : 6 April 2023

BARISAN PELAKON

Wanie Rohaimie sbg Ika

Ashrul Hakim sbg Yoe

Hushairi Husain sbg Yie

Shahman sbg Samer

Asyiff Suhaimi sbg Asif

Mustapha Kamal sbg Pakcik Arif

Sheila Mambo sbg Kak dah

Kamarool Yusoff sbg Ketua Kampung

Saiful Apek sbg Uncle

Anissa Faizul sbg Aida

Putry Mohd sbg Fiza

Badri Radzi sbg Pengemis

Poyie Gasi sbg Penjahat 1

Emie Sukmasari sbg Penjahat 2

Cik Amie Gangster sbg Jurujual

Tok Ayoh Skoda sbg Jali


TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Produser : Syahmi Sazli

Pengarah : Syahmi Sazli

Skrip : Senibayan & Syahmi Sazli

Cerita Asal : Syahmi Sazli

Lakon Layar : Syahmi Sazli

Pengurus Produksi : Aishah Salim

Pengarah Fotografi : Nazir Ahmad

Penyunting : Syahmi Sazli

Penata Bunyi : Syahmi Sazli

Pereka Busana : Zihni Yassin/Aiddil Misran

Penata Tatarias : Zihni Yassin


LAGU/MUZIK

Lagu : Gewe Ku Ore Kelate

Penyanyi : Emie Sukma Sari

Terbitan : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Lagu : Anak Kampung

Penyanyi : Adam ZBP

Terbitan : Anak Seni Studio

Lagu : Suara Takbir Violin

Cover : Nisa Addina

Lagu : Pulanglah Violin

Cover : Salim Violin


Sinopsis 

Mengisahkan tentang perjalanan dua beradik miskin, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum raya. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe?

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.