Movie Review | My Sassy Girl (2022)

Wednesday 19 April 2023


Pengarah : Fajar Bustomi
Penulis Skrip: Titien Wattimena
Pelakon: Jefri Nichol, Tiara Andini
Syarikat Produksi: Falcon Pictures
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022 (Indonesia), 4 Ogos 2022 (Malaysia), 6 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Remake dari filem terkenal Korea, My Sassy Girl arahan Kwak Jae-yong yang diterbitkan pada tahun 2001 menyingkap kisah percintaan antara Gian (Jefri Nichol) dan gadis aneh bernama Sisi (Tiara Andini). Gian bertemu dengan Sisi pada ulang tahun kelahirannya dan dalam perjalanan untuk ke rumah Tante Rima. 

Di stesen keretapi Sisi kelihatan terhuyung-hayang dan hampir terjatuh dari landasan. Dalam gerabak pula, Sisi muntah pada baju Gian kemudian terpaksalah dia menghantar gadis tersebut di hotel berdekatan kerana semua beranggapan Sisi adalah teman wanita Gian. Sudahnya Gian terlewat untuk ke rumah tantenya malah disuruh untuk tidur di luar kerana mengabaikan suruhan ibunya.


Keesokan harinya Gian dapat panggilan telefon dari Sisi. Dari situ bermulalah hubungan mereka berdua sebagai pasangan kekasih. Namun percintaan mereka terhalang oleh orang tua Sisi kerana Gian masih lagi belajar dan belum stabil. Gian ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Sisi kerana dia belum cukup kenal perempuan tersebut, banyak rahsia dan perkara sedih yang tak diceritakan oleh Sisi. 

My Sassy Girl original antara filem wajib tonton untuk genre romantic comedy namun berbeza pula dengan My Sassy Girl remake terbitan Falcon Pictures ni. Pemilihan pelakon utama boleh kata kurang tepat kerana Tiara Andini tak mampu menggalas watak Sisi yang mengalami kemurungan setelah kehilangan orang tersayang. Kebanyakan babak drama tak dilontarkan dengan baik malah ekspresinya juga nampak dipaksa. Macam babak Sisi menangis semasa berjumpa dengan lelaki yang nak bunuh diri akibat tertekan ditinggalkan tunangnya. 


Dalam filem original, Jun Ji-hyun mempunyai fizikal yang cantik jadi tak hairanlah apa saja kelakuan aneh yang dilakukan terlihat cantik di hadapan watak hero. Sayangnya Tiara nampak canggung dan fake di hadapan kamera sebab My Sassy Girl adalah filem debutnya dalam dunia lakonan. Sepatutnya casting director pilih pelakon yang lebih berpengalaman dan berbakat sebab watak heroin adalah fokus utama. 

Chemistry Tiara dengan Jefri juga tak mampu menghadirkan bibit cinta atau sisi romantik dalam babak mereka bersama. Tak boleh nak faham atau connect dengan watak Gian bila dia pilih untuk bersama Sisi sebab kebanyakan masanya Sisi tersangatlah menjengkelkan. Sibuk nak atur makan dan minum Gian tapi bila Gian tegur perangai dia, Sisi pula melenting hidup dia hanya dia saja yang boleh tentukan. Contradict teruk. 


Sepatutnya remake My Sassy Girl jadi lebih baik sebab reference dah ada, teknik perfileman pula lebih canggih berbanding 22 tahun yang lepas. Mijoo dengan Na-Ra lakonkan balik adegan kejar-mengejar dalam My Sassy Girl masa shooting The Sixth Sense lagi natural dan mengasyikkan daripada remake ni. 

Sinematografi remake My Sassy Girl dari Dimas Imam Subhono juga antara kelemahan yang mencacatkan cerita sebab tone grading dan filter yang digunakan nampak kelam dan tak menarik. Kecuali masa babak Sisi tunjuk keindahan waktu senja pada Gian di Rumah Gadang yang terletak di Sumatera Barat. Kelebihan bila ada remake ni, kita dapat tengok keindahan budaya setempat dari negara tersebut. Lokasi yang menarik adalah Stasiun Sudirman dan Taman Mini Indonesia Indah. Tak lah banyak sangat pun yang diapaparkan dalam remake sebab pengarah lebih ke arah kehidupan moden yang urban. 


Wardrobe Gian dengan Sisi juga terikat dengan konsep yang cuba dibawa oleh pengarah. Jefri nampak tak selesa lansung dalam persona yang digambarkan. Mengganggu sangat bila watak utama tak mampu nak carry visi pengarah. Kita yang tengok pun tak seronok. Tak rasa nak masuk pun dalam dunia mereka berdua yang sepatutnya tampak indah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

1 comment

  1. Patutlah tajuk macam familiar remake citer Korea. Mrs. A dah pernah tengok yang Korea punya je. Risiko buat remake mesti penonton akan bandingkan dengan yang asal hehehee...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.