PASANGAN DUO BLOCKBUSTER KEMBALI MELENGKAPKAN TRILOGI ‘POLIS EVO’ DI PAWAGAM MULAI 25 MEI INI

Monday 17 April 2023

PASANGAN DUO BLOCKBUSTER KEMBALI MELENGKAPKAN TRILOGI ‘POLIS EVO’ DI PAWAGAM MULAI 25 MEI INI | Duo ‘favorite’ ramai, Zizan Razak dan Shaheizy Sam disertai barisan bintang seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish, Douglas Lim dan Farali Khan.

Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana. 

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati. 

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof 

mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures. 


Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Filem francais box-office Polis Evo yang paling dinantikan ramai kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel ketiganya. Kelainan Polis Evo 3 kali ini tentunya menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani. Di samping itu, Polis Evo 3 turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini. Kami juga akan tampil dengan rangkaian promosi kreatif dengan menjalinkan kerjasama bersama jenama-jenama PUBG MOBILE, serta video pendek khas bersama pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, Sofyank, di samping inisiatif kreatif bersama rakan-rakan pemamer. Kami harap kemunculan semula selepas lima tahun dapat memberi keterujaan kepada penggemar, penonton dalam dan luar negara serta industri perfileman tempatan.” 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja berpeluang terlibat dalam filem francais terbesar negara yang dinanti-nantikan penonton. “Astro Shaw telah mewujudkan keserasian dalam bekerjasama dengan Skop Productions melalui filem-filem kolaborasi terdahulu. Sebagai penerbit dan pengkarya seni tentunya kami ingin menghidangkan sesuatu yang berbeza dan sekali gus mampu menepati cita rasa penonton. Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan kami yakin kemampuan beliau mampu menghasilkan sebuah filem  luar biasa. Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita.”

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, “TGV rasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions, menerusi francais filem blockbuster Polis Evo. Melihat sambutan francais terdahulu, TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri. Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan dan berharap dapat menjalinkan usahasama sebegini lebih banyak lagi pada masa hadapan."


Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3
Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  



Lagu Tema Filem (OST) 
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas  enam tahun tidak merakam lagu. 

PUBG MOBILE x Polis Evo 3


Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. 

Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.

Sofyank X Polis Evo 3
Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award,  Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial. 


Rakan Radio
Radio ERA selaku radio rasmi dan Sinar, Gegar, Hitz, Mix, Lite dan Zayan turut memberi sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan filem Polis Evo.

Siri Jelajah Polis Evo 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 


Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

********************************

INFO FILEM
Tajuk: Polis Evo 3
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Aksi / Komedi
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Zizan Razak
Penerbit Penyelia: Kyle Goonting
Syarikat Produksi: BlackFlag 
Penerbit : Joel Soh, Andre Chiew
Pengarah: Syafiq Yusof  
Jumlah Hari Penggambaran: 8 Minggu 
Lokasi Penggambaran: Lembah Klang


BARISAN PELAKON
Shaheizy Sam sbg Inspektor Khai
Zizan Razak sbg Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sbg Reza
Syafiq Kyle sbg Inspektor Dani
Fara Ali Khan sbg Inspektor Julie
Douglas Lim sbg Inspektor Dell
Nora Danish sbg Anis
Eyka Farhana sbg Yati
Fauzi Nawawi sbg ACP Farouk
Fezrul Khan sbg Inspektor Faizal

TENAGA PRODUKSI 
Pengarah: Syafiq Yusof
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah Fotografi: Jordam Chiam
Penyunting: Pai Seang & Nazim Shah
Pereka Busana: Nazirah Ramlan
Solekan Kesan Khas: Eds Arippin
Pereka Produksi: Nazrul Asraff
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi


SINOPSIS 

Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila mereka menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri! Persahabatan mereka bakal teruji apabila siasatan mereka mendedahkan bahawa suspek letupan tersebut mempunyai kaitan dengan masa silam Khai yang dirahsiakannya selama ini.

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.