Drama Review | Jubilee (2023)

Saturday 22 April 2023


Director: Vikramaditya Motwane
Writer: Hartej Sawhney, Nishant Agarwal
Cast: Prosenjit Chatterjee, Aparshakti Khurana, Aditi Rao Hydari, Sidhant Gupta, Wamiqa Gabbi, Ram Kapoor
Production Companies: Andolan Films, Reliance Entertainment, Phantom Studios
Distributor : Amazon Prime Videos
Genre : Period Drama
Running Episodes: 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 7 April 2023
Trailer :


Berlatarkan tahun 1947 di mana India dan Pakistan berpisah membentuk dua negara, produser terkenal, Shrikant Roy (Prosenjit Chatterjee) hantar pembantunya, Binod Das (Aparshakti Khurana) ke Lucknow. Tugasnya mudah, pujuk Jamshed Khan (Nandish Sandhu) tandatangan kontrak bersama Roy Talkies sebagai pelakon bernama Madan Kumar dan gesa Sumitra Kumari (Aditi Rao Hydari) pulang ke Bombay. 

Asalnya Sumitra Kumari yang dihantar untuk buat tawaran kepada Jamshed tapi kerana prinsip dan idealisme yang dipegang oleh Jamshed buatkan Sumitra Kumari jatuh cinta. Mereka berdua rancang untuk larikan diri ke Kolkata, jauh dari dunia glamor. Dalam masa yang sama, Jay Khanna (Sidhant Gupta) juga ingin berjumpa kawan baiknya, Jamshed untuk pujuk supaya berlakon dalam filem debut arahannya di bawah terbitan Khanna Studios. 


Namun dek kerana rusuhan yang berlaku akibat perpecahan negara pada ketika itu, Jamshed Khan telah pun ditangkap terlebih dahulu. Binod menjadi Madan Kumar seperti yang diinginkan oleh Roy Talkies, Jay Khanna dan keluarganya mencari perlindungan di kem pelarian sementara Sumitra kerah segala resources untuk mencari Jamshed. 

Sesuatu yang mencuri perhatian bila pengarah buat keputusan untuk angkat pelakon komedi seperti Aparshakti Khurana sebagai Madan Kumar yang diinspirasikan dari pelakon sebenar, Ashok Kumar. Kira kepercayaan yang besar untuk dia lakonkan watak Madan Kumar yang mendominasi screentime drama Jubilee. Hilang terus imej pelakon komedi bila dia berlakon sebagai superstar zaman 50-an, setaraf dengan Dilip Kumar yang popular pada era itu. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk karakter Binod yang pendiam tapi bila-bila masa boleh meledak untuk gapai impian dia macam babak Binod bakar negatif screen test. Api marak tepat menggambarkan perasaan dia masa tu. 


Tertarik juga bila tengok trailer drama Jubilee sebab berlatarkan zaman 40-an hingga 50-an, dah tentu kostum pada era tersebut yang menarik perhatian. Watak Sumitra Kumari antara yang menjadi tumpuan sebagai pelakon wanita terkenal selain menjadi produser filem di saat wakil Rusia dan Amerika mencari tempat dalam dunia perfileman India. 

Banyak perkara yang boleh belajar tentang dunia perfileman filem Hindi dalam drama Jubilee yang ditayangkan sebanyak 10 episod bila naskhah ni dicedok dari kisah benar yang berlaku di Bombay Talkies satu ketika dulu. Macam mana Rusia cadang untuk jadikan showbiz sebagai medium propaganda Soviet’s Union. Macam mana sebuah filem dibikin menggunakan negatif ataupun macam mana terlahirnya idea untuk menggunakan penyanyi latar dan lagu yang telah dirakam dalam filem. 


Naskhah Jubilee paparkan bagaimana dunia perfileman ada permainan politiknya untuk kekal selamat dalam lifespan yang rapuh. Hari ini Madan Kumar jadi superstar kesayangan penonton, esok lusa mungkin Jay Khanna dengan imej dan personaliti yang dibawa. Setiap episod terlihat menarik gara-gara plot twist kerana pendirian setiap watak utama. 

Walaupun watak Shrikant Roy diolah sebagai antagonis yang pandai memanipulasi keadaan supaya takdir berpihak kepada dia tapi dekat hujung cerita boleh nampak kenapa dia jadi macam tu. Sayangnya setiap watak ada kelemahan masing-masing, I’m saying this in a good way sebab hakikat manusia tak tertakluk hanya pada hitam atau putih. 


'Cinema can raise the level of the public by giving them the taste of purjery of photography, of music, aspirations..... Cinema can empower people. I created Madan Kumar to fight with the system...t o empower those people.' - Shrikant Roy  

Licik macam mana pun seperti watak Niloufer (Wamiqa Gabbi) yang menggunakan beberapa watak lelaki untuk naik di atas, dia tetap juga jatuh dan jadi pilihan untuk dibuang pada bila-bila masa keadaan mendesak. Tepat sangat pilihan casting director bila ambil Wamiqa Gabbi berlakon watak penggoda. Bukan saja watak lelaki yang tergoda dengan kehadiran secara curi-curi ataupun secara terangan, yang tengok ni pun terpesona. 


Asalnya tengok Jubilee sebab Aditi Rao Hydari yang cantik sangat dalam persona Sumitra Kumari tapi Wamiqa yang tinggalkan impak mendalam pada beberapa episod. Chemistry Wamiqa dengan beberapa pelakon menjadi, tak kisah lah dengan Aparshakti ataupun Sidhant Gupta. Bila tengok Niloufer dengan Madan Kumar, terserlah sangat kebahagiaan tu. Perasaan yang sama juga bila tengok Niloufer menari dalam hujan dengan Jay. 

Tengok pada trailer, ingatkan watak Sumitra akan bercinta dengan Jay Khanna yang menempa nama di saat nama Madan Kumar kukuh di hati penonton. Rupanya, mereka mempunyai musuh yang sama. Kecewa jugak lah sebenarnya bila watak Sumitra jadi lemah hanya kerana cinta lelaki sedangkan Jamshed adalah pelanggan setia Niloufer di Lucknow. Chemistry Aditi dengan Sidhant pun kuat juga tapi dapat tengok sekali saja dalam lagu Na Koyi Mera. 


Kalau diikutkan kebanyakan watak perempuan dalam naskhah Jubilee tak berpihak pada wanita. Tengok gaya penulis karang watak Sumitra, Ratna Das (Shweta Basu Prasad), Niloufer ataupun Kiran Singh Sethi (Sukhmanee Lamba) pun dah boleh agak pengakhirannya macam mana. Nak kata mereka ni terikat dengan ekspektasi masyarakat pun tak juga sebab masing-masing bebas memilih jalan hidup masing-masing tapi kesudahan semuanya sama. Geram bila tengok Kiran menagih cinta Jay sedangkan banyak kali dia dikecewakan.

Tahun lepas Amit Trivedi menghasilkan himpunan lagu klasik dalam filem Qala (2022) yang berlatarkan dunia nyanyian, tahun ni pula menghimpunkan lagu sekitar zaman 50-an. Hampir kesemua lagu menghiburkan dengan runut bunyi mengasyikkan juga lirik dari Kausar Munir yang menguatkan lagi jalan cerita. Personal fav, Dariyacha Raja dengan Nahin Ji Nahin. 



Selain lakonan yang mantap dari barisan pelakon yang terkenal dengan bakat mereka, kekuatan naskhah Jubilee juga terletak pada dialog karya Hartej Sawhney dan Nishant Agarwal. Tak dinafikan banyak dialog kehidupan yang diambil dari naskhah lain tapi disusn semula dalam bahasa yang lebih puitis, dimantapkan lagi dengan cara penyampaian buatkan kebanyakan babak terkesan. 

Walaupun drama Jubilee boleh dikatakan berat dengan politik kuasa, wang, kemasyhuran namun ada juga babak kecil yang terlahir tanpa sengaja. Macam babak Jay Khanna dengan Raghu Jhalani (Alok Arora) yang terpisah dek kerana perbezaan kaum tapi saling membantu bila keadaan memerlukan. Nampak lah dekat situ manusia boleh berubah bila dapat peluang kedua dalam hidup. Menarik juga bila tengok parallel antara Shrikant Roy-Madan Kumar yang kuat kerana kesetiaan berbanding Walia-Jay Khanna yang kuat melalui visi dan misi mereka dalam dunia hiburan. Mana satu yang bertahan lama dan macam mana juga hubungan mereka diuji. 


Anyway, I really enjoy watching Jubilee. Kudos to team production yang bagi peluang kepada pelakon underrated bersinar hebat dalam naskhah yang mempunyai skrip yang bagus. Thanks to Amazon Prime Video for this kind of story too. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.