Movie Review | Takut Ke Tak (2020)

Sunday 16 April 2023


Pengarah: Muzzamer Rahman
Penulis Skrip: N/A
Pelakon : Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabila, Arwind Kumar, Han Zalini, Danielle Sya, Sheerry Aljeffri, Ropie Cecupak, Delimawati
Syarikat Produksi: Jazzy Pictures
Pengedar: GSC Cinemas, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2020 (Malaysia, Brunei), 17 September 2020 (Singapura)
Trailer :


Takut Ke Tak, naskhah seram komedi arahan Muzzamer Rahmanmengisahkan tentang lima orang pelajar yang perlu menghasilkan sebuah filem seram untuk projek graduasi. Amir (Nabil Aqil) pilih sebuah rumah usang yang terkenal dengan cerita seram di Internet. Sementara Yang Guo (Fabian Loo) dan Linda (Ika Nabila) menjadi pelakon utama, Sivar (Arwind Kumar) jaga bahagian audio dan Abbas (Han Zalini) pula ditugaskan sebagai cameraman.

Plan mereka berlima adalah menghasilkan sebuah filem seram yang segar, unik dan bukannya cliché seperti kisah seram yang lain. Amir menyampah setiap kali layan cerita seram mesti watak dalam filem tersebut akan masuk ke rumah hantu atau pergi juga mencari hantu yang mengganggu. Amir nak siapkan projek filem dengan segera sebab rumah tersebut juga menjadi spot pilihan untuk kumpulan mahasiswa yang lain. 


Malangnya satu hari baru sempat selesai rakam satu babak kerana sedikit demi sedikit mereka semua diganggu. Bermula dengan suara yang menyapa Linda sehinggalah mereka berjumpa dengan roh cantik (Danielle Sya) di dalam rumah tersebut, banyak perkara seram yang mereka perlu tempuh dan yakin kenapa kebanyakan cerita hantu mempunyai alur cerita yang mudah dijangka dan cliché. 

Tertarik untuk tengok filem seram komedi terbitan Jazzy Pictures sebab ada Arwind Kumar. He’s one of my favorite influencers sebab funny. Bila dia berlakon dalam filem seram komedi, memang tergedik lah nak tengok walaupun dah baca review dari Tiara


Jalan cerita Takut Ke Tak ni tersangatlah lemah pada skripnya walaupun ada idea yang berpotensi untuk jadi filem seram komedi yang menarik. Kalau dibikin dengan betul caranya, mungkin boleh jadi menarik macam filem Ada Hantu (2021)

Awalnya watak utama buat keputusan untuk keluar dari kepompong filem seram yang cliché tapi pengarah pilih rumah usang yang berhantu. Kenapa Amir tak pilih je kampus diorang yang sahih tak ada hantu. Dah la tak buat research kemudian sembrono saja masuk ke ‘rumah’ orang. Bila dah dekat dalam rumah tu pula, Sivar menjerit jangan sentuh barang dalam rumah tu tapi dia juga suruh Yang Guo simpan balik gambar yang tercampak keluar dari almari. 


Masa hantu cantik muncul pun macam merepek sangat Yang Guo dengan Abbas mudah sangat percaya padahal terang lagi nyata dia hantu. Mesti lah dia nak something dari diorang berlima sebab dah kacau tempat dia. 

Bab dialog memang out lah sebab tak ada apa yang menarik pun, even masa roh yang terperangkap dekat situ cerita pasal background pun tak menarik. Peliknya masa flashback scenes, kenapa watak dalam cerita tu sembang dalam Mandarin padahal pakai hanbok? 


Tak suka langsung watak Abbas sengaja buat suara sengau untuk wujudkan rasa kelakar. Dah la annoying wataknya. Lakonan yang lain pun tahap mehhh sebab kebanyakannya pelakon baru, ada masanya Ika Nabila over dalam beberapa babak tapi chemistry Ika dengan Nabil nampak cantik lah. Sayangnya tak dikembangkan sangat sebab nak bagi laluan dekat kisah cinta hantu cantik. 

Untuk sinematografi dan audio, tak ada lah yang teruk sangat. Not bad je nak layan dengan selesa sebab filem ni pun dibikin dalam konsep yang santai. Masa Hantu Kak Limah muncul pun okay je lah visual effects dia guna tu. 


Filem Takut Ke Tak ni tak seram pun sebab hantu yang muncul pun kelakar walaupun ada masanya menggerunkan juga macam Nenek dengan hantu tangan. Kalau nak hilangkan bosan bolehlah layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

1 comment

  1. dia punya idea menarik tapi jalan cerita dan skrip lemah sangat. i tengok citer ni pun time bosan nasib terhibur juga dengan watak Arwind..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.