Movie Review | Hunger (2023)

Sunday 9 April 2023


Director: Sitisiri Mongkolsiri
Writer: Kongdej Jaturanrasamee
Cast: Nopachai Chaiyanam, Chutimon Chuengcharoensukying, Gunn Svasti Na Ayudhya, Bhumibhat “Aim” Thavornsiri, Varit “Pao” Hongsananda
Production Company : Song Sound Productions 
Distributors : Netflix
Genre : Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 6 April 2023
Trailer :


Hunger merupakan nama restoran eksklusif kepunyaan Chef Paul (Nopachai Chaiyanam) yang menyediakan hidangan dari bahan premium kepada golongan elit tapi tak semua krew tahan bekerja di restoran tersebut. Dek kerana kekosongan itu, Tone (Gunn Svasti Na Ayudhya) buat tawaran kepada Aoy (Chutimon Chuengcharoensukying) untuk join Hunger. 

Tawaran tersebut seperti peluang besar untuk Aoy ubah nasib hidup dengan keluar dari warung kepunyaan keluarga. Aoy tertarik dengan teaser Hunger dan kejayaan Chef Paul sebagai tukang masak terkenal di Thailand.  


Aoy diterima bekerja setelah lulus dalam ujian memasak nasi goreng. Aoy menggantikan tempat junior sous chef dan tugasnya ialah menggoreng makanan. Dari Hunger dan Chef Paul, dia dapat belajar banyak perkara dalam masa yang singkat dan di situ juga dia belajar yang kehidupan elit tak menjanjikan kebahagiaan. 

‘What you eat represents your social status, not your love. The poor eat to end their hunger. But when you can buy more than food, your hunger doesn’t end. Your hunger for approval for something special, for exclusive experiences.’ – Chef Paul


Kalau tengok pada tajuk filem dan poster, naskhah Hunger arahan Sitisiri Mongkolsiri berlatarkan makanan elit yang dihidangkan dengan konsep plating yang eksklusif. Namun naskhah terbitan Song Sound Productions menggunakan pembahagian status sosial yang ketara di negara Thailand. Tak perlu tunggu lama pun bila penulis menggunakan watak Tone untuk tarik Aoy keluar dari bebanan kemiskinan yang diwarisi turun-temurun. 

Dalam beberapa babak kita boleh tengok watak Aoy mula berubah selepas bekerja di Hunger dan bertemu dengan ramai individu ternama. Aoy mula pandang makanan di kawasan kejiranannya dengan pandangan jelik dan ajar supaya keluarga dan kawannya makan makanan dari bahan bermutu tinggi.


Naskhah Hunger sarat dengan babak-babak tegang antara Aoy dan Chef Paul di mana satu watak ingin jadi istimewa dan satu pihak lagi ingin mengekalkan keistimewaan yang dia ada. Bila tengok Hunger ni rasa macam jadi penonton untuk rancangan Hell’s Kitchen. Rasa tertekan dan berdebar dengan alur cerita yang susah untuk dijangka. 

Vibe Hunger lebih kurang sama dengan franchise drama Girl From Nowhere (2018) kerana forte pengarah dalam menghidupkan suasana seram dan tegang. Sinematografi yang berlatarkan perbezaan antara dua status sosial menguatkan lagi suasana penceritaan dibantu dengan music score yang terikat dengan tema dan konsep filem. Babak parti ‘Flesh and Blood’ dengan parti Mrs Milky antara highlight scenes yang perlu ditonton dalam Hunger.


Lakonan Chutimon menghidupkan watak Aoy yang datang dari keluarga miskin bersama beban tanggungjawab dan ingin menjadi kaya seperti Tone dan Chef Paul. Keinginan untuk berada di atas buatkan watak Aoy menjadi tumpuan utama dalam naskhah Hunger namun penulis kurang beri tumpuan kepada watak sampingan yang lain terutamanya Tone dan juga keluarga Aoy. Filem ni sepenuhnya dari point of view Aoy dan ada kalanya perspektif tersebut terbatas. 

Personally I tak suka babak Aoy bawa makanan warisan keluarga untuk menang dalam pertandingan sengit dengan Chef Paul sebab watak Mr. Tos dah bagitahu yang Aoy memang bagus dalam bidang kulinari namun kurang identiti. Sebagai babak klimaks yang menjadi tumpuan, I tak rasa makanan Aoy setanding dengan Chef Paul. Nampak sangat Aoy masih mentah dan sedikit pun tak mampu menggugat kedudukan Chef Paul. 


Mungkin perkara tu perlu untuk kuatkan lagi kenyataan Chef Paul yang orang macam dia akan pergi lebih jauh dan jauh lebih berkuasa dari undang-undang tapi bila Aoy dah berazam untuk buat Mrs Milky kenal kehebatan dia, I jadi invested sangat dengan presentation dari Aoy. Malangnya, kecewa teruk. Kalau you guys tengok filem ni nanti mungkin akan faham apa yang I cuba nak sampaikan. 

Selain dari babak tu, I macam tertanya-tanya berapa pendapatan yang Aoy dapat masa bekerja sebagai krew Hunger dan chef di FLAME sebab karakter dia nampak tak jauh beza pun dengan kehidupan sebelumnya. Status keluarga dia pun tak berubah langsung selain dari Aoy mampu bayar bil hospital yang melambung walhal ayah dia cuma masuk hospital kerajaan. 


Nevertheless, Hunger adalah naskhah dengan percubaan yang bagus bila mana menggunakan makanan untuk menjelaskan masalah sosial yang semakin meruncing di negara tersebut. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

3 comments

  1. nampak menarik ni.. boleh la layan nanti :)

    ReplyDelete
  2. mmg masuk dalam list.. tgk
    promo nampak gempak

    ReplyDelete
  3. jalan cerita yg menarik, mesti boleh belajar ttg makanan high class

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.