Sekitar Majlis Berbuka Puasa Ram Reza & Muhammad, Eden Cafe, Kuala Lumpur

Thursday 13 April 2023


Aktiviti wajib di bulan Ramadhan, mestilah Majlis Iftar dan tahun ni bertempat di Eden Cafe, Persatuan Alumni Universiti Malaya, Damansara. Dah banyak kali buat majlis dekat sini jadi confident lah nak buat majlis. Sama macam tahun lepas, tahun ni juga pihak RRM jemput pelajar tahfiz dari Maahad Al-Hijrah Subang Bestari untuk berkongsi rezeki di bulan mulia. 

Memandangkan tarikh yang dipilih pada hari Ahad, maka tak ramai yang dapat turut serta majlis ni sebab dah ada plan dengan keluarga. Dalam tak ramai tu pun, 6 meja juga RRM book untuk Majlis Iftar untuk cawangan Lembah Klang. Cawangan Penang dengan Kuala Terengganu pun ada buat juga tapi di tempat masing-masing macam tahun sebelumnya. 


Majlis Iftar RRM bermula pada jam 6 petang dengan sesi ucapan dari Managing Partner, En. Hisham Hj Muhammad. Selain berkongsi berita gembira tentang duit raya dari Tetuan Ram Reza & Muhammad, En. Hisham bagitahu juga tahun ni akan diadakan company trip ke destinasi yang akan diumumkan kelak. 

Last company trip masa tahun 2020, itupun 2 minggu sebelum PKP fasa pertama. Lepas 3 tahun, syarat dari Kerajaan pun dah makin longgar, baru lah Council of Partners setuju untuk adakan balik aktiviti besar macam ni. Bukan itu saja, malah RRM juga akan muncul di media seperti TV dan juga radio untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai peguam bersama orang ramai. Seusai ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan sesi pemberian duit raya kepada warga RRM. 





Tamat dengan pemberian terakhir, sesi fotografi warga RRM dan juga pihak tahfiz diadakan sebelum semua dijemput mengambil makanan sebelum azan Maghrib berkumandang. 



Sama seperti tempat berbuka puasa yang lain, Eden Cafe pun ada konsep yang tersendiri iaitu Nusantara dengan pelbagai props untuk menghidupkan deko klasik orang Melayu. Setiap booth dihias dengan atap buluh yang disusun secara menegak, tiang dihias dengan replika ketupat palas dan juga lampu lip lap. 



Antara hidangan di Eden Cafe adalah Mee Kari Aroma, Roti John, Satay, Nasi Putih, Foo Yong Egg, Butter Prawn with curry leaves, Sambal Paru, Asam Pedas Tenggiri, Daging Goreng Kunyit, Dalca Tulang Kambing, Masak Lemak daging salai dan pucuk pegaga, Ayam Masak Merah, aneka kerabu dan salad, buah-buahan, Bubur Lambuk Special, Nasi Kuzi Kambing, Rojak Pasembur, Bread Butter Pudding, Char Kuey Tiaw, Shepherd's Pie, Macaroni dan kuih-muih tradisional. 

Tak sempat nak makan semua menu yang dihidangkan oleh pihak Eden Cafe tapi Nasi Kuzi Kambing, Dalca Tulang Kambing dengan Shepherd's Pie. 














'Danish, sedap tak?!'

Dekat Eden Cafe disediakan surau yang luas untuk yang datang berbuka di sini jadi tak perlu rushing pun bab solat. Habis solat boleh sambung makan balik. Walaupun majlis iftar ni jemput pelajar tahfiz sebagai tetamu tapi segan nak beramah mesra dengan semua pelajar sebab kesemuanya pelajar lelaki. Masa jemput diorang bergambar pun semua macam segan sangat nak bercakap. Masa majlis ni banyak habiskan masa dengan melayan anak-anak Ain terutamanya Aqil sebab first time jumpa. 


Dah habis makan dengan menyembang dengan semua yang datang majlis, kitorang bergambar sebagai kenangan dekat majlis iftar tahun ni. Tak sempat nak bergambar dengan yang lain sebab ramai yang balik awal, nak prepare untuk jadual hari Isnin. Terima kasih kepada Ram Reza & Muhammad untuk duit raya yang tersangatlah membantu di Hari Raya nanti sebab raya tahun ni jatuh pada tengah bulan, gaji pun jauh lagi nak menjelma. Terima kasih untuk jemputan Majlis Iftar 2023 juga :)

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.