Support Yamani Abdillah & Zaki Yamani di Anugerah Drama Sangat, PICC Putrajaya

Monday 10 April 2023


Bulan lepas Kak Liya ajak pergi Anugerah Drama Sangat under fan club Yamani Abdullah untuk support persembahan Yamani dengan Zaki di Anugerah Drama Sangat 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. 

Kalau ikutkan memang tak nak pergi sebab hari Khamis I ada event Program Ramadhan Astro, Jumaat pula ada general meeting office, hari Sabtu ada konsert TREASURE so I expect Ahad untuk berehat sebelum masuk office. 

Tapi sebab Kak Liya offer nak ambik dan hantar pulang so I okay je nak follow walaupun ada beberapa traumatized episode dengan TV3 sebelum ni. Lagi satu hal, I tak layan sangat drama Melayu jadi most probably I tak tahu pasal drama yang tercalon. 

Anugerah Drama Sangat ni diwujudkan untuk mengiktiraf dan menghargai tenaga kerja penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama televisyen Malaysia. Tema Anugerah Drama Sangat untuk tahun ni ialah hitam dan putih. I dah pakai masa konsert TREASURE so I pakai je apa yang ada dalam wardrobe. I’m not happy with my tudung, that’s for sure. Bebai.

Kak Liya datang pickup pukul 5 lepastu singgah Ara Damansara untuk pickup lagi sorang ahli Jemaah kemudian bergerak ke PICC. Sampai around 6.30pm macam tu. Baru je duduk dengan family Yamani, I ternampak Amir Masdi singgah kejap dekat lounge area. Impian Najwa finally tercapai, nak bergambar dengan Amir Masdi. 

Organizer kata dah sampai, terus pergi ke meja pendaftaran fan club untuk dapat pas masuk. Bila pergi, organizer kata diorang tukar plan. Kena cukupkan 10 orang dan datang daftar pukul 7.30pm nanti. Patutnya whatsapp je lah bagitahu tentang pertukaran tu sebab nak berjalan dari lounge area sampai ke meja pendaftaran tu jauh jugak lah. Dengan taka da proper signage satu hal lagi. 

Bila dah 7.30 dan dah cukup 10 orang, dapat masuk tapi tak sampai sedepa dari meja tu, pengawal pintu tak bagi masuk sebab pas masuk ada 1 sedangkan yang nak masuk ada 10 orang. I was like, you guys don’t communicate with each other ke? Jarak tak sampai sedepa je pun. Masuk ke dalam pun, staff dekat pintu masuk tanya lagi benda sama. Haihhh bebaiiii. 


Seat pun tak cantik, dekat tepi stage lepastu gelap. Jarak antara lutut dengan seat depan pun sikit je. Jadi satu hal bila nak keluar pergi solat terpaksa lah minta orang bangun dari seat. Tu lah, siapa suruh jadi gemuk T.T

Nak pergi solat pun satu hal lagi sebab laluan ditutup jadi kena gun alif lepastu pusing lah jauh sikit dari laluan awal tadi. Masa menuju ke lif tu ternampak Sabri Yunus dalam VIP room. Habis solat, nampak Bella Astillah dengan Aliff Aziz baru sampai. Cantik dress Bella walaupun tak ikut warna tema. 

Turun escalator nampak Siti Khadijah tengah interview dengan pihak media. Nampak Merqeen dengan Anna Jobling layan fans dekat tepi barricade. I nak ambil gambar tapi tak ada space untuk berdiri dekat situ. Nampak Janna Nick juga dekat situ. Ni kali kedua nampak Janna Nick lepas program Famili Duo tahun lepas. 

Masuk je dalam hall, staff TV3 minta penuhkan seat di ruangan tengah sebab ramai yang tak datang lagi. Tapi kitorang tak sempat penuhkan dekat tengah sebab bagi keutamaan pada keluarga Yamani dan Zaki. 15 minit sebelum Anugerah Drama Sangat start, nampak Fasha Sandha dengan Elisha Sandha masuk dewan. Ada Aiman Tino, Didie Alias, DOLLA, Cik B, Eyka Farhana dan ring light dia, Hisham Hamid, Umi Nazeera dengan Aaron Aziz. Ni view dari seat I lah. Selebriti lain yang datang mungkin sebelah kanan dewan. 


Hos untuk Anugerah Drama Sangat 2023 ialah Sherry Alhadad dengan Sharifah Shahira, duo yang agak baru lah sebab Sharifah Shahira dah lama berehat dalam dunia hiburan. Bak kata dia, asal dapat invitation je pregnant. 

Tak lama pun kitorang stay dekat dalam, sempat tengok 3 anugerah dan 4 persembahan je. Lepas Yamani dengan Zaki perform, terus kitorang keluar sebab nak jumpa dengan Yamani dekat luar. Nama pun datang untuk support, jadi datang untuk bersorak masa diorang perform je lah. Lagipun esok nak kerja, so kena balik awal. 

Seronok tengok live performance Ayda Jebat, Fyna Jebat, Bella Astillah dengan Wani Kyrie sebab dekat Famili Duo pun dah tahu suara live diorang sedap. Suara Amir Masdi pun sedap masa nyanyi live, masa dia tarik high note tu pergghhh clean! Performance Afieq Syazwan dengan Haqiem Rusli untuk lagu Di Alam Fana Cintamu yang paling best sebab I memang suka Afieq. Dapat dengar Afieq nyanyi live pulak, memang happy terukssss. 

Masa program berlangsung, bila toleh belakang nampak Redza Rosli dekat seat column sebelah. Handsome jugak lah in real life tapi muka barai sebab penat. Masa tunggu ada seat kosong pun sempat dia tidur kejap. Nak bergambar pun tak sampai hati nak kacau. Masa keluar dari dewan tu bertembung dengan Zahirah Mcwilson dan Nadia Brian. Photographer ajak diorang keluar bergambar untuk profile photo. 


Sementara tunggu Kak Liya berborak, I ajak Irdina pergi bergambar dekat ruangan tengah sebab ada board Anugerah Drama Sangat. Tup tup ternampak pulak Afieq Syazwan dengan Haqiem Rusli dekat situ. It just like dream comes true la kan dapat jumpa Afieq tapi Irdina buat spoil. iRedhooooo


Bila nak balik ternampak pulak Riena Diana baru keluar dari dewan. Terus ajak bergambar sekali. Tak sangka dia petite type sebab I expect dia tinggi rupanya sama tinggi dengan I je. Ni nampak tinggi sebab dia pakai heels. Lepastu nampak Izzue Islam pulak. Dulu masa kerja Parkson dah pernah jumpa dia, now jumpa balik rasa macam wow awet mudanya Izzue. Handsome sama je, tak berubah. I ada nampak Nabila Huda jugak masa tu. 



Nak balik tu ternampak Anna Jobling buat video dengan award dia dapat sambal berjalan masuk balik ke dalam dewan. Busy gila Anna dekat Anugerah Drama Sangat, sampai tak sempat rest. Fans dia dengan Merqeen pun ramai datang. 


Anyway, tu je I dapat share sebab pergi tak lama pun. Walaupun tak syok sebab dapat layanan tah pape tapi at least I dapat jumpa yang I nak jumpa haha. Tahun depan please jangan ajak I dah pergi program TV3. Berbeza ye pergi event sebagai media dan sebagai peminat artis. Cukuplah 3 kali terkena :(

3 comments

  1. What a nice event, thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  2. wow bestnya dpt jmpa byk retis. tp event planner kenalah improve utk keselesaan visitor kan

    ReplyDelete
  3. Aduh.. tak kanlah tak komunikasi.. tapi okaylah terubat juga jumpa apa yang diidamkan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.