Movie Review | Murder Mystery (2019)

Saturday 8 April 2023


Director: Kyle Newacheck
Writer: James Vanderbilt  
Cast:  Adam Sandler, Jennifer Aniston, Luke Evans, Terence Stamp, Gemma Arterton, David Walliams, Dany Boon, John Kani
Production Companies : Happy Madison Productions, Endgame Entertainment, Vinson Films, Tower Hill Entertainment, Mythology Entertainment, Denver and Delilah Productions  
Distributors : Netflix 
Genre : Comedy / Mystery
Running Time : 97 minutes
Release Date : 14 June 2019 (United States) 
Trailer :


Filem tayangan rasmi Netflix yang memenangi anugerah Favorite Comedic Movie di People’s Choice Award 2019 mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang menyimpan hasrat untuk bercuti di Europe. Dalam perjalanan ke sana, Audrey Spitz (Jennifer aniston) bertemu dengan Viscount Charles Cavendish (Luke Evans), seorang billionaire yang berbesar hati menjemput Audrey dan Nick Spitz (Adam Sandler) ke parti perkahwinan pakciknya. 

Di sana, Audrey dan Nick berjumpa dengan Suzi Nakamura (Shioli Kutsuna), bekas tunang Charles yang bakal berkahwin dengan pakcik Charles. Tetamu jemputan lain merupakan VVIP seperti Grace Ballard (Gemma Arterton), pelakon wanita terkenal di Hollywood, Maharajah Vikram (Adeel Akhtar), pelumba kereta terkenal, Juan Carlos (Luis Gerardo Méndez), Kolonel Ulenga (John Kani) dan pengawal peribadinya, Sergei (Ólafur Darri Ólafsson). Hos parti tersebut ialah pakcik Charles iaitu Malcolm Quince (Terence Stamp).


Di parti tersebut, Malcolm umumkan yang kesemua harta miliknya akan jadi kepunyaan Suzi secara mutlak. Sebelum Malcolm sempat menandatangan wasiat baru tersebut, lampu terpadam dan Malcolm ditikam tepat di jantung. Audrey dan Nick cuba menyiasat siapakah pembunuh misteri tersebut tapi mereka pula dituduh sebagai suspek utama. 

‘I will repeat this message in English. Nick Spitz is many things, but not a detective.’ - Inspector de la Croix (Dany Boon)


Awalnya macam teragak-agak nak tengok filem Murder Mystery sebab tak minat sangat dengan Adam Sandler tapi tekan play je sebab nak layan filem komedi santai. Dalam filem ni bukan saja Audrey dengan Nick perlu berhadapan dengan misteri pembunuh golongan VVIP malah isu rumah tangga mereka bila kantoi Nick bukanlah detektif seperti yang dikhabarkan. 

Mudah sangat untuk relate dengan pasangan suami isteri ni sebab watak mereka yang datang dari orang kebanyakan. Masa Audrey semangat bercerita tentang teori suspek kepada Inspektor sebab dapat peluang untuk ada di tempat kejadian kemudian analyze berdasarkan apa yang dibaca dari buku atau novel misteri. Faktor usia juga jadi elemen kelakar macam babak Nick terpaksa turun dengan perlahan untuk ambil memo di lantai. 


Walaupun alur cerita bukanlah sesuatu yang baru tapi chemistry dan dinamik antara Jennifer dengan Adam Sandler menghidupkan lagi penceritaan. Lakonan mereka berdua bukan sesuatu yang baru pun sebab watak dan karakter yang sama saja dengan filem-filem sebelumnya. Mungkin sebab serasi dan selesa bekerja bersama buatkan set dan vibe tu nampak fun. Sinematografi yang cantik berlatarkan Milan, Italy antara tarikan sampingan dalam Murder Mystery arahan Kyle Newacheck. 

Sayangnya kelemahan terbesar Murder Mystery terletak pada skrip yang lemah dengan penggunaan jenaka yang lapuk dan hambar. Tak lah pada semua babak tapi lawak tu ada masanya mengena, ada masanya krik krik. Strategi Audrey dan Nick pun random juga untuk cari suspek sebenar, lebih kurang sama dengan Inspektor de la Croix yang beria sangat nak tangkap mereka berdua masuk dalam lokap French tanpa bukti kukuh pun. Nasib baik ada plot twist yang tarik minat kita balik supaya layan sampai ke penghujung cerita. 


Murder Mystery antara filem komedi yang perlu dilayan secara santai tanpa expectation yang tinggi. Since it’s Netflix and chill, mungkin sebab tu lah kot filem ni dapat rating yang tinggi dekat Netflix sampai boleh menang dan tercalon banyak dalam award’s category walaupun ada kelemahan pada beberapa aspek. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.